Jejak Bonda

Australia sesuai untuk kanak-kanak…

Saya pernah datang ke Gold Coast Australia 2 kali. Pada tahun 2005 dan gambar ini pada tahun 2012. Saya travel tapi tetap nak jimat kos. Belanja disana sangat mahal. Saya bawa bekal makanan seperti sardin tin, maggi, biskut, ikan masin yang sudah bergoreng, sambal ayam dan udang goreng.. ha ha ha lawakkk…sampai di airport pertugas terkejut melihat ayam masak sambal dan udang..!!.Dia buang ayam tu..merana hati saya..Setibanya dihotel tengah malam..kami semua kebuluran..makan apa yang stok saya masak.. licin..terkenang ayam masak sambal ..Minah saleh tak pernah tengok ..terkejut ..tergamak dia buang..

Gambar 1  : Sea world tempat yang menyeronokan kanak-kanak.
Gambar 2 : penguin dan ikan jerung serta pelbagai jenis ikan.
Gambar 4 :pertinjukkan  ikan lumba-lumba yang bijak bermain dengan manusia.

Hotel kami berdekatan dengan tepi laut..Setiap pagi saya akan berjalan sejauh 2 ke 5km. Orang disana sangat menjaga alam sekitar. Satu sampah pun tak ada. Mereka juga aktif bersenam dan menjaga pemakanan. Saya sempatkan mencuri ilmu disana dan bersembang dengan mereka ..saya lihat lelaki dan wanita tua sangat banyak bersenam dan berniaga pasar malam. Umur mereka 60 ke 80 tahun. Masih sihat..!! ..Laut dan pemandangan sangat cantik. Ombak sangat tinggi. Cuaca dingin dan kering.

Gambar 1 : Inilah Coala –suka menyorok. Tempat ini sangat ramai pengunjung.
Gambar 2 : Aleya cucu saya , beli bantal coala.Dia  mengamuk nak coala betul, dapat bantal pun jadilah.
Gambar 3 : Saya dengan yati di tempat ladang cowboy – sejuk dan kering cuaca disana.
Gambar 4:  Perjalanan menuju balik singgah berehat sebentar disatu tempat yang sangat cantik.

Pada saya tempat tu sunyi udara sangat bersih. Damai dan tidak berapa maju. Bagi saya percutian kesana tidak menarik kerana makan dan barangan disana mahal kerana mata wang RM sangat rendah. Saya suka melihat budaya setiap negara dan kecantikan alam semula jadi..Niat saya hanya ingin berkumpul dengan anak cucu menantu. Melihat keletah anak kecik dan cucu saya yang berusia 1  ke 5 tahun membuatkan hati rasa senang sekali..

Gambar 1 : Biri-biri yang sangat besar diladang cowboy.
Gambar 2 : Anak-anak melihat cara melatih kuda dan cara hidup cowboy.
Gambar 3 : Bersih dan sangat berbeza pemandangan dan suasana dengan hutan di Malaysia.
Gambar 4 : Anak bujang saya ..merasakan dia adalah warga Australia –walaupun dia hitam..!!

Kami banyak makan direstoran Turki, sepanjang disana. Murah dan sedap. Sah halal dan ada logo halal..Jika makan direstoran sea food sangatlah mahal… Nasi goring dalam RM 35.00 ke RM40.00..Bayangkan sekali makan satu keluarga saya yang ramai RM 2,000..kalau 3 kali makan..?? rabak duit..

Gambar 1 : Salah satu tempat yg dilawati , cara membuat filem aksi pemanduan cekap untuk filem.
Gambar 2 : Anak saya bermain di Disneyland Australia.
Gambar 3 & 4 : Kawasan yang sangat luas. Setiap hari penuh dengan aktiviti meriah dengan kartun Disney yang sangat disukai oleh kanak-kanak.

Semasa diairport sangat lapar dan menunggu sangat lama. Susah untuk mencari makanan halal di airport kerana semuanya menjual makanan tidak halal.. kepada anda yang ingin kesana nasihat saya supaya membawa sedikit makanan seperti maggi dan biskut sebagai menjimatkan kos..

Layari :
http://jrm.com.my
http://rozitaibrahim.net
https://www.facebook.com/JRMOfficial
http://instagram.com/official_jrm
https://twitter.com/official_JRM

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!