Pasu potongan kaca..
Semua ruang didalam rumah akan saya hias. Cara saya merehat kan otak ialah melihat hasil kerja tangan saya. Bagi saya menghias rumah dengan kos murah sangat berbaloi dan menyeronokkan. Tidak semestinya mahal baru cantik. Bijak membeli dan menyesuaikan dengan konsep itu yang penting..
Kali ini saya ingin bercerita tentang sejarah pasu yang sangat unik ia dibuat dari tanah liat yang dibakar. Setelah itu kepingan kaca di cat mengikut warna pilihan dan dipotong kecil2, lalu ditampal mengikut saiz pasu. Saya membelinya 1 set ada 3 biji pasu ..Ingin saya kongsikan dengan pembaca pasu ini sangat rumit kerjanya dan dibuat oleh wanita Lombok. Pasu unik kesayangan saya ini tidak ada dijual di Malayisa.. Saya beli pada tahun 2007 di Bali…
Harganya Cuma RM 180.00 sahaja..Jika anda melihatnya sendiri pasti teruja sangat cantik dan harga pasu ini seperti berharga RM 3000,00 ke 6,000.00 .. Memandangkan sudut ini gelap saya menghias pasu kecil dengan bunga putih dan konsep daun dan bunga-bunga hutan. Ia menambahkan seri sudut tangga naik ke bilik atas rumah kami.
Dapatkan info terbaru dan lawati
LIKE fan page JRM :https://facebook.com/JRMOfficial
Twitter: http://twitter.com/official_JRM
Instagram: http://instagram.com/official_jrm
Web Rasmi JRM : www.jrm.com.my
2 Comments
ema
tinggi juga pasunya itu…
Alin Marlini
Memang cantik Kak Rozita….kat sini memang harga lebih mahal…