Biodata Bonda

Anugerah Trofi Seri Nona…

Anugerah Trofi Seri Nona

Tahun 2003 – Anjuran TV3 Malaysia Berhad

Pengacara – Normala Shamsuddin

Disampaikan oleh isteri PM Abdullah Badawi iaitu Datin Seri Hendon

Trofi Sri Nona 06Ketika itu kalau tak salah saya seramai 25 peserta wanita ( semua bangsa ada ) dikalangan ushawan wanita yang berjaya dalam perniagaan masing2 dipilih menyertai pertandingan ini dari pelbagai jenis perniagaan. Selepas disaring hanya 13 peserta dapat masuk keperingkat akhir termasuklah saya.

Antara syarat wajib untuk memenangi anugerah ini ialah mempunyai jalinan dengan kerajaan dan sumbangan kepada rakyat . Pemenang anugerah ini ialah Kolej Shah Putra dari Pahang. Ia diasaskan oleh family business . Pengalaman ini amat berharga dalam sejarah hidup saya sebagai ushawan kerana dapat berkumpul dengan wanita2 hebat dari golongan aristocrat.

Saya gembira kerana pemilihan anugerah ini sangat telus . Saya  bersyukur terpilih menyertai pertandingan ini meskipun tidak mendapat tempat yang pertama. Saya tak mengharapkan kemenangan kerana saya tahu saya tak layak menang . Saya baru saja menjadi usahawan dan dikenali dari hujung tahun 1999 ( pertandingan itu 2003 ). Sekadar dapat berkumpul melihat wanita-2 hebat sudah memadai bagi saya .trofi sri nona

Terasa diri ni kecil dan berasa malu sendiri pun ada  ( alahai si ciput ni juga yang di pilih masuk nak bertanding dengan usahawan gergasi ). Mereka mempunyai perniagaan membina dan membekal tiang-tiang letrik, Membina terowong dasar laut, membuat kerja binaan sekolah, mempunyai kolej , firma guaman dan services, pembekal auto mobil , dan macam-2 lagi. Saya seorang sahaja yang dipilih dalam dunia kecantikan..

Empayar mereka besar dan pastinya modal yang jauh lebih besar. Tak tergambar rasa syukurnya pada Allah. Saya turut bangga melihat kejayaan mereka kerana ramai juga wanita melayu yang berjaya. Peserta dikalangan ushawan melayu cina dan  india dan mereka berniaga berkembang dengan bantuan sokongan kerajaan dan networking sampai keluar negara.

Berbeza dengan saya yang mengusahakan perniagaan sendiri tanpa bantuan kerajaan ..Memang payah tak da sokongan kerajaan.. Naik sendiri dan sendiri lah pandai2 nak hidup. Untung nasib naiklah.. Sebab tu kena rajin bodek Allah supaya mudah semua urusan hidup. Hanya Dia tempat saya berharap.

 

 

 

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!