Jejak Bonda

Deko putih merah ada makna.

Deko bunga yang saya tulis ini ialah kawasan ruang tamu bahagian atas dirumah saya.Hanya saya saja faham maksudnya sudut deko ini.. SEMUA MENGENAI KISAH PERKAHWINAN SAYA DENGAN SUAMI SAYA sekarang..Konsul meja ini letaknya dalam posisi suram.Diapit bilik anak-anak sebelah menyebelah kiri kanan menjadikan lebih kesuraman. Siling kayu rumah yang tinggi memberikan mood kampung dan sunyi.

Deko putih  menaikan suasana cerah dan nampak berseri. Ruang ini dihias begitu kerana bertentangan dengan bilik tidur utama . Setiap kali menjengah masuk ketingkat atas konsul ini merupakan tarikan mata yang paling utama.

Lukisan yang diletakan pada dinding sangat jelas melambangkan salju, sunyi dan sedih. Ia melambangkan jiwa wanita yang bersih , sunyi dan selalu sendiri.. Hanya jiwa saja yang besar tapi tenaganya sangat lemah. Lilin dikiri kanan – umpama jiwa saya mengharap  suami dan anak-anak sentiasa bersama sama saya. Tidak meninggalkan saya susah dan senang, sakit dan sihat. Warna bunga yang merah pada gubahan ini melambangkan seri ,pengalaman perkahwinan yang sakit..dan pengorbanan jiwa yang sangat besar kepada seluruh keluarga saya..Sakitnya berparut masih berdarah sebagai peringatan untuk saya lebih berhati2 ..

Dengan usia awal 40an saya berkahwin dengannya Saiful Anuar. Pastinya  saya mengharapkan perkahwinan ini kekal dan teman saya sebagai pelindung  yang menyelamatkan saya dunia dan akhirat saya.. Niat hanya satu mencari Allah, tenang dan teman  sebelum mati kekal bersamanya..

Wa ka ka kahhh.. Lawakkk sehingga begitu puitiskah saya pada kali ini…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!