Biodata Bonda

Anak jadi mangsa keadaan…

Sambungan dari tulisan saya BERANI DENGAN KEPUTUSAN.

Saya berhutang dengan anak-2..itu saya rejam diri sendiri..anak tak bersalah saya yang kena kuat dan usahakan sedaya boleh. Orang hina saya tak mengapa jangan orang hina anak-2 saya. Tindakan berani saya tu perlukan jiwa yang betul2 kuat dan tak akan toleh ke belakang.

Semasa bercerai saya menyerahkan hak penjagaan anak (sementara) kepada bekas suami . Itu paling berat saya lalui. Dia juga tidak mampu dan telah meletakan anak-anak dirumah ibunya. Saya terumbang ambing mencari haluan hidup.Saya terbuang sendirian lalui kesengsaraan selama berbelas tahun. Tanpa keluarga dan sejak dahulu saya sering sendiri . Mereka tidak tahu apa yang saya lalui. ( Family malu tindakan berani saya bercerai) Status janda yang dianggap menjatuhkan maruah keluarga.

Gambar ini ialah (gambar terbaru)  kak  milah/biras bekas kakak dan abang ipar yang masih rapat dengan saya, semasa anak saya dirumah ibu mertua mereka sangat baik menjaga makan minum anak-anak saya. Kesukaran membina ekonomi dan melalui kehidupan waktu itu tak dapat digambarkan dengan kata-kata pada waktu itu. Istilah rasa sedih, lapar , raya , saya buang jauh-jauh dalam jiwa ni…Saya berpuasa dan tapi tak sanggup dengar lagu raya…!! Bila raya saya tak akan buka tv atau radio kerana tak sanggup nak dengar takbir raya pulak..

Kesakitan yang tak tertanggung ialah tidak dapat menjaga 3 orang anak membuatkan jiwa keibuan saya meronta-ronta, saya berfikir dan berusaha keras untuk mengumpulkan kembali anak-anak supaya saya dapat menjaga mereka kembali.Saya hanya menyewa bilik dan berkerja dikilang dengan gaji RM450.00. Saya menyekat makan iaitu sehari sekali saja. Saya usahakan mengirim duit yang tak seberapa pada anak di kampung . Jiwa sakit dan tercabar mencari maruah diri, kewangan, sifat keibuan dan mengejar cita-cita yang tak tahu apa kesudahannya.

Selepas 18 bulan saya menumpangkan anak2 dirumah bekas ibu mertua , akhirnya dapat juga saya menyimpan duit untuk menyewa rumah dan saya mampu menyekolahkan anak-anak .. Esok saya story pengalaman mencari rumah sewa.. Ia pahit tetapi saya menulisnya untuk membangunkan semangat wanita lain yang sedang melalui konflik kehidupan. Hidup ini  tak sentiasa malang.. PERCAYALAH…

4 Comments

  • dewicinta

    salam..tulisan puan memberi inspirasi pada semua org yang mengharungi konflik kehidupan..tulisan puan amat jujur,dekat dihati senang dan mudah untuk memahami keadaan puan ketika itu..saya puji semoga dalam banyak2 pengalaman puan tulis ini dapat memberikan manfaat /sokongan/petunjuk atau membuka minda saya dalam melihat kehidupan..sekian..wasssalam.

  • Darcy

    I read a lot of interesting posts here. Probably you
    spend a lot of time writing, i know how to save you a lot of work, there is an online tool that creates unique, google friendly
    posts in seconds, just type in google – laranitas free content source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!