Biodata Bonda

Berani Dengan Keputusan – Part 3

Sikap kami sangat jauh berbeza. Dia tak berwawasan dan saya pula sangat optimis dlm cita2.. Dia tak pernah marah. Bila bercakap nada suara sangat baik. Kami tak pernah bergaduh pun..!!..Bercakap dgn dia atau bergaduh pun tak guna sebab lebih baik bergaduh dengan ayam..Ayam ada gak bunyi..ha ha ha

(Gambar ady bersama ayah yati / isteri dan anak2nya  semasa di kampung, 2009)

Setiap manusia tetap ada kebaikannya. Manusia tidak sempurna begitu juga saya banyak lah kelemahan saya..Ayah Yati kerja sebagai pengawal keselamatan. Sekarang tak berkerja kerana uzur. Ada beberapa perkara yang saya ingat ..Paling saya suka dan paling saya benci… Dari situ saya belajar yang merangsang otak saya datang ke Kuala Lumpur mencari misi saya…

Buat apa kerja kuat2..?? Kamu ni tamak sebab nampak duit je , secupak tak akan jadi segantang kerana ini takdir kita. Pandang awak saya dah bahagia..ha ha ha ..,, bolehhh gitu ..?? ( saya benci ayat ni ). .  

Sewa kedai KL mahal sebulan 25 ribu. Tapi mereka ni niaga sehari pun dapat 25ribu tau tak..!! Kamu kiralah RM 25 ribu x 30 hari.. Mereka kaya sebab dah jumpa lubuk emas.. ( Saya suka ayat ni dan ini lah yang membakar semangat saya utk merubah nasib di KL – keluar dari Felda )

Semasa dia ingin berkahwin dengan isterinya dia minta pendapat saya  “ Aku nak kawin dengan perempuan Kelantan anak dara tua. Dia kerja kilang tapi dia pandai niaga . Apa pandangan ko ta..?? Saya jawab “Dia betul2 suka dengan kamu ke..? Kalau niat nak kawin kerana perempuan pandai niaga, salah niat kamu tu..” ( itu last saya bercakap dgnnya )

Sikapnya macam orang tak ada perasaan..penyabar dan selalu baik sangka dengan siapa sahaja. Dihalau oleh abangnya dan tidak ada tempat tinggal 8 tahun lepas ( masih tetap baik dgn abangnya ).. Saya suruh anak2 ambil abah sekeluarga dan suruh duduk disalah satu rumah saya di Puncak Alam..

2013 – Umrah bersama menantu

Saya simpati dengan perjalanan nasibnya, jika nak banding takdir saya jauh lebih baik dan gembira. Pahit tetap ada kesudahan. Berbeza dengan dia..Semoga anak-2 saya dapat membahagiakan kehidupan abah mereka dihujung usianya. Anak-2 saya yang sudah besar boleh membantu ayah mereka dari semua sudut terutamanya kewangan. Anak2 dari perkahwinannya yang baru masih bersekolah..

Kasihan juga pada anak2 saya. Melihat realiti kehidupan yang sangat berbeza antara Mak dan Abah mereka.. Iktibar didikan saya pada anak2..

BILA MATLAMAT JELAS KEHIDUPAN AKAN JELAS. JANGAN TAKUT CABARAN KERANA IA HANYA MENAKUT2 KAN. BERANI BUAT KEPUTUSAN DAN KEPUTUSAN MESTILAH BETUL.. BERTINDAK CEPAT.. ORANG LAMBAT KETINGGALAN.. MASA TAK TUNGGU KITA “

 

 

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!