Jejak Bonda

Virus GAJET

 

Gambar hp saya dulu..

Saya ada 3 gajet nak dipakai. Berat hand bag saya jadinya. Saya bukan suka gajet. Hp berharga RM 300 nokia murah tu lah kesukaan saya. Sudah cukup untuk call dan sms, tak kuasalah nak berhp mahal dan susahkan diri untuk explore..!!Sekarang staf yg pakai hp ni..ha ha..Kehebatan saya boleh sms sebelah tangan tanpa tengok hp tau.. Ibu jari saya hafal setiap no dan abjad tanpa typo….

Suami saya amat mengikuti trend hp dan sentiasa bertukar2 hp . Dia peminat tegar hp yang mahal..Saya tak suka kereta mewah..gajet..luxury.. Saya suka melancong, suka hias rumah, gubah bunga, tanam pokok, masak dan sedikit suka menulis..

Yatie lagi pandai ambil gambar dengan cameranya yang cantik, colour sharp dan sangat terang. Teknik saya masih x bagus..

Saya tak malu pun mengaku tak pandai FB..!! Sebab saya dah tua dan tak penting bagi saya FB dan semua social IT ni..!! Anak saya Yati mendesak saya belajar dan suami saya hadiahkan hp Samsung note 1 seterusnya note 3 dan Samsung tablet ..Bila melihat saya aktif blog dan memaksa saya membeli kamera ini..Demi kualiti gambar saya paksa diri untuk belajar..

Bagus betul kamera ni, dalam gelap pun gambar jadi terang..!! saya tak perlukan staf photographer untuk ambik gambar lagi, memudahkan banyak kerja saya dan kos lebih jimat..!!

 

 

 

 

 

 

 

 

One Comment

  • Kakcik

    Walaupun kita dah tua, tapi kita tak boleh ketinggalan dalam meneroka kecanggihan gajet dan IT. Tambahan macam Puan yang terlibat secara serius dalam bidang perniagaan. Kepandaian Puan dalam bidang IT merupakan satu kelebihan. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!