TURKI – keindahan alam yang paling menakjubkan..

Keinginan bertandang melancong ke negara Turki berkobar-kobar kerana setiap kali datang ke Hong Kong saya menikmati makanan restoran halal bangsa Turki , makanannya sangat lazat . Selain itu saya meninjau di internate keindahan negara Turki. Saya pun meminta agensi pelancongan untuk mengaturkan percutian keluarga saya semasa hari raya ke 6 tahun 2013.

Saya tidak menyediakan sebarang masakan dan makanan sepanjang kesana kerana membayangkan pasti makanan disana sangat sedap lebih baik dari apa yang saya telah makan di Hong Kong. Saya telah mengambil pakej melawat keseluruhan negara Turki. Ia mengambil masa yang sangat lama didalam bas.

Kami akan singgah disetiap bandar untuk makan. Selera kampung saya bertahan untuk 2 hari sahaja..!! Saya sudah mula meragam masuk hari yang ke3..Setiap kali nak turun bas pelancongan saya sudah hafal skrip tour guide.. “ Now we are arrived at restoran..Our menu is for starter is soup..bread ..and ….” KENAPA MAKANAN MEREKA TAK SESEDAP DIHONG KONG..sungguh tertekan..Saya rindu nasi dan ikan, serta sayuran kampung..Masakannya pelik dan azab sepanjang diturki..Mereka banyak makan daging lembu dan tidak suka makan ikan..
Mereka menyelamatkan diri dan membuat rumah didalam bukit seperti sarang anai-anai..Mereka meyimpan stok makanan didalam tanah dan gua semasa musim salji.
Cuaca sejuk memaksa saya memakai jaket bulu tebal . Sangat merimaskan dan berat. Saya tak tahan sejuk. Dua orang nak kecil saya pakai baju 4 lapis bagi mengekalkan suhu badan. Saya sangat risau kerana mereka ada masalah asma.
Ciptaan Allah yang maha kaya dengan bukit membentuk runcing akibat hakisan angin dan perubahan cuaca.
Kami melawati pusat bagaimana islam berkembang dan rutin mereka berzikir ..Pelik bagi saya. Matawang RM sangat rendah dan saya sangat bercermat berbelanja. Hanya membeli pakaian bulu yang unik yang harganya sangat murah disana jika dibandingkan di Malaysia atau negara-negara lain.

Saya sangat banyak mengambil gambar kerana begitu taksub dengan keindahan alam disana. Kami juga melawati 1 muzium dimana terletaknya 1 berlian paling besar dan paling termahal didunia.
Kami berpeluang melihat peralatan perang dizaman iskandar Zulkarnain. Wow pedangnya sangat besar dan panjang..tak mampu saya nak angkat. Pakain besi askar yang sangat mengkagumkan.
Saya berposing di pokok yang sangat tinggi dan besar. Hanya dinding dan kosong ruang tengah.. Hebat kuasa Allah..!! Saya menyorok dengan anak perempuan saya..
Saya suruh anak kecil saya berposing atas rumput yang cantik..Suka sangat mereka bergolek2..!! Bayangkan kalau turki itu cantik ..SYURGA ITU LEBIH LAGI.. bagaimana agaknya..??
Cucu saya di atas gunung kapur dan putih umpama kapas. Sangat ramai pelancong Eropah , Jepun , Afrika sepanjang di Turki..

Kenangan paling indah diTurki..Aku datang Lagi…ha ha ha..wajib anda kesana jika ada rezeki dan kesempatan kerana sukar saya gambar cantiknya disana umpama dalam mimpi..Orang disana sangat kemas dan cantik2 belaka. Kami menaiki bot besar sambil memberi makan roti kepada camar laut. Kami berkesempatan makan sea food dengan pemandangan yang sangat indah..aduhh..besttt ..

Saya juga berpeluang melihat pameran beli batu zamrud yang sangat cantik ..Turki yang menjurus kepada gaya hidup orang Europe..Sangat modern dan bersih..

Kalau nak ke Turki lagi bukan niat untuk shopping, saya ingin melihat pemandangan di sana kalau shopping saya tidak sanggup sangat Mahal..


2 Comments
zaiton
Brape harga pakej puan ambil ye
Anies Bizz
Subhanallah…cantiknya pemandangan bumi Turki… keindahan alam ciptaan ALLAH… teringin sekali menjejakkan kaki ke sana… Insyaa Allah