-
Takdir Manusia Tak Sama…
Tak perlu nak dimegah kekayaan..Hari ni saya nak story tentang rumah setinggan. Kisah duk banglo tak perlu dicanang ..tak perlu perasan HEBAT kerana banyak lagi orang lebih kaya lebih hebat dari saya… Saya pernah membeli rumah setinggan di Kampung Medan Sg Way dengan harga RM 6,000.00. Belakang rumah lombong dan atap zink rumah kami bocor, saya tak ganti pun. Anak sekolah dan makan pakai lebih penting. Bila hujan lebat banjir rumah kami. Air yang naik tu ialah air najis ( sisitem longkang rumah setinggan mmg tak ada ) Anak-anak suka pulak tu siap berkubang macam sunway lagoon dibuatnya..masuk dalam besin kain main sampan-2. Cakap lah macam mana pun mereka main…
-
Saya Wirawati Bina Ayat Pujuk Diri…
Saya belajar menguasai minda dan melawan ketakutan dari pengalaman dan menganalisa keadaan.. Apa patut elak / Apa patut buat.. Hidup ni macam perang. Masa muda dulu hari-2 saya cakap dengan diri sendiri supaya saya gembira dan terus bersemangat .. “ Saya Wirawati/kapten/komando untuk anak-2 .. Tak da orang sayang saya tak apa.. Janji Anak sayang dan ada dengan saya.. Anak ni akan temankan hidup saya“ (itu cara saya pujuk diri) Sampai sekarang saya tak ada kawan sama macam dulu juga.. Saya sunyi.. Sayu takut.. Kalau saya sedih saya jawab sendiri untuk menahan air mata dan rawat jiwa.. Ayat kejam untuk diri sendiri ”Jangan nak mengada-2 menangis.. Air mata kewanitaan kamu tu…
-
Anak jadi mangsa keadaan…
Sambungan dari tulisan saya BERANI DENGAN KEPUTUSAN. Saya berhutang dengan anak-2..itu saya rejam diri sendiri..anak tak bersalah saya yang kena kuat dan usahakan sedaya boleh. Orang hina saya tak mengapa jangan orang hina anak-2 saya. Tindakan berani saya tu perlukan jiwa yang betul2 kuat dan tak akan toleh ke belakang. Semasa bercerai saya menyerahkan hak penjagaan anak (sementara) kepada bekas suami . Itu paling berat saya lalui. Dia juga tidak mampu dan telah meletakan anak-anak dirumah ibunya. Saya terumbang ambing mencari haluan hidup.Saya terbuang sendirian lalui kesengsaraan selama berbelas tahun. Tanpa keluarga dan sejak dahulu saya sering sendiri . Mereka tidak tahu apa yang saya lalui. ( Family malu tindakan…
-
Berani Dengan Keputusan – Part 3
Sikap kami sangat jauh berbeza. Dia tak berwawasan dan saya pula sangat optimis dlm cita2.. Dia tak pernah marah. Bila bercakap nada suara sangat baik. Kami tak pernah bergaduh pun..!!..Bercakap dgn dia atau bergaduh pun tak guna sebab lebih baik bergaduh dengan ayam..Ayam ada gak bunyi..ha ha ha Setiap manusia tetap ada kebaikannya. Manusia tidak sempurna begitu juga saya banyak lah kelemahan saya..Ayah Yati kerja sebagai pengawal keselamatan. Sekarang tak berkerja kerana uzur. Ada beberapa perkara yang saya ingat ..Paling saya suka dan paling saya benci… Dari situ saya belajar yang merangsang otak saya datang ke Kuala Lumpur mencari misi saya… Buat apa kerja kuat2..?? Kamu ni tamak sebab nampak…
-
Berani Dengan Keputusan… Part 2
Saya dah geram dan penat nak jaga hati semua orang. Tak sapa datang dan bertanya khabar pun.. Cukuplah pengalaman tu dan saya tak mahu tanggung beban tu berterusan selama umur yang ada. Paksaan dan menjaga maruah keluarga untuk berkahwin dengan pilihan mereka telah saya turuti. Mak ayah akan satu hari akan mati . Mereka bukan berharta dan saya pula tak berpendidikan. Hasilnya saya cuma memuaskan hati semua orang. Masa untuk saya mana..?? Umur saya akan berlalu dan saya isi kehidupan saya kosongggg ..!! Hanya utk gembirakan orang lain. Saya susah orang tak peduli dan tak tolong pun. Tak ada beza pun kalau dibuang keluarga atau diterima keluarga..Apa saya dapat hanyalah…
-
Berani Dengan Keputusan… Part 1
Inilah rumah bekas mertua saya kini usang tanpa penghuni. Usia rumah ini sudah menjangkau lebih 50 tahun. Bekas suami dahulu seorang polis hutan selepas berhenti kerja kami tiada tempat tinggal. Dia anak paling disayangi oleh ibu mertua saya. Maka kami pernah menumpang beberapa bulan dirumah ini kerana tidak mampu menyewa rumah. Tahun 1970an mencari pekerjaan sangat susah. Berbagai ikhtiar dicari untuk memulakan kehidupan . Susah menumpang dirumah mertua , apa saja semua tak kena. Tak elok cerita keburukkan tentang orang (saya simpan sebagai iktibar) .. Saya berusaha merubah nasib dan pergi ke Ibu Pejabat Felda untuk memohon menjadi peneroka. Rezeki menyebelahi kami dan diterima sebagai peneroka felda di sempadan Gua…
-
Anak Buang Ibu Demi Hajat Dan Kesenangan..
IBU KORBAN APA SAJA … ANAK BUANG HAJAT DAN DIDIKAN IBU KERANA LEBIH PENTING KAN CITA-CITA SENDIRI DAN KESENANGANNYA . SANGAT SOMBONG LAGI DERHAKA..Ramai anak yang begitu..!! Orang sakitkan hati saya tahan . Bila anak sakitkan hati saya bukan sekali , sudah berkali2. Kemaafan tetap diberikan. Tangan ini melakukan segalanya untuk dia , JIKA TIADA IBU INI KAMU TAK NAMPAK DAN TAK DAPAT APA KAMU ADA HARI INI..!! Selagi disebut nama kamu anak. Sayang sebagai ibu hati akan semakin pedih..lebih baik melupakan yang saya pernah sayang dan membesarkannya . KECIL DIA ANAK KITA ..!! MENUMPANG DAN MEMBESAR DGN SAYA BILA BESAR DIA DAH JADI ORANG LAIN..( Biarlah dia..pergi jauh-2..Dah memang…
-
Anak Mati Lemas…
Beberapa gambar yang saya ambil baru-baru ini ( Mei 2014 ) antaranya beberapa lokasi yang banyak nostalgia untuk saya simpan sebagai kenangan. Surau ini masih wujud sama bentuknya dari dulu sampai sekarang. Lokasinya di hadapan kedai usang tempat keluarga saya menyewa yang sudah berusia lebih 45 tahun. Sewaktu musim menuai padi hasil padi dilonggokan disini untuk dijual. Lebih meriah ketika bulan puasa di zaman kanak-kanak ramainya orang menjual air batu ( harga 10 sen dipotong dengan gergaji ) yang ditutup dengan sekam padi. Kunci air ini menyimpan banyak sejarahnya. Sewaktu musim hujan di zaman kanak-kanak saya akan menangkap ikan mengunakan ‘ tangkoi ‘ yang dibuat dari buluh dan jaring ikan.…
-
Kedai Lama Di Parit 13
Disinilah tempat saya bersekolah rendah ( Sek Keb Pt 13 Sg Nibong) dekat dengan hutan dan ditengah-tengahnya sawah padi. Dikampung ini saya melalui zaman kanak-kanak dan segala sejarah kelam bermula disini. Saya berkahwin atas pilihan keluarga iaitu kawan baik kepada mak saya (anak tuan tanah) tempat parent saya menyewa kedai. Saya akui niat baik mereka sebagai ibu bapa merancang terbaik untuk saya demi maruah dan keislaman dengan cara budaya pemahaman mereka. Mereka sangat ketat mengawal anak perempuan yang dianggap menjaga lembu sekandang lebih mudah dari menjaga seorang anak perempuan.Bagi mereka berkahwin diusia muda dianggap sebagai penghormatan yang besar . Bekas suami sudah lama berumah tangga ( ada anak 5 remaja…
-
Orang Baran Tak Matang…
Matang ni sebenarnya tak perlu tunggu umur 40 pun… Lambat matang rugi pada saya ..!! Petua nak matang cepat ialah suka analisa.. Muhasabah diri dan berkawan kena cari orang boleh matangkan kita. Matang ni ada banyak sudut ..Luas definasinya… Baran ni semua orang ada sifat ni dan biasanya dikaitkan dengan kaum lelaki . Maaf saya minta pada kaum lelaki yang baca blog saya ni… Bukan semua lelaki baran dan saya menasihatkan kalau boleh elakkan berkahwin dengan lelaki baran. Sebelum kawin mereka sorok baran dan tak keluar semua sikap buruk ni.. Tunggulah lepas nikah memang jadi ahli gusti mereka ni.. Saya dah rasa kena tumbuk dan lempang dimuka (sakit rahang dagu…