
APAM BERAS PURPLE..
Ramai yg nak apam dari nasi sejuk , masa sy post kat fb ari tu…sy nak bagi ni jom kita masak utk anak2 ..!! .Lagi senang pada buat karipap tau…
APAM BERAS PURPLE !
Bahan2 :
- 1 cawan nasi
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung beras
- 3/4 cawan gula pasir
- 1 1/4 cawan air
- 1/2 sudu besar yis
- 1/2 sudu kecil baking soda
- Pewarna PURPLE (Keladi paste sikit kalau ada.. Kalau x da esen vanila)
- Kelapa parut kukus dgn garam (buat taburan atas apam nanti..)
Caranya:
Mula2 kisar nasi.. Gula.. Air/ dlm blender Masukan tepung gandum dn beras…. Masukan Yis dan Soda. Perap selama 3 jam.. Bahagi kepada 2 warna pilihan.. Putih esen vanila Purple keladi paste.. (Salah 1 je letak perasa.. Jangan ke2nya tau.. Kukus selama 15 minit. .
Nota : Petua supaya dia lebih naik.. Lepas 3 jam kita kacau tu adunan akan turun.. Masa masukan adunan apam kedalam acuan tu kena isi hampir2 penuh.. Tinggal sikit je ruang.. Biarkan dulu15 minit lepas tuang tu, baru kukus..
Nanti apam nya cantik.. Sedap makan panas2.. Kalau nak sedekah majlis ugama bagus sgt..


5 Comments
Siti Zaleha Ibrahim
Assalamualaikum Puan. Terima kasih Puan resepi ni. Saya suka sgt mkn apa2 jenis kuih apam. Kat kg saya popular dgn ‘apam Johol’. Di bungkus dgn daun rambai sgt sedap dan wangi. Saya tak pandai buat, biasanya beli jer :))
jamuratu malaya
Waalaikumusalam. .bagus gak kalau ada org nak kongsikan kat sy kan Pn Siti
shafida
assalamualaikum kak.. harini saya mencari resepi apam… terima kasih kerana share..senang dan sedap nampaknya..gebu betul.. xsangka saya jumap blog akak ni.wah….bangganya saya dpt masuk sini dan baca coretan akak..sy akan dtg sini selalu..
jamuratu malaya
Assallamualaikum. .suka sy shafida suka blig sy..terimakasih ya…sy kongsi semua yg sy tahu..x tahu x tulis juga..hehe
nurfara nadia
boleh tak nak dapatkan no telefon ataupun alamat sapa yang buat apam johol tu ?