Jejak Bonda

BEIJING – Tandas paling busukkk !!

Perjalanan ke Beijing bersama semua anak, menantu berserta cucu bertambah meriah bila mak dan keluarga adik lelaki saya yang no-2 turut bersama semasa percutian pada tahun 2011. Kos tambang bertambah murah jika jumlah group ramai bilangannya.

Bersama keluarga – Mak hanya menggunakan kerusi roda. Adik ipar dan adik lelaki bersama 2 orang anak mereka.

Saya sangat sensitif bab makanan, risau makanan tidak halal. Seminggu sebelum bertolak saya membuat persiapan dengan memasak pelbagai makanan. Masak merah ayam, sambal kerang, Sambal ikan bilis, ikan masin dan kari daging. Saya bekukan dan pack dalam kotak gabus putih..!!

Lagaknya macam orang kampung nak pergi berkelah, bukan pergi keluar negara tau..!! Saya malu nak mengangkut, anak remaja lah menjadi mangsa saya untuk mengangkat semuak stok makanan.

Persembahan tarian akrobatik yang merbahaya yang boleh menyebabkan maut dan patah tulang.

Sepanjang perjalanan kesana , kiri kanan jalan sangat bersih dan dihiasi dengan pokok bunga ros yang pelbagai warna.. Masyaallah cantiknya..sayang sekali tak ambik gambar masa tu..Perhatian saya ketika itu hanya pada anak kecil saya Maryam Nur Amani ( 1 tahun 6 bulan -+). Dia kerap menangis kerana ada asma dan akzema ..tumpuan hanya pada dia bukan ambik gambar masa tu..!!

Lawatan salah satu Muzium.

Kami berpindah sebanyak 2 kali ( 2 hotel) sepanjang trip kesana. Banyak pengalaman bermakna sepanjang disana. Budaya kehidupan, pameran batu jade, dan paling saya senang ialah meninjau university herba dan rawatan kung fu.

Mereka mengamalkan budaya capitalis . Mereka sangat miskin, setiap rumah tidak ada tandas. Kawasan dalam 1 pekan hanya ada 1 tandas awam, paling hebat tandas mereka tanpa pintu. Membuang air besar beramai-ramai ( boleh ditonton ) bersama-sama. Ia merupakan perkara biasa. Air sangat susah dan mereka jarang mandi. Cuaca yang dingin dan kering amat nyaman namun sangat kurang air.

Disalah satu restoren di Beijing, China

Semasa malam hari saya berjalan dikawasan pekan kecil bersama suami, anak dan adik saya. Kami membeli buah peach yang sangat sedap ranggup wangi ..dijual ditepi jalan. Saya sempat makan direstoran orang islam berbangsa xin jiang. Mee mereka sangat unik. Kalau saya tahu saya ada blog macam ni pasti saya akan ambik gambar untuk dikongsikan.

Bersama wanita jepun sedang mengenakan pakaian tradisional wanita cina di tembok besar cina.

Tembok besar cina yang sangat tinggi dan penat mendakinya. Anak lelaki remaja saya berusia 16 tahun berjaya menghabiskan semua tembok cina sehingga kami kehilangannya dalam masa 3 jam..Risaunya waktu tu..tunggu punya tunggu...dengan BANGGAnya dia..AJIM BERJAYA habiskan..!!! Jarang sekali orang boleh menghabiskan lawatan tembok cina..!!

Bersama imam masjid di Beijing,China
Orang cina sangat suka kanak-kanak.

Mereka tidak boleh beranak lebih dari satu . Anak cucu saya menjadi perhatian penduduk disana. Mereka sering memuji alangkah bahagia melihat keluarga saya yang ramai..Bertuahkan kita rakyat Malaysia kerana kerajaan kita tidak menghalang kita bersalin ramai mana pun..” Maka apa lagi..?? Bersalinlah ramai2 wahai kaum wanita di Malaysia..” Kata Tour Guide ..mereka juga menjual kanak-kanak dengan harga RM10k .

Tandas awam mereka sangat busuk sehingga melekat baunya kepada baju. Family saya ada yang muntah. Mereka hanya mengunakan tisu dan tidak mengunakan air langsung. Bau najis yang sangat teruk..!!

Layari :
http://jrm.com.my
http://rozitaibrahim.net
https://www.facebook.com/JRMOfficial
http://instagram.com/official_jrm
https://twitter.com/official_JRM

2 Comments

  • Anies Bizz

    Assalamualaikum Puan Rozita… saya sepatutnya terbang ke Beijing April ni bersama sahabat2 yang lain… begitu teruja nak pergi bukan untuk membeli belah tapi untuk melihat negera orang… Melihat keindahan di negara orang. Tapi malangnya selepas trajedi MH370… pernerbangan ditunda sebab takut terjadi apa2 ketika di sana… maklumlah mereka sedang marah dgn orang Malaysia

    Tapi saya amat tak sabar nak tgk Tembok Besar China… dan The Forbidden City… sebab selalu dengar dan belajar dlm sejarah semasa di sekolah dulu…

    Harap satu hari nanti saya berpeluang menjejakkan kaki ke sana… Insyaa Allah

  • zaiton

    Saya pun pernah pergi beijing. Tahun 2012. Saya tak pnah jumpa pulak tandas yg pn ita ckp tu sbb kami di bawa e surau atau masjid . Walau mcmane pun mmg tandas diaorg mmg pelik.. hihihi… saya pun kurang selesa berada didalam tandas tu sbb mase sy peegi musim sejuk..baju pakai berlapis- lapis klau nak buang air mmg pnat sikit…hihihi..tapi lawatan ke beijing antara lawatan yg cukup bermakna bg saya. Thanks pn ita kerana share pglman puan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!