Biodata Bonda

Saya Wirawati Bina Ayat Pujuk Diri…

Saya belajar menguasai minda dan melawan ketakutan dari pengalaman dan menganalisa keadaan.. Apa patut elak / Apa patut buat.. Hidup ni macam perang. Masa muda dulu hari-2 saya cakap dengan diri sendiri supaya saya gembira dan terus bersemangat .. “ Saya Wirawati/kapten/komando untuk anak-2 .. Tak da orang sayang  saya tak apa.. Janji Anak sayang dan ada dengan saya.. Anak ni akan temankan hidup saya“ (itu cara saya pujuk diri)

Saya xbanyak gambar. Ini gambar lama 20 tahun yang lalu.. Bilik ini ialah perjabat saya membina ST (cipta formula dan apa saya belajar dengan doktor).

Sampai sekarang saya tak ada kawan sama macam dulu juga.. Saya sunyi.. Sayu takut.Kalau saya sedih saya jawab sendiri untuk menahan air mata dan rawat jiwa.. Ayat kejam untuk diri sendiri ”Jangan nak mengada-2 menangis.. Air mata kewanitaan kamu tu tak berharga sesen pun..!! Tangisan kamu tak boleh merubah satu apa pun.. Ingat ye tak ada sapa nak pujuk kamu. Tak da sapa pandang kamu dan tak da sapa nak hirau kamu..”

Saya tak akan tunjuk dekat anak-2 walaupun setitis air mata. Saya tak jatuhkan depan anak-2 azab yang saya tanggung..!! Nyawa dan diri saya tak penting.. Hanya kerja dan kesenangan anak-2 itu misi hidup saya. Saya nak buktikan bahawa saya bukan anak perempuan yang bawa sial. Bukan ibu yang jahat. Orang tak sekolah dan miskin atau janda tak jahat. Kami manusia hidup sama dibumi tuhan. Kami juga ada hati dan mahu kehidupan yang baik.. JANGAN KEJI DAN TAMBAH MASALAH YANG KAMI LALUI HANYA KERANA NASIB KAMI YANG TIDAK BAIK.. KAMI TAK MINTA LALUI KESUKARAN HIDUP INI..

Saya mencari keseronokan sendiri hanya dengan menjaga badan. (Tak ada hiburan lain pun. Itu je yang ada… ha ha ha.. Kesian juga saya masa tu).. Susah macam mana pun herba tak pernah luput dari suapan sehari2.. Bagi saya anugerah Allah termahal ada pada badan ni. Banyak berjasa dan keindahan yang bawa semangat untuk saya teruskan hidup saya..

Rasa rendah hati tetap ada..Orang lain ada sijil, ada suami, ada rumah, dan keluarga lebih hebat ada harta.. Saya ada apa ..?? Jawab dan pujuk diri. Saya ada Allah.. Saya tak jahat tapi kena buktikan lah.. Saya ada anak.. Kalau tak boleh buktikan pada orang ramai buktikan pada anak-2. Orang kaya tak selama kaya dan orang miskin tak selama miskin.. Allah maha kaya dan sayang dengan hambanya.. Rasullulah SAW kekasih Allah sangat mudah minta apa pun dapat.. Tapi dia tak minta pun jalan mudah untuk senang.. KEKASIH ALLAH LEBIH DIUJI IMANNYA.. SAYA YG BUKAN KEKASIHNYA tak akan tak diuji langsung..

Allah menyapa takdir untuk saya melihat kebesarannya. Kemiskinan mendekatkan kepada kekufuran. Allah SWT boleh merubah takdir manusia bila-2 masa jika ia mengkehendaki “ Kun Fa Ya Kun “.. Tidak susah bagi Nya memberi dan Tidak susah baginya untuk mengambilnya semula.. Saya singgah didalam takdir yang ditentukan. Saya dalam gengaman Allah SWT.. Musibah sebenarnya banyak hikmah kita boleh belajar. Jangan dikesali apa lagi untuk diratap..!!

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!