-
Virus GAJET
Saya ada 3 gajet nak dipakai. Berat hand bag saya jadinya. Saya bukan suka gajet. Hp berharga RM 300 nokia murah tu lah kesukaan saya. Sudah cukup untuk call dan sms, tak kuasalah nak berhp mahal dan susahkan diri untuk explore..!!Sekarang staf yg pakai hp ni..ha ha..Kehebatan saya boleh sms sebelah tangan tanpa tengok hp tau.. Ibu jari saya hafal setiap no dan abjad tanpa typo…. Suami saya amat mengikuti trend hp dan sentiasa bertukar2 hp . Dia peminat tegar hp yang mahal..Saya tak suka kereta mewah..gajet..luxury.. Saya suka melancong, suka hias rumah, gubah bunga, tanam pokok, masak dan sedikit suka menulis.. Saya tak malu pun mengaku tak pandai…
-
TURKI – keindahan alam yang paling menakjubkan..
Keinginan bertandang melancong ke negara Turki berkobar-kobar kerana setiap kali datang ke Hong Kong saya menikmati makanan restoran halal bangsa Turki , makanannya sangat lazat . Selain itu saya meninjau di internate keindahan negara Turki. Saya pun meminta agensi pelancongan untuk mengaturkan percutian keluarga saya semasa hari raya ke 6 tahun 2013. Saya tidak menyediakan sebarang masakan dan makanan sepanjang kesana kerana membayangkan pasti makanan disana sangat sedap lebih baik dari apa yang saya telah makan di Hong Kong. Saya telah mengambil pakej melawat keseluruhan negara Turki. Ia mengambil masa yang sangat lama didalam bas. Kami akan singgah disetiap bandar untuk makan. Selera kampung saya bertahan untuk 2…
-
BEIJING – Tandas paling busukkk !!
Perjalanan ke Beijing bersama semua anak, menantu berserta cucu bertambah meriah bila mak dan keluarga adik lelaki saya yang no-2 turut bersama semasa percutian pada tahun 2011. Kos tambang bertambah murah jika jumlah group ramai bilangannya. Saya sangat sensitif bab makanan, risau makanan tidak halal. Seminggu sebelum bertolak saya membuat persiapan dengan memasak pelbagai makanan. Masak merah ayam, sambal kerang, Sambal ikan bilis, ikan masin dan kari daging. Saya bekukan dan pack dalam kotak gabus putih..!! Lagaknya macam orang kampung nak pergi berkelah, bukan pergi keluar negara tau..!! Saya malu nak mengangkut, anak remaja lah menjadi mangsa saya untuk mengangkat semuak stok makanan. Sepanjang perjalanan kesana , kiri kanan jalan…
-
Pasu potongan kaca..
Semua ruang didalam rumah akan saya hias. Cara saya merehat kan otak ialah melihat hasil kerja tangan saya. Bagi saya menghias rumah dengan kos murah sangat berbaloi dan menyeronokkan. Tidak semestinya mahal baru cantik. Bijak membeli dan menyesuaikan dengan konsep itu yang penting.. Kali ini saya ingin bercerita tentang sejarah pasu yang sangat unik ia dibuat dari tanah liat yang dibakar. Setelah itu kepingan kaca di cat mengikut warna pilihan dan dipotong kecil2, lalu ditampal mengikut saiz pasu. Saya membelinya 1 set ada 3 biji pasu ..Ingin saya kongsikan dengan pembaca pasu ini sangat rumit kerjanya dan dibuat oleh wanita Lombok. Pasu unik kesayangan saya ini tidak ada dijual di…
-
Semarang Indonesia..
Saya tak pernah terfikir pun akan kesana, kerana tiada tempat menarik sebagai destinasi pelancongan. Kedatangan saya bersama teman kebumi semarang untuk mencari bahan binaan untuk surau yang dijangka siap pada Jun 2014, Insyaallah. Sepanjang perjalanan saya melihat alam semulajadi dan ketenangan desa yang masih suci dari arus kemajuan kota. Orang disana sangat baik namun alangkah sayangnya perancangan bandar mereka tidak teratur dan sangat kotor. Mencari kesesuaian bahan ukiran dengan konsep rumah yang sedia ada dengan surau baru itu memang sukar kerana bahannya tidak ada di Malaysia. Jika sebelum ini kontraktor yang membina ukiran dirumah mempunyai kemahiran seni ukir batu dan kayu berasal dari Bali amat memudahkan kerja saya. Kini dia…
-
Jom masuk Hatyai..
Saya suka percutian yang murah-murah je..Janji dapat tengok negara orang..Saya tak pernah lagi pergi London Paris..Sebab saya takut saya terpengaruh dengan kebendaan..Bila syok kebendaan jiwa kacau duit pun kacau..Hi hi hi..Orang niaga ni bukan sentiasa senang, banyak sangat masalah niaga yang sangat berat.. Menulis di blog membuatkan saya relax.. Saya pernah bercita-cita semasa saya miskin dulu , saya nazar kalau Allah bagi rezeki lebih negara pertama saya akan pijak ialah Mekah dan tiap tahun nak buat umrah selagi ada rezeki. Alhamdullilah kebetulan selesai umrah pertama saya pijak ke Brunei atas urusan kerja dan seterusnya ke Dubai urusan kerja juga.banyak negara lain yang saya dah kunjungi..Jepun, Bali lebih 10 kali..Jakarta 2…
-
Deko bilik mandi…
Gubahan bunga ini ada 3 jenis :- 1: 8 jambak bunga ( tak tau nama bunganya,maaf) mempunyai batang panjang 2: 6 helai daun keladi yang lebar dan mempunyai batang yang panjang 3: Bunga berjurai 6 yang mempunyai batang yang panjang juga.. Mudah sangat nak mengubahnya hanya ikat semua batang-batang bunga dan letakkan.. Saya suka menghias, kalau saya bukan pengasas ST atau JRm saya juga berkebolehan menjadi pereka hiasan dalaman. Sayangnya tak ada seorang pun nak bagi saya job jadi pereka hiasan dalaman tu..ha ha ha !! ..Maka saya simpan bakat saya dalam blog ini.. Saya percaya anda semua suka menghias rumah. Hiasan tak semestinya mahalkan..!! Masa saya rumah setinggan pun…
-
Australia sesuai untuk kanak-kanak…
Saya pernah datang ke Gold Coast Australia 2 kali. Pada tahun 2005 dan gambar ini pada tahun 2012. Saya travel tapi tetap nak jimat kos. Belanja disana sangat mahal. Saya bawa bekal makanan seperti sardin tin, maggi, biskut, ikan masin yang sudah bergoreng, sambal ayam dan udang goreng.. ha ha ha lawakkk…sampai di airport pertugas terkejut melihat ayam masak sambal dan udang..!!.Dia buang ayam tu..merana hati saya..Setibanya dihotel tengah malam..kami semua kebuluran..makan apa yang stok saya masak.. licin..terkenang ayam masak sambal ..Minah saleh tak pernah tengok ..terkejut ..tergamak dia buang.. Gambar 1 : Sea world tempat yang menyeronokan kanak-kanak. Gambar 2 : penguin dan ikan jerung serta pelbagai jenis ikan.…
-
Percutian ke Vietnam sangat menyeronokan…
Percutian ke Vietnam sangat menyeronokan. Semua serba mudah, makanan murah, cuaca dan seperti berada dinegara sendiri semasa zaman Malaysia masih mundur. Teringat zaman kanak-kanak saya sampai disini.Ramai sekali pelancong Malaysia disana. Antara tempat yang sangat saya suka ialah bersampan sebagai kenderaan utama disana. Wanita yang berkayuh dan mereka sangat miskin, berkayuh sampan merupakan pendapatan utama mereka. Bangunan lama yang sangat cantik seperti dipejabat pos dan peninggalan sejarah bekas jajahan Amerika. Berbagai kraft tangan yang sangat unik serta berpatutan harganya. Orang Vietnam sangat suka bunga segar, dimana kedai atau rumah banyak jambangan bunga segar..Kedai jual bunga sangat banyak disepanjang bandar. Hati-hati disana kepada pelancong kerana kedai gunting rambut disana kebanyakan…