Bicara Bonda

PERASAN “ diri terlebih baik dari orang lain ”

Saya bukan pakar agama.. Sekadar bercerita melalui pembacaan ataupun pengalaman sendiri.. Ahad 6hb April, jam 5.30 pm saya menaip untuk buat bahan blog peribadi sendiri..

Maka saya mulakan dengan tajuk ini KENAL ORANG MAKRIFAT DAN ZUHUD yang saya petik dari dalam 1 buku yang dihadiahkan oleh teman baik saya, Nashaihul’ibad dari imam Nawawi.

Buku ini banyak tentang nasihat agama.Buku ugama memang tak seronok dibaca jika tak minat ..!! Jika niat membaca sebab nak bagi makanan rohani , nikmatnya syok lain macam..”cuba try “..ha ha ha.. Dah cuba try lagi, itu hebat namanya..!!

Manusia selalu pentingkan penampilan, kereta nak besar, rumah besar, beg jenama ..Muka dan badan saja yang nak dijaga dan dihias . JIWA KITA TANDUS KELAPARAN GERSANG SAMPAI DAIF, ramai yang tak sedar.

Kenapa ramai orang sakit mental, penganas, penjahat, perogol,stress, sakit mental , bunuh diri..pendendam, merasakan diri paling bagus. Bila dapat dugaan sikit dah tak tahan..sebab Jiwa lemah. Makanan jiwa lah lebih penting sebenarnya..!!Apa yang saya faham dalam satu kolum yang menarik ( dari kata-kata imam Nawawi ) melalui buku ini utk saya kongsikan sebagai renungan kita bersama..

1.       Jika dalam diri manusia menyangka ada penolong yang lebih dekat dengan dirinya (dapat membantunya) yang lebih mampu dari Allah maka baru sedikit ia mengenali Allah ..Maksudnya – Keyakinan dan kekuatan imannya masih kurang kerana menyangka apa yang berlaku atas kehidupannya dari dasar logic akal, usaha dan dari perancangan manusia semata-mata. Manusia hanya merancang  tetapi bukan penentu takdir. Apa-2 saja boleh berlaku sepanjang perjalanan kehidupan. Allah yg lebih bijaksana menentukan serta boleh merubah takdir.

Kecantikan dunia yang hanya sementara. (Gambar contoh pembedahan plastik)

Sebab itu jangan sombong jika Allah beri kelebihan – Kaya – cantik – darjat semua tu pinjaman yang tak kekal, dunia hanya sementara.Tak tahu sampai bila kita milikinya.Contohnya kita x selamanya muda- pasti akan tua, hidup pasti akan mati, orang kaya juga boleh miskin, (bila2 masa jika Allah kehendaki)..!!

2.       Jika orang itu menyangka musuh sebagai orang yang paling kejam daripada nafsunya, bererti orang itu baru sedikit ia mengenali dirinya.…Maksudnya – Keganasan hawa nafsunya sendirilah yang selalu mempengaruhinya kearah kejahatan dan menjadi musuh yang utama, bererti dia tidak mengetahui bahawasanya nafsu itu ialah musuh yang paling jahat.

Ramadhan 2013 saya tak boleh lupakan pengalaman ini, semasa saya solat tarawih di masjid kuning Sg Buloh. Saya hanya duduk di saf belakang kerana melayan anak kecil saya yang lasak dan suka berlari. Ada seorang wanita bertudung labuh duduk di saf hadapan dengan muka bengis dan memaki anak..“ Kenapa bawa budak kemasjid, ini tempat ibadat..Mengangu orang nak solat ..”

Hati saya panas..!! Saya jenis berani bersuara ..lagi2 perkara kebenaran. Demi hormatkan masjid , saya gigit lidah dan ingatkan diri sendiri bahawa sedikit kesabaran itu, Allah ganti lebih baik dan anggap saja dugaan ramadahan, apa ruginya saya senyap. Tak semestinya kalah, bertekak lagi nampak bodoh sama macam dia ..!!

Saya mengalah dengan membawa anak keluar dari kawasan saf masjid ( duduk luar ) supaya saya tidak terlepas bahasa kasar. Tiba waktu morey kami di hidangkan makanan. Anak kecil dan pembantu rumah teruja ingin menjamah makanan yang di hidangkan. Saya terpaksa menunggu dan kejadian tadi tidak cukup disitu saja , wanita itu pula datang dan duduk tidak jauh dari saya serta anak kecil saya. Dia berbisik2 kepada jemaah lain mengumpat dan menunjuk2 kearah anak saya.

Saya menahan marah ( dalam hati saya berkata :  alangkah sombongnya hanya kerana dia ahli masjid ) . Kesian pun ada ..!! Hati memujuk mungkin dia hanya berpakaian seperti muslim ,yang arif agama tapi mungkin tidak berilmu. Atau berilmu tetapi tidak memakai, dan mungkin dia merasakan ‘ dirinya lebih baik dari orang lain serta mengangap orang lain tu musuh.

Sesuai kita rujuk kepada kata2 Imam Nawawi..!!Jika orang itu menyangka musuh sebagai orang yang paling kejam daripada nafsunya, bererti orang itu baru sedikit ia mengenali dirinya.…Maksudnya – Keganasan hawa nafsunya sendirilah yang selalu mempengaruhinya kearah kejahatan dan menjadi musuh yang utama, bererti dia tidak mengetahui bahawasanya nafsu itu ialah musuh yang paling jahat.

Ramai ulama menggalakan anak-anak kecil kemesjid supaya melatih mereka mencintai rumah dan ilmu Allah. Yang ke 2 didalam masjid kenapa mengumpat..?? Kenapa anak-2 kecil dianggap musuh dan perlukah menengking didalam masjid.

Keperibadian muslim bukan setakat jubah labuhnya saja tetapi akhlaknya..!!

 

4 Comments

  • Anie Yat

    Teringat pada cerita sorang ustazah… org yg khusyuk ketika mengadap Allah..takkan perasan anak2 yg berlari2 disekelilingnya…tp kalau yg tak khusyuk tulah yg selalu perasan.. hehehe… insyaa Allah puan akan diberikan kesabaran yg lebih…kadang2 Allah ingin menguji kita

  • DeeIsmile

    Saya pun pernah melalui situasi yang sama. Kita patut galakkan anak kecil ke masjid bukan mengherdik mereka. Bab khusyuk dlm solat tu terletak pada individu jadi jgn mudah menyalahkan orang lain. Dari pengalaman saya orang yang memakai tudung labuh ni rasa diri lebih berilmu dan lebih baik dr yang lain sbb itu mereka ada hak untuk memaki orang lain. Dalam islam sendiri mengajar kita mendukung anak sambil solat. Adakah ini untuk dilakukan di rumah saja? Walhal boleh dilakukan di mana2. Sayangnya mereka yang berasa diri berilmu ini lebih banyak menggalakkan orang pandang serong pada Islam dan lari jauh dari masjid @ surau. Sedangkan Rasulullah sangat berlembut dgn kanak2 yang jiwanya harus dibelai. Sekadar berkongsi pengalaman juga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!