Biodata Bonda

Pengalaman cari rumah sewa…

Assallamualaikum. Selamat hari raya kepada semua pembaca yg melewati blog saya ni. Maafkan salah silap saya zahir dan batin. Dari dulu sehingga akhir nyawa saya nanti ya .. Kepada yang mengenali saya di alam siber atau secara peribadi..Sambungan dari story yang lepas saya janjikan.

Status janda muda bukan mudah zaman saya dulu.. (fitnah orang susah nak gerak jadinya ).. Saya kurang pergaulan dan hanya memikirkan kerja dan masa depan anak-2.. Pastinya tidak matang memilih calon suami. Niat saya berkahwin semula ada 3 sebab.

1)      Mahu menutup status janda

2)      Berkumpul semula dengan anak-2

3)      Mahu lelaki yang berpendidikan tinggi ,bijak dan rajin

( Semua niat ni adalah salah itu yang saya belajar dari kebodohan saya dahulu )

Saya berkahwin semula kali ke2 ..Kesilapan besar saya telah lakukan umpama keluar mulut buaya masuk mulut naga. Kesengsaraan yang lebih teruk saya alami dalam perkahwinan ke2.. Selepas 8 bulan berkahwin saya mengambil anak-2 saya semula.

Pengalaman mencari rumah sewa dengan pakaian lusuh dan moto buruk banyak kata2 owner yang saya tak pernah lupa..“mampu ke nak bayar sewa rumah.. Baju pun macam apa ntah.. Orang muda tak kan pakai motor macam ni..“Saya jawab lembut je sambil..” Kalau saya tak ada duit saya tak kan berani nak menyewa Mak Cik.. Kalau saya tak bayar nanti, saya keluarlah. Mak Cik kan ada duit deposit tu ..!! Peganglah.. Perasaan saya waktu itu hina sangat sebagai ibu sebab tak mampu menyediakan tempat tinggal. Kalau terus miskin semua orang tak suka. Tak ada tempat saya dalam kehidupan ini..

Rumah sewa saya pertama boleh berkumpul anak-2 ialah di kampung Delek Kiri rumah Tuan Hj Mahmud ( asal Indon).. Hati rasa lega kerana anak-2 dah berkumpul semuanya. Tak perlu mencuri-2 nak berjumpa anak-anak lagi.. Ujian datang lagi.. Selama 5 bulan duduk menyewa rumah Tuan Hj Mahmud saya telah dihalau oleh tuan rumah “Ita aku nak ko keluar dari rumah ni dalam minggu ni..Rumah aku sampai retak dinding sebab anak-2 ko lah suka bergaduh tendang2 dinding” ..Anak2 saya waktu itu berumur 9 dan 11 tahun (bergaduh adk beradik). Tak logik lah anak kecik tu boleh retak dinding rumah atau memang base rumah tu tak berkualiti..

Rupanya anak saya sama sekolah dengan cucunya ( perempuan ) . Ada hati dengan anak lelaki saya. Bila cinta monyet ditolak mengadu pada Atoknya. Atok marah dan tunjuk power untuk halau kami.. Terkonteng-2 saya cari rumah lain ..

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!