Resipi Bonda

Roti Pizza Putih Ranggup…

Bahan-bahannya :

  1. 4 sudu kecil Yis
  2. Gula
  3. Garam
  4. 400 ml air
  5. 8 sudu kecil minyak jagung
  6. 640 gm Tepung

Petua saya :

Saya mengunakan mesin khas membuat roti yang ada setting masa- sekali dengan oven untuk memasak. Tetapi jika anda tidak ada mesin membuat roti seperti saya maka boleh membuatnya dengan mesin kek biasa untuk mengulinya. Cuma kena jaga masa dan kawal putaran mengikut step.

Maaf ye..saya tidak ada tips dan cara menguli mengunakan tangan . kerana saya tidak mengunakan tangan..

Masukan kesemua bahan 1 dulu diikuti bahan 2.
Cara menguli –

  1. Mengambil masa angaran sejam
  2. Uli sehingga adunan elastic lembut
  3. Mulakan dengan step perlahan dalam 30 minit
  4. Selepas itu lajukan 5 minit
  5. Sederhanakan speed dalam dalam 15 minit
  6. Perlahankan 5 minit5 minit terakhir lajukan.
  7. Biarkan selama 15 minit – keluarkan – uli sambil menghempap
  8. Buat saiz yang anda suka – letakan inti – taburkan chese Mozarella & Chese –
  9. Biarkan kembang 2 kali ganda – bakar selama 15 ke minit dengan suhu 180c

Cara membuat Inti Pizza Melayu

  • Ayam buang kulit potong dadu
  • Air sejuk 100 ml atau 1 senduk kecil
  • Bawang besar  2 labu besar potong dadu
  • Jintan putih dan manis 2 sudu besar
  • Sedikit Serbuk cili – rempah kari daging
  • Lada bengala potong besar
  • Sayuran boleh pilih antaranya
  • Nenas potong dadu
  • Lobak
  • Cendawan butang ..potong nipis
  • Garam – aji-
  • Tumis bawang  sehingga garing dan masukan ayam
  • masukan air – dan gaul kesemua bahan..

Resepi saya bukanlah terbaik tapi kalau nak cuba inshallah jadi…

Layari :
http://jrm.com.my
http://rozitaibrahim.net
https://www.facebook.com/JRMOfficial
http://instagram.com/official_jrm
https://twitter.com/official_JRM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!