
Hari ke-2 Di Korea Part 2..


Hari ni hari ke 2 kami berada di Korea.. Semalam kami bersiap awal pagi utk pergi ke destinasi shopping kami.. Semalam kami berjalan sangat jauh dan lama sekali.. Keluar jam 9.30pagi dn kami pulang sekitar jam 7.00mlm.. Kesian dgn kanak2 yg jalan jauh maka sy mencadangkan hari ni kami keluar lewat sekitar jam 11pagi.. Bagi anak2 rehat..


Bagi anda yg x pernah ke mari sy memberi pandangan shopping di sini kalau beli baju atau hd bag mmg x berbaloi.. Hd Bag mereka yg buatan tangan sangat unik sy berkenan sgt tp bila melihat harganya sampai RM900 duit Msia sy x jadi beli x berbaloi..
Sy bawa duit mmg x banyak sbb sy dengar dri family sy yg dh ke sana x seronok shopping di sini, sangat mahal.. Tp lawatan kami fokus kepada Mall saja seperti semalam bagi sy amat berbaloi.. Niat hati sy mmg x nak shopping.. Sy bawa duit dalam RM6500 sja niat utk tiket train dn mungkin utk anak2 shopping..


Rupanya sy shopping juga semalam.. Iman tergugat akhirnya.. Family sy banyak beli kasut sukan jenama Nike, sangat murah separuh harganya dri di Msia.. Design cantik2 belaka yg belum sampai kat Msia..




Paling sy teruja ialah membeli barang2 letrik dn gajet.. Sy beli kamera yg sgt cantik kualiti gambarnya model macam kamera Yati.. Kat Msia harganya RM2800, sy beli semalam baru RM1400.. Dan Sy beli keyboard utk Tablet S sbb sy suka buat kerja dgn Tablet dibandingkan dgn komputer bila sy travel.. Mudah dibawa dn nampak macam diari je sweet sangat dipegang.. Lepas ni bergaya sy dengan Tablet baru berkeyboard.. Kih kih kih jadilah kan.. Kat Msia xda keyboard utk Tablet S ni.. Murah sangat2..
Paling x tahan kena kutuk dek Yati..!! Kata Yati “Nasib baik xda peti ais kalau x mesti mak dah beli.. Ajim dgn dady jadi mangsa angkat barang2 Mak..”.. Ketawa semua org dengan komen Yati dan Ajim mencelah “Ajim kalau ada besar lagi Ajim malu nak bawa, mmg xnak lah Ajim bawakan..”..
Kami balik ke Hotel dan terus berkemas sementara tunggu sy masak makan malam utk kami semua.. Kelaparan masing2 dn seronok sgt sebb shopping murah dn makan sedap masakan dri rumah lah katakan.. Selepas makan sy keluar sekejap beli telur, timun, tomato, beras dan sedikit roti..

Ini ialah hotel yg kami duduk selama berapa hari disini.. Kata Ady awal rancangan dia nak pilih IBIS Hotel macam dekat London sbb murah tp xda ruang masak dn sangat sempit.. Hotel ni 4 star.. Tp jika di Malysia sy anggap dia 3 star je.. Apa sja disini semua mahal dn hotel ni harganya semalaman dalam RM400 lebih..

Beginilah serba ringkas ruang dalam bilik hotel kami.. Disediakan peralatan yg sgt selesa.. Bagus yg suka masak ada peti ais besar, periuk, pinggan mangkuk dn banyak lagi.. Sy update lagi lepas ni hari ke-3 di Korea..


One Comment
Deeja
Assalamualaikum.
Terima kasih bonda kerana memberikan info yg bagus dan boleh dijadikan pandauan.walaupun dah lama bonda x update infos.rindu rasanya nak membaca cerita2 bonda lagi.