Jejak Bonda

Percutian ke Vietnam sangat menyeronokan…

Percutian ke Vietnam sangat menyeronokan.  Semua serba mudah, makanan murah, cuaca dan seperti berada dinegara sendiri semasa zaman Malaysia masih mundur. Teringat zaman kanak-kanak saya sampai disini.Saya bergambar depan Buu Dien-vietnam Ramai sekali pelancong Malaysia disana.

Antara tempat yang sangat saya suka ialah bersampan sebagai kenderaan utama disana. Wanita yang berkayuh dan mereka sangat miskin, berkayuh sampan merupakan pendapatan utama mereka.

 

Bangunan lama yang sangat cantik seperti dipejabat pos dan peninggalan sejarah bekas jajahan Amerika. Berbagai  kraft tangan yang sangat unik serta berpatutan harganya. Orang Vietnam sangat suka bunga segar, dimana kedai atau rumah banyak jambangan bunga segar..Kedai jual bunga sangat banyak disepanjang bandar. Hati-hati disana kepada pelancong kerana kedai gunting rambut disana kebanyakan merupakan tempat pelacur memulakan perkhidmatan.

Ini antara mesjid yang kami singgah dan disana wanita berusia muslimnya berkerja menyusun telekong dan sejadah sepanjang kami disana. Untuk shopping sesuai sangat jika anda membeli banyak baju kurung dan bersulam, murah cuma kualiti jahitannya agak kurang..

Saya paling suka dengan sejarah peninggalan perang , menginsafkan sekali..Bagaimana mereka menyelamatkan nyawa mereka duduk dibawah tanah seperti anai-anai..Mereka mengutip menggunakan bom , kereta kebal yang rosak dan bahan terbuang untuk dijadikan senjata melawan tentera Amerika ketika itu..Sempat saya memasuki dalam kubu dan rumah bawah tanah..Panas dan sungguh menyiksakan walaupun 15 minit .

 

  1. GAMBAR 1,2 & 3 : Merupakan laluan keluar dan masuk kubu pertahanan bawah tanah.
  2. GAMBAR 4 :  Lubung asap dapur yang ditutup dengan timbunan daun kering agar tidak dapat dikesan oleh pihak musuh.

  1. GAMBAR 1 & 4 : Patung lilin, cara mereka buat senjata api di bawah tanah.
  2. GAMBAR 2 : Tempat merawat askar yang cedera dan tempat bersalin bawah tanah.
  3. GAMBAR 3 : Askar wanita sedang menulis surat dan berehat.

  1. GAMBAR 1 : Meriam Amerika yang masih kekal bersama ledakkan bom.
  2. GAMBAR 2 : Seliper yang diperbuat daripada tayar lori dan seliper ini sangat bagus untuk mengelak dari musuh.

Susah dan sengsaranya mereka meneruskan hidup dibawah tanah selama 40 tahun hanya dengan makan ubi kayu…

Layari :
http://jrm.com.my
http://rozitaibrahim.net
https://www.facebook.com/JRMOfficial
http://instagram.com/official_jrm
https://twitter.com/official_JRM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!