Biodata Bonda

Berani Dengan Keputusan… Part 2

Saya dah geram dan penat nak jaga hati semua orang. Tak sapa datang dan bertanya khabar pun.. Cukuplah pengalaman tu dan saya tak mahu tanggung beban tu berterusan selama umur yang ada. Paksaan dan menjaga maruah keluarga untuk berkahwin dengan pilihan mereka telah saya turuti. Mak ayah akan satu hari akan mati . Mereka bukan berharta dan saya pula tak berpendidikan. Hasilnya saya cuma memuaskan hati semua orang.

Masa untuk saya mana..?? Umur saya akan berlalu dan saya isi kehidupan saya kosongggg ..!! Hanya utk gembirakan orang lain. Saya susah orang tak peduli dan tak tolong pun. Tak ada beza pun kalau dibuang keluarga atau diterima keluarga..Apa saya dapat hanyalah tin besar yang isinya kosong..

Orang boleh mengata macam2 pandang negatif ( sebab tak duduk dalam kasut saya ).. !! Saya bukan kekal alam kanak-kanak . Saya lebih takut masa depan dengan anak-2 yang perlukan ibu bapa yang kuat semangat. Waktu itu ada suami dengan tak ada suami bagi saya lebih baik tak ada suami..!! Menanggung anak kecil bagi saya ada potensi untuk digilap jadi manusia cemerlang. Menanggung “Bapa Budak “ itu sangat lah tak berbaloi..

Ayah Yati -2011 Umrah bersama cucu saya

Umur 19 tahun  anak dah 3 , penuh tanggung jawab dan sangat penat berkerja .Sejak berkahwin sehingga umur saya 38 tahun ..azabnya lalui perkahwinan penderaan mental dan membesarkan anak-2..!! Kini saya menang dengan keputusan saya. Saya gembira kerana saya sempat menikmati hidup yang tersisa dengan keputusan yang saya buat. Mak saya sendiri mengakui kesilapannya yang lalu dan kasihan melihat nasib bekas suami saya ( kawan baiknya )..

Setelah saya berjaya mengubah kehidupan dengan anak-2 . Saya tetap berbuat baik dengan ayah Yati. Dia sentiasa memuji saya meskipun bercerai. Tidak pernah sekali pun dia menghina saya. Meskipun keluarganya menghina saya bermacam2, dia tetap mengatakan saya wanita terbaik dan pandai semua sudut , berani dan sangat rajin .

Di sampaikannya berkali2 oleh anak-2 kepada saya “Abah bersyukur mak kamu pandai didik anak-anak. Kalau tak kerana dia abah tak tau apa nasib abah ..Dulu Mak jaga abah baik  dia masak sedap . Mak tu tegas orangnya tapi dia  ikhlas .“

3 Comments

  • dewicinta

    salam,puan berapa kali berkahwin?kagum dengan puan berani membuat keputusan bukan mudah kerana risiko yang tinggi untung sabut timbul untung batu tenggelamlah ia..apa2 pun saya setuju dengan puan ibu seperti kita seharusnya menjadi tabah dan kuat demi anak2 bukan menghancurkan masa depan kita sendiri..sekian..wassalam.

  • Iman liyana

    Betul tu puan..jaga budak2 lagi senang daripada jaga bapa budak..hermmm im still in this area…setiap hari penat..tapi xbaik mengeluhkan…sedang mencari inspirasi bagi menongkah zaman yg serba mencabar…mencari peluang yg xtau ada dimana…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!