rawatan sihir
Biodata Bonda

Orang Maki Tak Mengapa, Jangan Kena Sihir…


rawatan sihir

Khianat dan dengki itu ialah penyakit hati dan paling dahsyat bila menggunakan sihir. Bagi anda yang pernah mengalami gangguan sihir akan boleh menyelami cerita saya dan merasakan azabnya! Tengkuk jadi berat, tak bersemangat nak berkerja, berdebar-debar, perasaan benci yang melampau kepada pasangan. Marah dan sedih tanpa sebab!

Berbagai jenis sihir dan saka. Jika ia bercampur akan mengganggu kehidupan, kata suami saya!

Bila hati lalai pada Allah, syaitan jin sihir mudah datang mengganggu. Perkara asas ibadat sangat perlu diperbetulkan. Tertib awal wudhuk sehingga solat, banyakkan mengaji Al Quran di rumah.

Ganguan sihir yang melampau, bayangkan menantu saya basuh kereta lewat petang nampak Pontianak elok dia berposing seawal jam 7.00 petang! tak sabar nak tunggu malam. Panjat dinding rumah macam Superman. Jumpa kemenyen dalam botol atas nama saya. Bangun pagi-pagi kat tepi dapur tumbuh busut besar tumbuh setinggi 3 kaki, bila korek busut tu ada telor ayam dan nama saya! Meja kerusi bergerak sendiri, nampak lembaga hitam. Memang huru-hara! Maid dan anak-anak sering diganggu tidur. Kadang-kadang ditarik selimut, melihat lembaga hantu tidur disebelah dan ditindih sehingga tak boleh bernafas.

Azab  sakitnya. Penat sehingga saya jadi malas nak berubat. Ustaz Dasuki menyuruh saya amalkan membaca Al’Mathurat. Saya teruskan dengan sunat Dhuha, Manzil serta amalan lain yang banyak menyelamatkan saya dari musibah sihir. Saya yakin amalan Rasullulah SAW ini melindungi saya. Disamping musibah itu, merata suami berikhtiar merawat saya.. jumpa ulama, Mufti Besar Negeri Sembilan dan ustaz-ustaz. Dia belajar sampai cari Guru ke Mekah dan Jeddah! Suami terpaksa belajar mengubat saya dan Allah yang izinkan dengan beri kelebihan seterusnya dia boleh merawat orang yang terkena sihir saka dan gangguan halus. Dia berniat saya buat rawatan ni sebab nak tolong orang bukan sebab duit. Katanya manalah tau, berkat kita tolong orang ada doa orang untuk kita yang Allah makbulkan untuk kesihatan dan kebaikan keluarga kita..

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!