Jejak Bonda

Sabah itu syok!!

1 2

Saya pernah ke Sabah hanya atas urusan kerja. Cuti sekolah pada 12hb Jun sehingga 15hb Jun 2014 , saya datang ke Sabah bersama anak2 kecil menjelajah ke daerah menarik di Sabah.
Selepas makan tengahari kami meneruskan lawatan ke rumah terbalik. Saya tidak berminat langsung dengan rumah terbalik kerana panas dan berasa pening melihatkan semuanya dalam keadaan terbalik.
5 4

Kami meneruskan perjalananan ke Kundasang dan singgah sebentar ke ladang ternakan lembu susu. Saya meninjau pasar malam untuk melihat budaya perkampungan disana dengan lebih dekat. Keindahan alam semulajadi berbukit-bukit dengan cuaca yang sejuk lagi mendamaikan jauh dari suasana kesibukan kota. Kami tidur hanya semalam di Cottage Hotel (banglo) yang  sangat jelas sekali kelihatan pemandangan gunung kinabalu.  Teramat indah suasana petang disana syahdu bila petang melabuhkan tirainya. Kami amat senang dengan kawasan bukit sekitar hotel cottage.

55 66Esok pagi-pagi kami ke Poring ( Poring sempena nama buluh)  ialah satu tempat air panas semulajadi. Kawasan hutan terpelihara ini dipenuhi air terjun dan lihatlah antara pokok balak dan titian gantung yang ada disini sangat tinggi dan mengerikan. Saya melihat keseluruhan hutan dengan ucapan tasbih melihat kebesaran Allah sebanyak-banyaknya.

 

 

Allah izinkan saya melihat bunga reflisia dan bunga ini hanya berkembang selama 5 hari jika musim panas. Jika hujan hanya 3 hari sahaja. (Sila lihat disebelah kanannya itu ialah bunga reflisia yang sudah layu). Kami tidak dibenarkan memijak kawasan ( pagar buluh ) kerana itu tempat akar bunga raflesia tersebut (dikhuatiri kami akan memijak akar bunga dan benihnya). Dari debunga hingga berkembang ia mengambil masa 9 bulan . Ia sebenarnya hidup melalui sejenis akar ( seperti yang dipegang oleh lelaki ini ). Bunga Raflesia ini hidup di tanah wanita ini dan sesiapa yang mahu melihat akan dikenakan bayaran RM50 . Wanita ini memasang sepanduk raflesia dan ramai pelancung datang ketanahnya untuk melihat bunga yang terbesar didunia. “ Boleh dapat duit bah , lagi banyak dari menoreh getah “..

 

Kami terus ke tempat bermulanya pendakian gunung kinabalu . Dikaki gunung ini banyak terdapat bunga ini dan saya sangat suka melihat pokok ini. Keriangan anak-anak membuatkan saya lupa kepenatan saya selama ini. Asalnya saya hidup di kampung maka setiap kali travel saya mencari unsur kampung juga. Saya suka lemon dan di sabah lemon bukan buah yang asing bagi mereka.Gemuk dan besar sekali lemon ini. Saya membeli padi bukit harganya sangat mahal RM 12 sekilo. Demi untuk merasanya saya beli 3 kilo yang berlainan warna.

4555Kepada anda yang suka melancong rugi kalau tidak ke Sabah . Bandar yang sangat menarik dan bersih . Orang disini sangat baik dan mesra sekali. Keindahan alam yang sangat mengkagumkan sebab itu ramai pelancong eropah. Mari Mari Culture Vilage adalah tempat paling saya senangi selain di Poring.  Landskap hutan yang dilengkapi dengan 5 rumah kaum di Sabah. Persembahan dan makan tengahari disana amat sedap menyelerakan suasana hutan dan tradidional makanan melayu.

Menyinggah ke destinasi Mari- Mari Culture Vilage merupakan aktiviti paling menarik kami ke Sabah. Suasana alam hutan dan mendekati 5 bangsa dengan budaya tradisional zaman dahulu kala mereka yang diabadikan disini merupakan tarikan utama ke Sabah.

 

55

1. Rumah orang Dusun setiap rumah wajib memiliki 1 tangkob untuk menyimpan stok beras selama setahun.  Jika ingin mengenali wanita itu masih gadis atau sudah berkahwin ialah cara mereka memakai baju.. Jika berlengan maksudnya sudah berkahwin. Jika tidak berlengan masih perawan. (Dibelakang anak saya ialah tempayan yang berisi tuak, dihadapannya pula ialah bahan2 untuk membuat tuak.)  Setiap rumah mereka menyediakan ruang atas untuk melindungi anak gadis mereka. Terutama ketika mereka mabuk atau ganguan musuh. Manakala dapur mereka letaknya di hall. Orang Dusun asalnya orang magolia. Mereka memasak makanan mengunakan buluh . Saya tertarik sekalu mereka ini mengunakan herba sebagai ajinomoto. Mereka amat suka minum tuak atau rice wine. Setiap rumah ada mini bar . Kualiti alkohol sama dengan korean soju atau wisky. (Wanita ini bersama tangki tuak).

 

2. Kini lawatan kerumah kaum Rungus pula. Kaum ini merupakan 30% bangsa di Sabah yang menetap di Kudat utara Sabah. (Didalam rumah kaum Rungus dan bilik tidur mereka)  Mereka pakar menangkap lebah kelulut dan lain2 lebah hanya mengunakan buluh. Lebah kelulut bersaiz kecil dan tidak menyengat.Tradisi kaum ini syarat bagi wanitanya jika mahu berkawin mesti pandai menghidupkan api dari habuk buluh ” No fire no dinner..”

\\

Gambar Contoh

3. Kini lawatan ke kampung Lundayeh kepakaran mereka berburu dan juga pemenggal kepala. Mereka tinggal ditepi sungai untuk memudahkan mereka berburu . Hantaran perkahwinan pula kepala musuh sebagai maharnya. Jika ada kematian adat meraka menyemadikan mayat dengan memasukan mayat ke dalam tempayan yg dipanggil tajau. Air akan dimasukan kedalam tajau dan memasukan mayat semuat2nya dan disumbat dengan tanah liat. .( Semasa ingin memasuki kampung ini ketua kampung dan bomoh menemui suami saya sebagai ketua keluarga dan menasihati supaya menjaga keluarga dengan baik dan jangan buat kacau dikampung mereka). Tajau mayat akan ditinggalkan kedalam hutan selama 3 bulan utk memulihkan semangatan dan akan dibawa balik semula kerumah . Tuhan mereka ialah buaya kerana kepercayaan mereka sesembahan itu mempunyai semangat yg kuat didarat atau diair.Mereka membuat ukuran buaya dari tanah atau batu sebagai patung sembahan. Memiliki banyak kepala musuh bermaksud sangat hebat family itu. Mereka juga pakar membuat baju dari kulit nangka.

4. Kini melawat ke rumah Bajau. (Gadis Bajau sedang memasak kuih rengas).  Mereka berasal dari filipina yg dikatakan seperti orang melayu. Minuman harian mereka dari pandan madu juga dicampur halia. Mereka 100% muslim dan dikatakan paling kaya pada zaman dulu. Mereka mengamalkan barter trade business dgn negara cina. Mereka tidak memenggal kepala orang.

5. Bagi suku Murut setiap rumah terdapat ruang khas istimewa utk permainan yg dipanggil langsaran. Ia dibuat dari rotan dan dibawahnya sejenis kayu elastik dari spesis family pokok guava. Permainan ini digunakan utk sambutan perkahwinan atau balik dari peperangan. Cara bermainnya dengan melompat dan mencapai hadiah. Antara lain ia juga digunakan oleh bapa kepada anak gadis utk mencari bakal suami kepada anak2nya. Si ayah akan memotong hujung rambut anak gadisnya dan meletakan diatas tempat loncatan setinggi 12 kaki. Siapa yg dapat mencapainya rambut anaknya itu akan diterima sebagai pasangan anak mereka.

1

Wowww.. Sabah kaya makanan laut dan mutiaranya..!! Belacan sabah paling sedap sehingga saya beli sampai 12 ketul. Lihat udang dan makanan laut yang segar , murah dibakar dan dicicah dengan air asam atau sambal belacan. Di pasar-pasarnya banyak dijual makanan tradisional seperti tapai, kuih muih dan kerepek masakan tradisional orang muslim di Sabah. Yeaeeeeah Sabah Syok Sekali.

 

 

 

 

 

 

 

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!