Bicara Bonda

Pengalaman melihat orang disihir..!!

Sihir ..?? ..saya paling benci orang yang mengamalkan sihir.. saya pernah rasa…saya pernah tengok..!! kalau kena sihir ilmu pengasih atau penunduk rasa jatuh cinta tu macam kena macam pil khayal. Jadi bodoh ..ikut jer…Tapi tak kekal lama , kalau banyak mengaji Al Quran dan beramal lama-lama sihir tu akan pudar juga..rasa lamunan dek cinta dan bodoh tu hilang dan hati akan jadi normal semula . Nak lari dari orang tu..!! Kalau tak kuat dengan zikir dan amalan, orang itu selamanya akan terperangkap dalam dunia halus pengamal ilmu syaitan.

Semasa saya di Pahang – kampung pagar sasak dekat sempadan Gua Musang, seorang wanita isteri orang kaya ke pasar. Agaknya isteri tauke balak..Barang kemas penuh di tangan kiri kanan serta lehernya, yelah lambang orang kaya ..!! Mungkin sedang menunggu suaminya ditepi jalan. Sekumpulan orang asli berjalan dan lalu ditepinya.. Mungkin sombong dan rasa jijik dia mencemuh sambil berludah..!! Orang asli tu berhenti dari berjalan sebentar dan bercerita sesama mereka..Seorang darinya berpatah balik dan dengan senyum dia mengutip ludah perempuan tu..!!

Gambar sebagai perhiasan.
Gambar sebagai hiasan.

Sampai saja wanita itu ke rumah dari pasar dia mengelupur membuang semua perhiasan diri dan pakaiannya. Menjerit – jerit ingin melarikan diri ke hutan, agaknya nak cari orang asli yang diludahnya semasa di pasar tu ..susah nak ubat..macam orang gila dia rindukan orang asli tu..Kecoh satu kampung !! Pengajaran disini untuk saya ialah berhati-hati adab kita sesama manusia..!! Biar orang maki kita..jelas marahnya tapi kalau kena sihir tak nampak marahnya..lebih rasa azab nya..

Nama yang saya tulis bukan lah nama sebenar . Ia sekadar iktibar sebagai renungan bersama.

Layari :

http://jrm.com.my
http://rozitaibrahim.net
https://www.facebook.com/JRMOfficial
http://instagram.com/official_jrm
https://twitter.com/official_JRM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!