Resipi Bonda

Choclate moist

Hari ni sy penat lagi …nak up date blog DUGAAN NOOR AINI. PART 13 INSYAALLAH saya buat ISNIN.. Menulis pasal kisah silam ni agak susah…  umpama peninggalan sejarah.. Sbb tu sy tulis pelan2 dn ingatkan betul2..!!

X nak hampakan anda semua pembaca di blog sy… Elok rasanya dalam cuti sekolah ni sy  kongsikan menu Choc Moist .. Kek ni kukus selama 1 jam.. Senang je nak buat nya.. Modal agak banyak..tapi masih murah jika di bandingkan dgn membeli… Nak sedap kek ni kualiti coklat ni… kena beli cooking choclate yg bagus/mahal sedikit harganya.. Rasanya lebih sedap … Jom masak hujung minggu raikan anak2 kita…

10860610_631493880307358_1303086323_o

BAHAN A :

  • 100gm serbuk koko
  • 250gm gula kastor
  • 1 tin susu cair
  • 200gm minyak masak/ jagung
  • 250gm susu pekat manis

 

BAHAN B :

  • 150gm tepung gandum
  • 1 kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil sebuk penaik
  • 4 biji telur gred B

CARA-CARA: 1. Campurkan bahan A dan kacau sebati. 2. Masak atas api seketika. 3. Dibekas yang berasingan pukul telur dan curahkan dalam adunan A. 4. Akhir sekali masukkan tepung, soda bikarbonat dan serbuk penaik yang telah diayak. 5.Guna mesin pengisar dengan perlahan-lahan dan kacau sekejap sehingga tepung tak bergentel 6. Kukus dalam bekas 6″ (3 bekas). Kukus selama 1 jam. 7. Setelah kek sejuk tuangkan cokkat topping dan taburkan manik warna.

10850408_631493890307357_1579979524_n

TOPPING COKLAT :

  • 200ml whipping krim
  • 300gm coklat besar
  • 1 sudu besar mentega

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!