Biodata Bonda

Berani Dengan Keputusan… Part 1

33Inilah rumah bekas mertua saya kini usang tanpa penghuni. Usia rumah ini sudah menjangkau lebih  50 tahun. Bekas suami dahulu seorang polis hutan selepas berhenti kerja kami tiada tempat tinggal. Dia anak paling disayangi oleh ibu mertua saya. Maka kami pernah menumpang beberapa bulan dirumah ini kerana tidak mampu menyewa rumah. Tahun 1970an mencari pekerjaan sangat susah. Berbagai ikhtiar dicari untuk memulakan kehidupan . Susah menumpang dirumah mertua , apa saja semua tak kena. Tak elok cerita  keburukkan tentang orang (saya simpan sebagai iktibar) .. Saya berusaha merubah nasib dan pergi ke Ibu Pejabat Felda untuk memohon menjadi peneroka.

Gambar Contoh
Gambar Contoh

Rezeki menyebelahi kami dan diterima sebagai peneroka felda di sempadan Gua Musang Pahang. Usia saya ketika itu 18 tahun berpindah ke Felda Kechau 1 ( masa tu sistem saham ) memulakan hidup serba daif . Ayah Yati baik orangnya bukan kaki pukul dan maki hamun..  !! Saya tahu akan risiko berat bakal saya tanggung. Tetapi lebih berat jika saya meneruskan perkahwinan itu.. Tidak ada dalam keluarga kami yang bergelar janda atau minta diceraikan.

Sikapnya hanya saya saja yang tahu setelah bertahan hampir 10 tahun. Saya yakin dengan keputusan saya ini dilandasan yang betul meskipun mengambil masa yang lama untuk membuktikannya.  Saya yang obsess mencari kualiti kehidupan nekad dan berani memilih perceraian. Masa tu umur saya 23 tahun.

CUKUPLAH JAGA HATI ORANG. MASA DEPAN SAYA HILANG MACAM TU JE KALAU TERUSKAN. SAYA MASIH MUDA ..MASIH JAUH LAGI KENA LALUI..’ Pandai buat pandai2 la saya tanggung risikonya…. Esok saya story lagi…

3 Comments

  • sarah

    saya suka baca cerita kisah hidup puan. bermula dengan tulang sotong kan yang dijadikan bedak ke apa, saya tak pasti. banyak amik ilmu dari bangsa asing, saya lupas pernah baca dari majalah mana.

  • qsuri

    Bukan semua orang berani membuat keputusan yang berani dan nekad dalam hidup tetapi saya berbangga dengan keberanian puan kerana puan lebih mengetahui apa yang terbaik buat diri puan dan masa depan puan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!