Gubahan bunga dibilik tidur utama..
Cara saya mencipta apa saja idea tentang bisnes atau deko ialah dari ilham semasa saya tenang. Selalunya waktu sunyi dan saya akan memerhatikan sekeliling. Waktu itu saya mulakan mengerakan otak untuk berfikir kenapa dan mengapa..!!
Secara ringkas saya mulakan research dalam beberapa hari atau mengikut bulan. Untuk deko saya mencari idea semasa travel iaitu melihat gubahan bunga di hotel, kedai-kedai bunga yang eksklusif ( saya akan ambil gambar untuk meniru ) atau sedang menonton tv saya akan perhatikan sudut deko atau prop.
Bila saya ada kelapangan sayaakanmengilhamkan sesuatu untuk jadikan milik saya dan kali ini saya berkongsi ilham deko bunga untuk hiasan bilik tidur utama dirumah saya. Saya cuba menghidupkan suasana bilik pengantin.
Bilik ini dipenuhi sejarah perkenalan dan perkahwinan kami.Gambar , barang hantaran, gambar nikah dan kesemuanya adalah dari sejarah kami berdua. Gubahan bunga ini mengambarkan niat saya dan kegembiraan saya hidup bersama suami saya.