Bicara Bonda

GAMBAR KELUARGA KETURUNAN RASULLULAH SAW

Saya sangat bertuah dapat kongsi dengan anda semua kerana gambar ini saya dapat dari kawan saya yang belajar dengan keturunan Rasullulah SAW yang tinggal di Mekah, Madinah, Yaman dan Indonesia.

Suami saya paling bertuah jika dibandingkan dengan saya..Kerana dia lelaki maka dibenarkan ziarah kerumah keturunan Rasullulah SAW. Syeikh Said Umar Al Jailani dan Syeikh Said Ahmad Al Maliki merupakan 2 orang guru dari keturunan Rasullulah SAW. Kata suami saya Masyaallah cantiknya rupa paras .. bersihnya wajah.. lembutnya akhlak keturunan  Rasullulah saw. BERBEZA DENGAN CARA ARAB LAIN..

Seramai 300 pelajar dari seluruh dunia belajar dirumah keturunan Rasullulah SAW. Yang bagusnya siapa yang belajar akan diberikan duit , bukan pelajar yang bayar duit..Hebatkan rezeki Allah..?? Ramai juga pelajar yang mahu berbakti berkerja secara sukarela membersihkan kawasan tempat belajar.

Jika pelajar itu niat belajar dengan ikhlas maka ia akan membawa  pulang ilmu yang berkat dan mengembangkan ilmu kepada manusia lain yang mahu mencari keredhaan Allah..

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!