Biodata Bonda

Tak senang seperti yang disangka…

Tundukan suami atau isteri, atau nak mendapatkan cinta orang yang disukai atau kerana hartanya! Mendapatkan hajat melalui hubungan syaitan dan jin. SYIRIK dan DOSA paling besar menyekutukan Allah SWT. Hidup panas, tak berkat, mati lagi susah!

hiasan-jrm

Pengalaman hidup saya tak pernah lekang dek ujian.. bertindak cepat buat keputusan dapat menyelamatkan keadaan jadi lebih parah… Janda miskin orang kata jahat sebab nak rampas suami orang dan nak tumpang senang.. Wanita kaya lebih lagi susah ranjaunya! Nak cari orang yang ikhlas sayang kita sangat susah! Sayang ada makna.. nak mengaut harta dan ambik kesempatan. Ikatan perkahwinan, talak dan gunakan kasih sayang kononnya! Bila bercerai tuntut duit macam kes ugut.. bukan sikit.. BERBELAS JUTA! Dah buat salah permainkan talak dan sumpah. Berusaha lagi nak tipu, fitnah demi duit dan kaya cepat. Miskin Jiwa Miskin Harta.. jenis macam ni..

Lagi modern dunia banyak sihir digunakan, terutamanya melibatkan RM dan cinta . Saya pernah disihir! SAYA BENCI SIHIR, PENGECUT DAN SANGAT JAHAT.. Kalau kena sihir kita jadi tak tentu arah. Saya berpindah dari rumah lama kerana tak tahan dengan gangguan sihir. Saya pernah berkahwin dengan sudah pun bercerai dengan bekas suami yang telah menyihirkan saya! Selepas 6 bulan kahwin saya terjumpa botol kecil dibawah tilam semasa saya mengemas bilik! Dalamnya berisi minyak wangi di dalamnya ada 7 kuntum bunga tanjung, sebatang jarum dan segumpal kertas. Saya buka botol tersebut dan saya dapati gulungan kertas tersebut terdapat tulisan jawi nama saya. Saya tanya, “Apa semua ni.. awak sihir saya?” Dengan senang hati dan seboleh-bolehnya dia ketawa! “TAK BUAT.. TAK DAPAT, DAH BUAT.. AKU DAPAT!”

Saya katakan pada dia, “Awak tipu diri sendiri, syirik dan zalim pada saya. Bukan dari hati saya nakkan awak tapi dari permainan syaitan!” Saya tanya lagi, “Awak puja apa, mana awak ambik dan apa syaratnya?” Jawabnya, “Ambik kat abang Borhan orang Indonesia. Bayar RM200, saya cakap saya nak awak dengan apa cara sekali pun. Awak tinggalkan saya ada lelaki lain, saya merana. Abang tu kesian tengok saya. Setiap malam saya pegang besi yang dibakar dengan lilin. Dibawahnya ada gambar awak dan seru nama awak.”

Takut bila buka sejarah hidup saya. Bermacam-macam pengalaman yang mengerikan sehingga ada suami sanggup bermain talak. Masih berkahwin tetapi mengaku sudah bercerai dan turun naik mahkamah macam pakatan bersama isterinya! Saya tak akan bermadu dan kahwin dengan suami orang! Dia menggunakan sihir bukan kerana cintakan saya, tetapi ingin mendapatkan saya semata-mata untuk duit dan menyelamatkan kehidupannya yang muflis.

Tak ada siapa manusia yang kahwin ingin bercerai. Bagi saya lebih baik hidup sendiri dari sengsara hidup berdua. Saya berpegang pada prinsip, saya tak perlu berkongsi suami hanya untuk disayangi. Saya tak mahu bersuami tapi jiwa kosong. Saya boleh dapat yang terbaik dan tak akan seksa diri bertahan untuk perkara tak menguntungkan dunia dan akhirat! Saya nak nikmati hidup ini sebaiknya selagi ada nyawa!

Saya benci lelaki tak solat, pemalas, penipu dan mengharap tenaga saya memberikan kesenangan dan menjadi buruh kepada suami. Allah perkenankan doa saya yang sering saya minta “Berikan saya suami yang terbaik, yang benar-benar sayangkan saya. Menjaga saya dunia dan akhirat.” Alhamdulillah pencarian saya ditemukan jodoh dengannya sehingga kini. Allah merubah takdir saya menjadikan dia suami yang terbaik, rajin, bijaksana, kuat pegangan agama dan tegas. Dia tak kaya, bukan dato atau orang kenamaan. Hanya peladang sawit seluas 40 ekar. Semoga jodoh ini berpanjangan sehingga ke akhir hayat. Amin.

5 Comments

  • luna

    Sy rasa harus malah wajib merujuk kpd kisah pglmn dan panduan rtgga drpd puan bg menjadikan sy lebih kuat dan positif mgharungi arus kehidupan.

    • jamuratu malaya

      PUAN LUNA: Sy dulunada masalah malunsgt..org semua pandang rendah..xda tempat merujuk dn terus ikut hati meraung sedih..jiwa sy jd lemah..nasib bbaik sy xda kawan liar..kalau ada mungkin sy terjebak..sy banyakan mengaji dn membaca buku..sampai Allah bagi sy kekuatan yg sy boleh bangun kan jiwa dn dapat penyelesaian..tujuan sy tulis pun nak bantu kaum2 hawa yg senasib sy

  • maizul

    Terima kasih puan sudi berkongsi cerita…benarlah,dari kesusahan masa lalu,lahir kecekalan hati dan kental jiwa mengharungi badai kehidupan.Semoga sentiasa dirahmati Allah.

  • GokuSuperSaiya

    asallamuallaikum, bonda, setuju sangat, dulu ada kes kat tempat saya jin pelaris tak di beri makan, berjoget lah jin tu kacau premis perniagaan lain. masa nak tutup premis jin tu merangkak nak keluar premis. meraung raung staf perempuan.

    perasan tak kalau pergi kedai tertentu ada pasang cermin muka bulat kt bahagian atas , lepas tu ada yang lekat wafak. teori mereka hantu bila nampak cermin tak nampak jalan masuk. bila nampak kertas wafak jin akan terbakar or lari.wallahuallam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!