Petua Bonda

Halba buat manusia…

Saya mengenal alam lebih dekat dan syukur pada Allah SWT yang mengurniakan terlalu banyak nikmat pada saya dan kita semua sebagai hambaNya. Selagi ada umur dan rezeki kesihatan atau kewangan saya mahu lagi melihat keindahan alam ciptaan Allah. Apa yang saya ingin kongsikan kali ini ialah Halba. Betul kata Rasullulah S.A.W  lebih kurang begini sabdanya “jika kamu tahu kebaikan herba pasti akan kamu tukar ia dengan emas”.

  • Buat ibu yang menyusukan bayi halba membantu membanyakan air susu.
  • Halba sangat sedap sebagai campuran kari dan nasi dagang.
  • Sekiranya anda sakit tekak, batuk, tonsil bengkak – rebuskan1 sudu teh halba ditambah kepada 2 cawan air, rebus sehingga kurang kepada¼ cawan. Berkumur2 dengan rebusan halba ini ia dapat melegakan.
  • 2 daun halba di makan setiap hari selama 3 bulan, boleh menurunkan kolesterol dan kencing manis.
  • Selain berkumur2 mengunakan rebusan halba bagi anda yang batuk cuba mengunyah 3 kuntum cengkih dan telan liur perlahan2 semasa mengunyah cengkih. Ia juga sangat membantu. Antara amalan lain ialah perahan limau atau lemon bersama madu akan boleh merawat sakit tekak dan batuk.

Cara sebaiknya ialah dengan membaca Bismillahirahmanirahim dan bersalawat 3 kali kepada Rasul dan niatkan dalam hati “Kepada mu Ya Allah aku mohon kesembuhan berikan aku afiat dan keberkatan itu hanya datan gdari Mu”..

One Comment

  • faridah

    Asslmkm..puan mcmana sy nk menambahkan susu dgn memakan halba?slain buat kari n nasi dagang.ada cara lain lagi?sbg minuman menambah air susu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!