
Masa berubah..Sampai tak kenal..!!

Mereka masih mengenali saya dan ada diantara mereka yang saya tidak cam lagi kerana terlalu lama. Mak cik ini sedaya upaya bercerita supaya saya dapat mengingati siapa dirinya. “ Ita mak cik ni Mak Amad kawan kamu sekolah rendah. Kamu selalu datang rumah makcik makan nipah.
Itu Amad dan itu rumah Mak Cik sebelah ni..( sambil menunjukan Amad dan rumahnya ) . Saya hanya boleh ingat wajahnya semasa muda dalam usia 30an. Tinggi dan cantik tak sama dengan apa saya lihat sekarang. Dalam hati kenapa jadi rendah sekali..Mana boleh saya xingat mak cik ini kerana saya meninggalkan kampung ini semasa umur saya 14 tahun. Setelah 36 tahun kami baru dapat berjumpa lagi . Bila saya dapat ingat kembali saya peluk erat dan rasa terharu , panjang umur dia dan perjalanan hidup kami yang terus berputar.
Pemandangan sawah padi yang cantik dan bayu segar dikampung inilah saya membesar. Dikampung ini semua barang-barang harganya masih murah sampai sekarang.Tak banyak pembangunan masih suci sama dengan masyarakatnya yang ramah tamah.
Ini ialah sekolah agama Simpang 5 Sungai Besar tempat saya belajar semasa kelas petang . Saya ke sekolah menaiki basikal berbekalkan wang saku 20 sen untuk kesekolah. Adakalanya duit itu saya berikan kepada kawan saya Zarina kerana saya tumpang makan bekalannya. Dia sangat miskin dan setiap hari ibunya membawakan bekal nasi dalam daun pisang berlaukan ikan sepat goreng atau panggang . Adakala bersayurkan pucuk ubi dan kangkung. Sungguh lazat semua masakan ibunya.
Berjumpa kawan dan kenalan lama mengingatkan diri saya bahawa masa berputar terlalu cepat dengan habuan rezeki masing-masing. Masa untuk kembali sangat hampir kerana sudah ramai yang sudah pergi. Masa saya bila pula agaknya dan kini azam untuk mencari bekalan dan saya tak mahu mensia-siakan masa.


3 Comments
Kakcik
Langkah kita semakin singkat sebenarnya.
Semoga kita kembali dalam keadaan yang suci sebagaimana kita datang…
ana
IDOLA KU…SAYA NK JADI MCM PUAN
ana
Saya suka baca blog puan