Jejak Bonda

Deko bilik mandi…

Gubahan bunga ini ada 3 jenis :-

1: 8 jambak bunga ( tak tau nama bunganya,maaf)  mempunyai batang panjang
2: 6 helai daun keladi yang lebar dan mempunyai batang yang panjang
3: Bunga berjurai 6 yang mempunyai batang yang panjang juga..

Mudah sangat nak mengubahnya hanya ikat semua batang-batang bunga dan letakkan..

Saya suka menghias, kalau saya bukan pengasas ST atau JRm saya juga berkebolehan menjadi pereka hiasan dalaman. Sayangnya tak ada seorang pun nak bagi saya job jadi pereka hiasan dalaman tu..ha ha ha !! ..Maka saya simpan bakat saya dalam blog ini..

Saya percaya anda semua suka menghias rumah. Hiasan tak semestinya mahalkan..!!  Masa saya rumah setinggan pun rumah saya kemas dan saya tetap menghiasnya mengikut kemampuan saya ketika itu..

Yang ini ruangan bilik mandi utama saya.. Kawasan bilik mandi ini ada cermin besar..dan nampak kosong kalau tak dihias.. Saya memilih glass jernih sebagai tempat meletak jambangan bunga yang menjurai kebawah.. Batu yang memenuhi gelas terang itu mewarnai suasana cerah dan menjadikan pemandangan seperti  alam semulajadi..Kotak-kotak kayu yang saya beli Times Squre berharga sekitar RM 40.00 memudahkan saya meletakan barang-barang kecil.

Tips : Bilik mandi yang gelap – bunga mesti terang – dan ingin mewujudkan suasana spa dan mandi yang menyeronokan.. Sayangnya suami saya tak pernah puji deko saya cantik..sebaliknya katanya menyemak..Dia memang tak seni..

Ini tab mandi, saya sering  mandi berendam dengan herba dan air garam suam..sangat mendamaikan..Saya  hias bunga yang renek dan berwarna cerah..Ia mengingatkan saya suasana seperti ditepi kolam..

Layari :
http://jrm.com.my
http://rozitaibrahim.net
https://www.facebook.com/JRMOfficial
http://instagram.com/official_jrm
https://twitter.com/official_JRM

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!