-
Lampu hiasan bunga ros..
Ini ialah sudut tempat letak kunci. Saya meletakan 2 frame yang kontra warnanya. Ditengah-tengah deko ini ada kotak yang direka khas untuk meletakkan kunci spare serta gantungan tepat letak kunci. Saya hias dengan basic berlatar belakang batu kecil berwarna hitam. Jika dilihat seakan-akan dalam frame. Lampu hiasan berbentuk bunga ros diletakan di atas siling berbentuk bulat dan bahagian tepi memanjang sangat cantik dipandang meskipun lampu tidak dinyalakan.
-
Chocolate Raisin Bread..
BAHAN A 300 g tepung berprotin tinggi 3 g susu tepung 3 g serbuk penaik roti 10 g serbuk coklat BAHAN B 50 g gula kastad ½ tsp garam 1 biji telur 180 ml air 7.5 g yis ½ tsp coklat elmuco BAHAN C 15 g mentega 15 g shortening BAHAN D 150 g kismis Cara memasak: Satukan bahan-bahan A, B dan C kemudian uli sehingga ia menjadi lembut dan elastik. Akhir sekali masukkan bahan D. Tutup dan rehatkan selama 30 minit. Bahagikan doh tersebut kepada 3 dan setiap satu adalah seberat 40 g. biarkan ia naik selama 10 minit kemudian bulatkan. Griss loyang dan biarkan ia naik dua kali…
-
Halba buat manusia…
Saya mengenal alam lebih dekat dan syukur pada Allah SWT yang mengurniakan terlalu banyak nikmat pada saya dan kita semua sebagai hambaNya. Selagi ada umur dan rezeki kesihatan atau kewangan saya mahu lagi melihat keindahan alam ciptaan Allah. Apa yang saya ingin kongsikan kali ini ialah Halba. Betul kata Rasullulah S.A.W lebih kurang begini sabdanya “jika kamu tahu kebaikan herba pasti akan kamu tukar ia dengan emas”. Buat ibu yang menyusukan bayi halba membantu membanyakan air susu. Halba sangat sedap sebagai campuran kari dan nasi dagang. Sekiranya anda sakit tekak, batuk, tonsil bengkak – rebuskan1 sudu teh halba ditambah kepada 2 cawan air, rebus sehingga kurang kepada¼ cawan. Berkumur2 dengan…
-
Gubahan bunga dibilik tidur utama..
Cara saya mencipta apa saja idea tentang bisnes atau deko ialah dari ilham semasa saya tenang. Selalunya waktu sunyi dan saya akan memerhatikan sekeliling. Waktu itu saya mulakan mengerakan otak untuk berfikir kenapa dan mengapa..!! Secara ringkas saya mulakan research dalam beberapa hari atau mengikut bulan. Untuk deko saya mencari idea semasa travel iaitu melihat gubahan bunga di hotel, kedai-kedai bunga yang eksklusif ( saya akan ambil gambar untuk meniru ) atau sedang menonton tv saya akan perhatikan sudut deko atau prop. Bila saya ada kelapangan sayaakanmengilhamkan sesuatu untuk jadikan milik saya dan kali ini saya berkongsi ilham deko bunga untuk hiasan bilik tidur utama dirumah saya. Saya cuba menghidupkan…
-
Cerita dari pengalaman umrah…
Alhamdullilah setiap tahun saya diberi rezeki menjadi tetamu Allah untuk mengerjakan umrah. Pada hari ini 25hb Jun 2014 saya bermusafir untuk mengerjakan umrah lagi. Insyaallah saya menyambut puasa disana dan balik pada 7hb Julai 2014. Sebenarnya banyak pengalaman menarik kisah umrah sejak saya ke sana yang boleh saya kongsikan. Tetapi saya tahu bukan semua orang suka membaca kisah tauladan terutamanya tentang agama. Maka saya membuat kesimpulan bersederhana dalam semua penulisan saya. Sebelum saya meneruskan cerita saya pada hari ini saya minta di maafkan segala kesalahan saya dalam penulisan terutamanya kata-kata yang kasar dan tidak elok melalui FB atau Blog yang menyakiti hati anda semua atau apa saja kelemahan saya dan…
-
Deko hiasan dapur kering..
Saya memilih ciri hutan dan tradisonal. Saya meletakan frame lukisan bunga orkid yang saya beli dari bali, dari pelukis terkenal. Saya suka sangat dengan lukisan ini. Gubahan bunga warna putih dan purple adalah kombinasi terbaik yang sesuai dengan lukisan dan bakul 4 segi dari kerja tangan buluh. Saya tempatkan semua suplemen dan ubat-ubatan didalam bekas ini untuk ahli keluarga saya. Mudah mencari ubat sangat kemas dan pasti ramai yang tidak menyangka ia bekas suplemen. Saya tambah di bakul ini dengan hiasan bunga dan Kristal sehingga pembantu rumah dan suami saya ada berkata“ Ami tak reti duduk diam, ada je kerja yang nak dibuatnya”.
-
Orkid raja hutan
Gubahan ini sangat tinggi hampir sampai ke atas siling rumah. Kosnya sangat mahal kerana bahannya banyak dan mahal. Sudah 10 tahun bunga ini.Gubahan ini berada di sudut dapur dan saya bercadang untuk menukarnya mungkin lagi 2 tahun, kerana bunganya sudah nampak kelam.Saya boleh mencucinya dengan mencabut semua gubahan dan merendam dengan sabun selama 2 jam d an menjemur sehingga kering dan mengubah semula yang mengambil masa 3 ke 4 jam. Susah nak menjaga gubahan ini kerana warna orkid berwarna krim. Jjika pembantu rumah saya lap , memang rosak gubahan tu dan saya tidak mahu membuat gubahan seperti ini lagi , berkemungkinan saya biarkan kosong sahaja..!!
-
Bunga hutan pilihan saya..
Pasu ini berasal dari Vietnam.Gubahan ini agak mahal harganya kerana kualitinya.Setangkai bunga berharga RM 40 dan daun sehelai berharga RM 7.Ada bunga kantan, jantung pisang, daun pakis dan batang tebu.. Gubahan ini setinggi 10 kaki menghiasi bilik computer untuk saya berkerja dirumah.Gubahan ini antara yang palingsaya suka kerana sangat unik.Saya baru membuatnya pada tahun 2013 sebelum hari raya. Tahun ini rumah saya masih ada sedikit renovasi maka tiada focus gubahan bunga untuk menyambut lebaran tahun ini.
-
Rawat ketiak bau hangit..
Masalah ketiak berbau busuk dan hangit amat memalukan terutamanya bagi wanita. Ia terjadi terutamanya semasa berpeluh dan cuaca panas. Bagi pendapat saya yang banyak melancong keluar Negara iklim Negara kita menjadikan bau peluh menjadi sangat kuat. Ada pendapat mengatakan ketiak busuk disebabkan oleh hormon atau terlebih makan bawang merah dan bawang putih. Memakai deodran adalah salah satu cara mengurangkan kadar bau ketiak. Cara tradisional paling berkesan yang saya dapati amat berkesan ada 2 cara: Rebuskan daun jambu batu bersama garam bukit. Mandi semasa air masih suam. Sentalkan daun jambu pada ketiak. Amalkan 2 atau 3 kali bau ketiak akan hilang terus. Insyaallah… Limau purut sangat bagus dalam rawatan menghilangkan bau…
-
Chilled Oreo Cheese Cake
(A) Asas biskut 200 g biskut oreo (dihancurkan) 120 g mentega (cairkan) 1 tbsp gula perang (B) Inti keju 2 biji kuning telur bersaiz gred A 150 g susu segar 150 g gula kastad 250 g krim keju Bahan (c) 2 tbsp gelatin serbuk 70 ml air Bahan (D) 1 tbsp jus lemon Bahan (E) 300 g UHT whipping cream Bahan (F) 40 g biskut oreo. (dihancurkan) 100 g biskut oreo (finely crushed – hancurkan hingga menjadi serbuk untuk dijadikan sebagai hiasan) Cara-cara memasak: 1) Asas biskut * Campurkan bahan A dan masukkan ke dalam Loyang 9″ inci bulat dan ketepikan. 2) Cheese filling * Didihkan bahan…