Bicara Bonda

Anak Buang Ibu Demi Hajat Dan Kesenangan..

4444IBU KORBAN APA SAJA … ANAK BUANG HAJAT DAN DIDIKAN IBU KERANA LEBIH PENTING KAN CITA-CITA SENDIRI DAN KESENANGANNYA . SANGAT SOMBONG LAGI DERHAKA..Ramai anak yang begitu..!!  Orang sakitkan hati saya tahan . Bila anak sakitkan hati saya bukan sekali , sudah berkali2. Kemaafan  tetap diberikan. Tangan ini melakukan segalanya untuk dia , JIKA TIADA IBU INI KAMU TAK NAMPAK DAN TAK DAPAT APA KAMU ADA HARI INI..!!

Selagi disebut nama kamu anak. Sayang sebagai ibu hati akan semakin pedih..lebih baik melupakan yang saya pernah sayang dan membesarkannya . KECIL DIA ANAK KITA ..!! MENUMPANG DAN MEMBESAR DGN SAYA BILA BESAR DIA DAH JADI ORANG LAIN..( Biarlah dia..pergi jauh-2..Dah memang tanggungjawab saya membesarkannya ..takdir dan ujian ini Allah bagi pada saya dapat anak begitu..Maka aku berlindung dengan kejahatan diri ku sendiri bersihkan hati aku ..Ya Allah . Semoga dia solat dan taat pada Allah )…

Luahan hati seorang ibu yang saya kongsikan dengan anda..!! Memang shurga tak nampak ..pahala tak nampak.Sebab itu anak-anak tak takut derhaka dan membuang parentnya. Taat dan berbakti kepada mereka kerana keberkatan dunia akhirat ada pada doa dan restu mereka.

Melawat kerumah orang tua-tua adalah perkara yang paling saya suka berziarah sejak 3 tahun kebelakangan ini. Ia menyedarkan saya hakikat kehidupan yang saya akan lalui . Dalam hati saya berbanyak2 syukur . Sayu sedih geram rasa insaf semua ada sepanjang saya disana.

RUMAH JAGAAN & RAWATAN ORANG TUA AL IKHLAS

Visit to Rumah Jagaan Orang Tua Al-Ikhlas Puchong 290712 028

Warga JRM diketuai oleh Niza yang memilih rumah ini kerana ia sepenuhnya di huni sepenuhnya oleh orang islam. Seramai 21 orang lelaki dan 34 orang wanita. Status rumah kebajikan ini diwakafkan ( mesjid lama ). Jika anda sudi kesana inilah alamatnya. Diuruskan oleh Puan Muji Hj Sulaiman ( bekas jururawat ). Ia diuruskan sendiri oleh Puan Muji tanpa bantuan dari mana-mana agensi kerajaan atau swasta. Ada juga individu persendirian agensi dan syarikat swasta yang kerap membantu kerja amal di rumah kebajikan ini.

Masa saya datang Pn Muji tak ada disana . Ada keluarganya yang sakit dihospital kata pembantunya. Puan Muji ada menjelaskan kepada Niza bahawa mereka ini ialah bekas pesakit dihospital dari seluruh negeri yang ditinggalkan tak dituntut dek waris mereka. Mereka semua berpenyakit antaranya jantung kencing manis, yang kronik, maslah paru-paru, strok dan penyakit mental.

Alamat : Lot 3520, Jalan Batu 18,Kampung Pulau Meranti 47120 Puchong.Di Uruskan : Puan Muji bt Hj Sulaiman (merupakan bekas jururawat).Dibantu oleh 13 orang pekerja. Status rumah : Masjid lama (diwakafkan). Semua penghuni rumah ini adalah bekas pesakit dari hospital seluruh negara yang tidak diambil oleh waris mereka. Kebanyakannya uzur memerlukan penjagaan yang rapi yang terlantar.

Antaranya penyakit jantung, kencing manis, masalah paru-paru, strok, penyakit mental.

10469690_553314534791960_196720360579235443_n 5555 10494758_553314998125247_8214477399037519249_n

Rumah kebajikan ini yang ditubuhkan sejak 2003 milik persendirian Puan Muji tanpa sebarang bantuan terus daripada mana-mana agensi kerajan maupun swasta.

Walau bagaimanapun, pelbagai kumpulan persendirian, agensi dan syarikat swasta kerap menjalankan program kemasyarakatan di rumah ini.Jumlah penghuni terdiri dari 21 lelaki dan 34 perempuan tua yang memerlukan rawatan kesihatan dan perubatan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.Terdapat 3 orang pesakit mental dibawah jagaan beliau.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun (ar-rajhi – 127001061101131) atas nama (rumah jagaan dan rawatan orang tua al-ikhlas) atau ke akaun (maybank – 164070451718) atas nama (muji binti sulaiman) sebarang pertanyaan bolehlah hubungi 0122433743.

33 22

 

 

Kalau anda semua ada kelapangan ziarah lah kesana..bagus terapi minda..Saya beritahu pada diri saya dan berdoa “ Kalau Allah nak ambik nyawa saya biarkan tidak menyusahkan anak-2. Jika saya uzur nanti jadikan masa dalam usia saya tu,  Allah izinkan saya tidak membazir masa untuk mengingati dunia dan kesedihan akibat anak2..Tetapkan hati dan masa saya dengan Al Quran, zikir dan salawat..Jika anak sia-2kan saya dan hilang belas ehsannya terhadap saya (tak mahu menjaga saya)  tapi JANGAN SEKALI  ALLAH JAUHKAN EHSANNYA..RAHMAT DAN REDHANYA DARI SAYA untuk terus mengingati mu Ya ALLAH dalam kelapangan hati”.

44 666

Saya sayu sebab tak tahu apa nasib saya pula nanti..kedatangan saya kemari kalau boleh tak nak tunjuk rasa simpati apa lagi rasa sedih hanya nak mengembirakan mereka . Tak dapat ditahan perasaan ni..Aduhai jatuh juga air mata ini ..apa taknya melihatkan uzurnya mereka dengan badan berketar-ketar. Bernafas mengunakan wayar..Kaki yang hitam dan busuk akibat kencing manis. Kebanyakan lerlantar baring dikatil. Mereka kata seronok duduk sini ramai kawan kawan. ( sekadar memujuk hati  agaknya )..

000 777

 

Ada 1 mak cik memberitahu saya tanpa saya soal pun .. “Anak Mak Cik ada 2 orang..mereka tak hantar Mak Cik kat sini..!! Mak Cik yang pilih. Kat rumah sunyi dan mak cik sakit lutut je badan semua sihat..Anak Mak Cik baik sangat. Selalu jenguk Mak Cik kat sini “ riang wajahnya bercerita kepada saya kononnya anaknya baik. Bisik penjaga kat situ pada saya, 3 atau 4 bulan anak dia sekali jengah..Dalam hati saya kasih ibu kepintu shurga kasih anak ke PINTU RUMAH KEBAJIKAN ..

4 Comments

  • Anie Yat

    Assalamualaikum …Salam Ramadhan Puan…
    Mengalir air.mata saya membaca kuahan hati ibu tersebut…
    Itu dah bahagian dia… bahagian kita belum tau… seperti apa yg puan doakan…begitu juga harapan kita srmua…semoga jika usia kita dipanjangkan…jgnlah nanti kita menyusahkan anak2… Moga Allah akan memelihara dan melindungi kita dgn rahmatnya dihari tua kita…dan mengambil kita dalam khusnul khotimah

    Aameen

  • kakcik

    Bila anak2 dah besar, mereka rasa mereka lebih bijak dari kita apatah lagi jika kehidupan mereka lebih berjaya. Tapi, itulah hati seorang ibu, macamana pun doa untuk anak tetap diselitkan biar hati remuk dan luluh…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!