Jejak Bonda

Krabi laut yang cantik…

Mission Hill Phuket Golf Resort and Spa
Sofitel Krabi Phokeethra Golf and Spa Resort

Asalkan ada kekosongan waktu dan sedikit budget kewangan melancong bersama family merupakan aktiviti saya dengan seluruh family saya. Beberapa perkara positif ingin saya kongsikan melalui pengalaman ttg melancong.Meskipun belanja agal mahal namun nikmat perasaan dan memory amat berbaloi bagi saya.10371709_525097450947002_7522719394959889089_n Orang niaga ni penatnya otak berkerja kerana tak mengira waktu. Melancong dapat menawar hati yang sakit upah kepada kami yang bekerja. Nilai dari melancong antaranya saya dapati ialah :

1. Banyak idea baru dan minda lebih luas
2. Melapangkan fikiran dan caj positif cara berfikir
3. Badan lebih sihat dan wujudkan mood ceria
4. Menikmati kehidupan semasa sihat
5. Lebih rasa syukur dengan rezeki& kehidupan sekarang
6. Melihat kebesaran Allah
7. Merapatkan hubungan family
8. Merakam memory indah dengan family dapat diwujudkan
9. Keseronokan dapat dirasai seminggu sebelum pergi
10. Keseronokan masih dirasai 2 minggu selepas melancung
11. Kenangan selepas berpuluh tahun masih dirasai seronoknya
12. Lebih kuat azam untuk menyimpan budget untuk travel lagi
13. Melihat peluang niaga atau belajar
14. Motivasi diri dengan melihat budaya negara luar
15. Melancung sambil menasihati anak-anak
16. Bonus kerja dan berkumpul dengan keluarga
17. Merasa masakan negara orang

1970675_831372403543623_1974679680_n 1260853_831372363543627_1955784567_nPercutian pada bulan Mac 2014 selama 5 hari 4 malam kami telah menjelajah Phuket Krabi dan Hatnyai. Selepas pulang dari ofc jam 6 petang kami terus konvoi kearah utara bukit Kayu Hitam. kami tiba disana hampir jam 12 malam dan kami disambut dengan 3 orang rakyat Thailand yang boleh berbahasa melayu. Kami menyewa 2 biji van dan meneruskan perjalanan ke arah Phuket . Kami tiba jam 7.30 pagi. Kami bersarapan digerai muslim supaya kami boleh tidur selepas bersarapan nanti. Sangat menyeronokan meskipun mengantuk dan letih. Semasa bersarapan di warung makan empunya warong sibuk bertanya tentang MH370. Wah Malaysia terkenal dek kisah tragedy MH370 rupanya ..!!.

Sempat saya berbual dengan orang Phuket sejarah bumi disana.Saya amat terkejut kerana menyangka Phuket tempat orang Buddha kerana banyak pusat hiburan dan aktiviti tak senonoh. Hakikatnya pemilik tanah disitu ialah orang islam dan sejak kehadiran pelancong mereka berpindah kerana tidak tahan dengan maksiat iaitu cara pakaian, minum arak dan pergaulan mereka. 1395236_525097224280358_8615630204360850167_nKata mereka lagi semasa terjadinya Tsunami Allah melindungi orang islam terselamat dari bencana tersebut. Selepas bersarapan kami kembali ke hotel untuk merehatkan diri dan jam 2 petang kami akan keluar semula kebandar Phuket .Kali ini saya tidak menjelajahi pulau Phuket hanya disekitar Bandar sahaja.Barang disana agak mahal jika dibandingkan dengan Hatyai yang lebih murah dan lebih menarik.

DSC00406
Hiasan lampu yang diperbuat daripada botol plastik minuman yang berharga 10 bath.

10374456_525097474280333_1693759684784006757_n 1969290_525097434280337_2420982073291926285_n 10294333_525097284280352_818727830478560053_n 10406357_525097370947010_7180457380323458194_n 10403559_525097334280347_3231977130282776944_nKeesokan hari kami meneruskan perjalanan ke Krabi dan kami tidur 2 malam disana. Hotel yang kami amat selesa dan menarik sekali sesuai dengan pemandangan menarik pulau Krabi .Sebenarnya saya pernah ke Phuket pada tahun 2004 sebelum tsunami.Jika dibandingkan pulau di Phuket lebih menarik dari di Krabi. Berbeza sekali mood shopping di Krabi kerana tidak menarik langsung bagi saya hanya tarikan ke pulau-pulaunya saja . Kami
menaiki bot nelayan ..!! Kerana menantu saya mabuk laut tidak tahan dengan bot pelancong ( kuat terhentak).. !! Bagi saya bot nelayan lebih lagi tidak selesanya dan saya merunggut kepada suami kerana memilih bot tersebut. Cucu saya ketakutan kerana air laut deras masuk terkena muka serta jadi pedih. Rasa bersalah dalam hati sebab family Yati tidak suka pemandangan berbeza dengan saya yang lebih suka alam semulajadi serta aktiviti lasak. Namun segalanya terubat bila sampai saja di pulau kami semua riuh terjun memberi makan ikan dengan roti. Setelah habis aktiviti kami pulang dan saya rasa letih serta kesejukan dan terpaksa berjemur di luar bot . Perjalanan pulang ke hotel mengambil masa hampir 2 jam sehingga saya tertidur sambil menutup muka dengan kain tudung. Pipi saya jadi kemerahan seperti muka orang putih akibat berpanas..!!DSC00412 Selepas 2 hari kesan badan saya jadi hitam dan jeragat naik sangat tebal dengan banyak meskipun saya menutup muka dengan tudung. Saya serik dan taubat tidak akan pergi lagi aktiviti laut atau berjemur dipanas matahari. Kulit orang tua sangat sensitive bila semakin berusia dan susah nak dijaga..!! Bagi saya Hatyai adalah tempat santai melancung murah dan ditambah dengan barangan shopping, budaya, makanan yang unik. Kebanyakan orang disana adalah muslim mudah untuk mencari makanan dan boleh berjimat dalam semua perbelanjaan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!