Ayah Puan Rozita
Biodata Bonda

Abah lelaki handal dan hebat…

 

Ayah Puan Rozita

 

Arwah abah saya Ibrahim Hj Ashaari lelaki yang hebat terbaik dalam hidup saya. Semangat yang luar biasa.. pendiam dan bercakap dengan motivasi dengan ilmu. Inspirasi dan saya sangat meminatinya SEJARAHNYA.

Abah berketurunan Banjar dan kacukan Arab. Cerita kehidupannya membuka minda saya. Ibu bapanya berpisah . Nenek menjaga kesemua 8 orang anaknya. Arwah atok tak ambil peduli kerana ada isteri baru. Abah merupakan anak kedua dan anak lelaki yang besar membantu ibunya menyara kehidupan. Abah membuat kerja sawah padi sambil bersekolah. Setiap hari lauknya hanyalah kangkung goreng, garam dan mencari ikan di parit. Keluarga abah ketika itu paling miskin di kampung dan sangat hina. Rumah abah tiada dinding hanya atap! Abah ke sekolah agama sehingga tamat darjah 9. Pakaian lusuh dan sangat daif, pensil pun bersambung dengan buluh.

Konflik perkahwinan ibu bapa membuatkan abah menjadi sangat susah. Abah ingin sekali merasa  kasih sayang dari ayahnya. Pernah satu ketika abah lari ke Langkap Perak yang ketika itu masih hutan belantara. Abah mencari ayahnya semata-mata ingin mendapat perhatian seorang ayah. Semasa disana selama 3 bulan ibu tiri tidak memberikan dia makan dan menghalau dia supaya balik semula kepada ibunya di kampung. Abah keluar dari rumah ayahnya berjalan kaki. Dalam kesedihan abah berjumpa seorang wanita yang kasihan dengan keadaannya.  Diberikannya abah sedikit duit tambang untuk kembali kepada ibunya.

Abah belajar ilmu perniagaan semasa menumpang di rumah saudaranya yang sangat kaya Haji Ismail seorang peruncit yang sangat kaya ketika itu. Haji Ismail juga membeli hasil padi orang kampung. Abah berkerja tanpa gaji sekadar diberi makan sahaja. Abah sangat bahagia kerana dapat menumpang dengan keluarga tersebut yang mendidiknya berniaga. Haji Ismail mati ditembak oleh perompak selepas keluarkan duit dari bank untuk membeli padi orang kampung. Antara Kata-kata Haji Ismail.

gambar-haji

  • Berniaga ini untungnya kita boleh pusing duit.
  • Asam, bawang dan beras tak payah beli – semua percuma.
  • Yang busuk kita makan, yang elok kita jual.
  • Berniaga ni ada 3 kali turun 3 kali naik.
  • Solat dan rukun islam jangan tinggal.
  • Jangan tak bayar zakat nanti makan diri.
  • Jangan tipu timbangan.
  • Jangan kaki perempuan, arak dan judi.

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!