Biodata Bonda

Kedai Lama Di Parit 13

Disinilah tempat saya bersekolah rendah ( Sek Keb Pt 13 Sg Nibong) dekat dengan hutan dan ditengah-tengahnya sawah padi. Dikampung ini saya melalui zaman kanak-kanak dan segala sejarah kelam bermula disini. Saya berkahwin atas pilihan keluarga iaitu kawan baik kepada mak saya (anak tuan tanah) tempat parent saya menyewa kedai.

 Saya akui niat baik mereka sebagai ibu bapa merancang terbaik untuk saya demi maruah dan keislaman dengan cara budaya pemahaman mereka. Mereka sangat ketat mengawal anak perempuan yang dianggap menjaga lembu sekandang lebih mudah dari menjaga seorang anak perempuan.Bagi mereka berkahwin diusia muda dianggap sebagai penghormatan yang besar .

Bekas suami sudah lama berumah tangga ( ada anak 5 remaja ) dengan perkahwinan barunya. Meskipun saya becerai dengan bekas suami (ayah Yati) saya tetap berterima kasih dan sangat kasihan melihat perjalanan hidupnya. Saya tidak pernah berjumpa apa lagi bercakap. Hanya melalui anak-2 saya menghulurkan bantuan. Saya minta anak-2 membantu kehidupannya yang sangat susah dan uzur itu. Hasil perkahwinan dengannya dan anak itu (Yati) menjaga syarikat ST hasil usaha saya sebelum ini. Dulu saya malu terasa hina sudahlah miskin bergelar janda muda (sering orang anggap jahat).

Ada baik dan buruknya kawin muda.. Status nenek diusia awal 40-an berjalan dalam takdir kehidupan saya. Bergelar nenek tapi saya masih ada anak kecil dan tak banyak masa nak melayani cucu-cucu saya seharian dirumah, kecuali sewaktu bercuti bersama keluarga.

Saya menikmati kehidupan ini lebih awal dari orang lain kesusahan mahupun kelapangan. Allah mengatur kehidupan ini dan kita merancang namun penentu adalah Allah SWT. Insyaallah esok sy up date kisah anak saya mati lemas.. Saya nak abadikan di blog sebagai sejarah dan iktibar untuk anak cucu saya lihat saya berjuang utk masa depan mereka..

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!