Biodata Bonda

Takdir Manusia Tak Sama…

Tak perlu nak dimegah kekayaan..Hari ni saya nak story tentang rumah setinggan. Kisah duk banglo tak perlu dicanang ..tak perlu perasan HEBAT kerana banyak lagi orang lebih kaya lebih hebat dari saya…

Rumah setinggan saya dulu macam ni.. Cuma xde astro je

Saya pernah membeli rumah setinggan di Kampung Medan Sg Way dengan harga RM 6,000.00. Belakang rumah lombong dan atap zink rumah kami bocor, saya tak ganti pun. Anak sekolah dan makan pakai lebih penting. Bila hujan lebat banjir rumah kami. Air yang naik tu ialah air najis ( sisitem longkang rumah setinggan mmg tak ada )  Anak-anak suka pulak tu siap berkubang macam sunway lagoon dibuatnya..masuk dalam besin kain main sampan-2. Cakap lah macam mana pun mereka main juga. Allah maha kaya ..Tak sakit tak berkudis anak2 saya agaknya sebab tu anak saya putih2 agaknya berkat mandi air najis ..ha ha ha..

Gambar contoh
Gambar contoh

Untuk tidur kami selamat dari air diatas katil yang ditinggikan.Kesusahan macam mana pun saya tak pernah mengemis dan menipu orang. Saya dengan dunia saya menyendiri dan tiada siapa pun sudi datang menjengah ziarah apalagi memberikan pertolongan dalam kehidupan saya. Bukan rezeki lagi waktu itu untuk menikmati hidup selesa.

Masa dulu tak ada pusat bantuan zakat dan tak pun orang nak bersedekah walau pun 50 sen. Sepinggan nasi goreng pun tak ada yang sudi singgahkan dirumah kami …Kalau kenduri tu cium dan senyum jelah tengok majlis orang..!! Tak ada orang nak menjemput ..ha ha ha..tak apalah..

Gambar contoh
Gambar contoh

Umpat kejian yang tidak berasas je santapan. Saya pelik juga apa kah faedah menyakitkan hati orang..?? Tak menguntungkan pun . Berdosa , menyemak kepala , menambah musuh dan sangat membuang masa.!!

Hidup ini kan berputar ..Habuan setiap manusia tak sama. Kita tak selamanya muda ..kaya..sihat..KITA TAK TAHU TAKDIR AKAN DATANG..MUNGKIN LEBIH BAIK ATAU LEBIH BURUK DARI ORANG YG KITA KEJI..!! Tidak ada manusia mahukan takdir buruk ..!!

Sebab itu saya suka slogan ini untuk merawat jiwa sendiri “ Tak mati dek keji tak hidup dek puji “. Sambungan tulisan saya  pengalaman cari rumah sewa..

Sabtu hingga 5 Ogos 2014, akan sunyi sebab office CUTI.. Nanti lagi tulisan saya semula pada 6 Ogos 2014.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!