Bicara Bonda

Orang Baran Tak Matang…

Matang ni sebenarnya tak perlu tunggu umur 40 pun… Lambat matang rugi pada saya ..!! Petua nak matang cepat ialah suka analisa.. Muhasabah diri dan berkawan kena cari orang boleh matangkan kita. Matang ni ada banyak sudut ..Luas definasinya…

sekadar hiasan, gambar pergaduhan suami isteri

Baran ni semua orang ada sifat ni dan biasanya dikaitkan dengan kaum lelaki . Maaf saya minta pada kaum lelaki yang baca blog saya ni… Bukan semua lelaki baran dan saya menasihatkan kalau boleh elakkan berkahwin dengan lelaki baran.

Sebelum kawin mereka sorok baran dan tak keluar semua sikap buruk ni.. Tunggulah lepas nikah memang jadi ahli gusti mereka ni.. Saya dah rasa kena tumbuk dan lempang dimuka (sakit rahang dagu sampai 3 bula.. Mata lebam 2minggu tak baik), dipijak semasa mengandung, rambut ditarik dan diseret.. Diacu parang dek suami.. Duit jangan cakaplah.. Antara sikap lelaki baran saya nak kongsikan.

  • Cakap tak nak kalah dan tak boleh berunding langsung
  • Tak boleh dilawan.. Menjawab pun tak boleh
  • (Cepat naik temperature silap langkah kaki tangan mereka juga cepat hinggap)
  • Bila gaduh tangan mereka macam hindu
  • Kalau gaduh suka larikan anak atau lari rumah
  • Suka dirayu dan dipujuk
  • Suka tunding kemuka dan mata terbeliak macam ahli gusti
  • Kalau dah marah terkinja2 macam monyet
  • (benci dan ketawa pun ada macam gorilla)
  • Mereka tak malu terjerit-2 meskipun depan mertua , family & orang ramai
  • Mereka rasa betul semuanya
  • Mereka ganas pada anak-anak dan isteri
  • Berani pada yang lemah je
  • (sama jantan mereka pengecut sbb x pernah nampak gaduh pun sesama lelaki.. Berani dengan bini je)
  • Suka mengugut dan mainkan talak
  • Bila dah pukul isteri mereka rasa sikit je dan tak sengaja
  • (lebam dan birat2 badan dianggap sikit/mengada-2 )
  • Mereka juga tak segan2 curi duit/barang kemas isteri ( tak kan mengaku )
  • Mereka bukan kaki perempuan
  • Maki hamun dan suka menghina
  • Pentingkan emosi sendiri
  • Tak kan minta maaf
  • Mendahulukan ego itu sifat utama
  • Mereka perahsia & mengintip
  • Tak akan tunjuk rasa sedih atau kesal
  • Tak menghargai & tak kan sebut terima kasih ( bagilah hadiah macam mana pun )
  • Bahasa kesat dan gelaran buruk utk mencaci masa marah.
  • Bila mengamuk suka hentak dan hempas barang
  • ( signal jin “ Baran” sudah meresap kat badan)
  • Jalan hentak kaki dan laju ala2 samseng
  • Jangan harap pujian mereka
  • Tidak penyayang
  • Mereka nak kita sempurna
  • Mereka anggap kita tak bersyukur bersuamikan mereka
  • ( kerana mereka merasa dirinya baik )

Zahirnya mereka ni manis dan peramah tak nampak pun baran..Jangan sampai hatinya tersentuh..!! Haaa masa tu mereka akan terus hilang control emosi…. Belang baran mereka tu tak boleh sorok depan siapa pun dia bedal je hilang malu.. Hati kita tersentuh mereka tak akan ambil peduli langsung. Penyakit baran ni dibawa sampai kemati .

Gambar contoh
Gambar contoh

Mereka memang menyakitkan dan tak tahu malu.. Puas mereka belasah dan maki hamun . Suami begini “Penganas”.. Kehidupan bersama mereka umpama meniti neraka.. Orang terdekat susah nak ubah mereka kecualilah mereka sendiri yang betul2 nak merubah diri. Hanya wanita yang betul2 sabar akan bertahan mungkin sebab anak dan terpaksa.. Orang begini tak mustahil boleh membunuh dan mereka sebenarnya pengecut.

Pengalaman kahwin cerai ni dah lali , muak dan benci dikenang. Tak ada orang nak kahwin cerai kalau boleh sekali je sampai mati (malu macam menghitung suami).. Adakah anda sanggup tunggu suami begini sampai mati..?? “WANITA BUKAN UNTUK DIZALIMI”..

Ha ha ha nanti masa mereka tua ..uzur dan berpenyakit masa tu perangai mereka agak baik sebab dah lemah..Sebagai isteri kita akan jaga demi syurga kan..?? Bagi wanita yang bersuami baik akhlaknya pujilah suami anda dan berterima kasih padanya. Anda bertuah dan banyakkan ucap syukur ALHAMDULLILAH kerana mendapat jodoh yang baik..

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!