Jejak Bonda

Bilik mandi boleh guling-guling..

Apa saja saya tulis saya niatkan untuk kongsi ilmu dan pesanan kepada kebaikan. Kali ini tentang almari tempat menyimpan semua makeup dan aksesori milik saya. Saya meletakannya di bilik mandi. Tak mahal pun harganya dan saya suka dengan meja pelik ini kerana banyak ruang laci-laci kecil. Ia memudahkan saya menyimpan kerongsang, berus serta segala peralatan make up di meja ini. Sangat mudah dan kemas .Ia boleh dibuka dan ditutup. Kelihatan seperti paino kan..??

Ini lah permainan kerja-kerja seni saya. Tak pernah sekalipun orang tua saya membelikan saya sebarang mainan walaupun satu anak patung zaman kanak-kanak..!! Sejak umur saya 10 tahun lagi saya sudah berkerja membanting tulang . Saya bersyukur didikan orang tua saya itu menjadikan jiwa saya kuat lalui ujian dan mudah bersyukur. Kalau tak dapat apa yang saya inginkan saya tak memberontak, malu meminta-minta dan rasa rendah diri masih tebal sampai lah sekarang . Allah sangat adil pada hambanya. Dulu nak apa pun semua tak dapat. Kini semua saya inginkan saya boleh beli sendiri. 
Berbaik sangka dengan rahmat Allah . Allah memberi sesuai dengan sangkaan hambanya. Kalau kita sangka buruk maka buruk lah jadinya. Baik kita sangka baik kan..!! INGIN SAYA MEMUJUK JIWA ANDA YANG DALAM KESEDIHAN ATAU KECEWA “ ALLAH TAK BAGI KITA SEKARANG MUNGKIN DIA AKAN BAGI AKAN DATANG “ MACAM PERJALANAN HIDUP SAYA . Doa dan cuba kita kenali potensi diri, sayangi diri dan masa hidup masih jauh dan cari kebahagian dari berbagai sudut..!! Bila kita cari apa itu bahagia memang dia tak akan datang sekarang.Kita kena dahulukan mengenal erti syukur dari sudut perkara lain

 

JANGAN HANYA MENILAI MUSIBAH KECEWA ITU SAHAJA. AKHIRNYA JIWA KITA HURU HARA. TAK ADA NIKMAT KETENANGAN. BERSYUKUR DAN BERBAHAGIALAH DENGAN APA YANG ADA UNTUK HARI INI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!