Biodata Bonda,  Umum

Teguran pd anak2..

Sy ibu x sempurna ..!!..

Tapi sy percaya sy dn ibu2 yg lain merupakan anugerah yg terbaik utk anak2nya..

Ayat 2 sindiran sy pd anak2 dn x cukup membebel sy sms PENDEK TAPI SEDAP MAKSUDNYA..

DIULANGI BACA.. SUPAYA LEKAT DI HATI. .

“Setiap orang di dunia ini adalah seorang tamu. Duit atau hartanya adalah pinjaman. Tamu itu pastilah akan pergi, cepat atau lambat, dan pinjaman itu haruslah dikembalikan”..

Hidupnya hati kerana agamanya.. Matinya hati bila dia “Hidup berkiblatkan dunia kerana darjat dn hartanya, lebih menyedihkan menjaga internate dn glamer melebihi dia menjaga talian dgn Allah dn keluarganya”..

Menghidupkan kembali agama berarti menghidupkan suatu bangsa. Hidupnya agama bererti cahaya kehidupan..

Seseorang yg menapis perbuatan, kata2 apa saja tindakannya supaya x menjadi buruk kerana melihat kebaikan dalam berbagai hal lalu dia meletakan niat dn perbuatannya ialah “APA ALLAH SUKA BUKAN APA MANUSIA SUKA” bererti dia itu memiliki pikiran yang baik.. Seorang yang memiliki pikiran yang baik mendapatkan kenikmatan dari hidupnya, sehingga menjadi sumber yg boleh dimenafaatkan kpd kehidupan org lain.. Manusia seperti ini umpama “Air mata air di perut bumi yg kotor tp ada khasiat perubatan bagi yg meminumnya”

Ayar yg terindah ialah bukan membuktikan “Aku paling kaya dn berjaya “.. Kerana ayat ini meletak diri kita sejahat2nya manusia kerana hati sudah menjadi manusia taksub diri.

Sy lebih senang dgn hutan, ini rumah baru sy kerana dgn alam hati makin dekat berbicara dgn Allah, x melihat maksiat dn kesakitan dunia..
Sy lebih senang dgn hutan, ini rumah baru sy kerana dgn alam hati makin dekat berbicara dgn Allah, x melihat maksiat dn kesakitan dunia..

Sumber ketajaman minda anak dri didikan ibu bapanya..!! Tapi Anak itu boleh sesat kerana salah pilih kawan.. Berkawan membawa bau.. Kawan bawa tahi, kita bau tahi, kawan bawa wangi kita ikut wangi.. Maka berkawan lah dgn org cerdik dn ulama.. Dri bodoh jd pandai.. Dri jahil makin berilmu.

Utk jd kaya mudah, utk jadi baik susah.. Dan lebih paling susah iaitu “Mengekalkan istiqomah beramal dn menguatkan iman”.. Jika ada dijual di kedai itu ku beli dulu supaya hati ku awet imannya BUKAN SETAKAT MENJAGA AWET MUDA KU..

Makin dalam sayang rupanya makin caring.. makin sakit bila disakiti oleh manusia kesayangan..

Ibu x pernah jemu mendidik..

Anggap lah Mak/Ami penghibur bukan pembebel..

Kalau sy dah mati nanti anak2 akan ingat secara bertulis apa sy pesan..

Sekarang dia benci.. akan ada masa dia menyesal. rindukan sy.. myb mereka akan betulkan salah mereka..

 

5 Comments

  • kakciks

    Assalamualaikum…

    Kakcik memahami apa yang Puan rasai. Walaupun anak-anak kakcik belum ada yang ‘berjaya dan berharta’ tapi kadangkala terasa sangat diri ini dipinggirkan walaupun segala keperluan mereka selagi mampu dipenuhi…

  • Ain

    Assalamualaikum Puan,

    Saya ‘REDHA’ perbuatan anak-anak yang sudah tidak pedulikan ibubapa.
    Kita sudah lakukan yang paling terbaik di mata kita, untuk mendidik mereka.
    Mungkin bagi mereka masih tidak mencukupi, mereka mahukan ibubapa yang sempurna.
    Hanya doa untuk kebaikan mereka di dunia dan di akhirat.

    Amin Amin Amin Ya Rabal alamin.

    Saya harap puan dan kak chik ‘REDHA’ dan BERDOA.
    Insya Allah hati kita tenang,
    Kita masih ingatkan mereka tapi yang penting hati kita menjadi TENANG bila kita REDHA.

  • Huda

    Setiap kali sy berbuat baik pd org . Pasti ada ujian yg kdg2 buat sy mengungkit krn kebanyakkan mereka xhargai dan lbh dasyat membenci sy dibelakang. Cuba kuatkn iman untuk sekuat2nya ihklas berbuat baik keRana Allah kerana xnk pahala hilang. Saya sabar bila org buat sy mcm2 krana mjaga phubungan sesama saudara. Pada Allah sy serahkn semua. Sy thn lidah dr berbalah.. tahan tangan dr update status memerli di facebook ataupun status. Sy sabar demi Allah . Dan sangat berat menahan sabar itu

  • GokuSuperSaiya

    asallamuallaikum bonda dan sahabat sekalian, ada keluarga di uji dengan ketagihan dadah, ada keluarga di uji dengan penceraian, andai keluarga kita sempurna banyakkan syukur, andai kurang sempurna lihatlah mereka yang lg perit derita.

    seorang ibu tetap cari dan usaha terbaik untuk anak, 10 anak belum tentu mampu bagi satu terbaik untuk si ibu. kt sini bagi sy kesedaran anak2 tu penting.moga anak bonda, puan tuan lembut hati. kalau keras kebatun hati, usahakan cari air kolah masjid, belajar dengan ustaz untuk buat air doa. air kolah masjid hanya alat medium untuk usaha berubat. kalau blh usahakan bangun tahajud doakan. doa ibu ni pasti makbul.

    sy pernah jumpa orang tua usia 80an, ambil wudhuk baru 4 langkah keluar bilik air dh lupa, bila jumpa sy cerita politik singapore langsung xlupa , jepun suka , british suka, kena backstabbing oleh kawan politic sendiri. anak dia bagi makan dalam perjalanan balik dia call ngadu dekat anak lain tak dapat makanan.

    sy kadang2 xfaham ibu sy, macam2 ragam. ubat bagi seorang wanita yelah yes sir. apa ibu nak layankan je. kadang penat kerja luahan macam2 jadi sebagai anak kena dengar. orang tua ni banyak pendam tak semua dia luahkan.

    bagi yang masih ada ibu bapa, pegang satu je kunci syurga kunci keberkatan hidup masih ada jadi jagalah. buatlah ibu bapa tersenyum bangga dengan kita. usaha apa termampu. tanggungjawab parent dan mentua terletak pada bahu lelaki iaitu suami. jadi kepada lelaki kena main peranan jaga mentua dan parent. tugas isteri untuk suami dan anak2 sahaja. – sorry membawang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!