Jejak Bonda

Dekorasi meja makan..

Meja makan ini sangat besar memanjang untuk 10 orang makan.Import  dari Itali dan saya masih mengekalkan konsep ukiran. Apa yang saya ingin tulis bukanlah tentang meja makan tetapi dekorasi keci-kecil dan gubahan bunga yang paling sukar yang pernah saya buat. Cara saya menyusun hiasan kecil ini secara melintang panjang. Dikiri dan kanan sebelah pasu bunga tinggi tinggi supaya mata memandang nya tidak polosterlepas luas agar saya tenang memandangnya.

Piring lebar dari ukiran kayu berbentuk daun sebagai asas. Lilin dan deko tembikar hijau merupakan barangan spa berserta sedikit daun mencantikan lagi susunan .Ada 2 Deko yang lain dengan basic yang sama iaitu kayu berukiran daun dihias agak sedikit berbeza dengan yang satu lagi menimbulkan variasi pandangan mata.

Gubahan bunga lily ini selebar 4 kaki dan setinggi 2 kaki.Saya buat pada tahun 2012.Bukan satu perkara yang mudah untuk menstabilkan gubahan.Menyesuaikan gubahan dengan keluasan dan kedudukan bentuk perabut amat penting untuk mendapatkan impak cantiknya.Wallahualam  atau saya saja yang perasan sendiri…

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!