-
Zon selesa jadikan saya biskut lemau…
Saya suka Rozita Ibrahim yang dulu. Sangat lasak dengan stamina seperti lelaki. Masa awalan menjayakan St saya tidur hanya 4 ke 5 jam sehari demi mengejar masa dan mencukupkan keperluan anak-anak membesar dan bersekolah. Kesukaran hidup menjadikan saya sanggup melakukan kerja2 diluar kemampuan seorang wanita. Selepas Yati berkahwin dan menantu mengambil alih dan teraju utama menguruskan syarikat ST saya menjadi malas dan kepenatan sebagai alasan kerana berusia dan lemah dalam IT. Itulah menjadikan saya lemau kerana hidup semakin selesa kerana merasakan syarikat anak dah jaga dan simpanan hari tua sudah mencukupi…!! Saya bangun untuk mencungkil kembali semangat Rozita yang hilang. Saya perlukan semangat itu untuk meneruskan JRM dalam kesusahan ekonomi…
-
Sosilawati “Ita aku sunyi…”
Semasa saya berkerja di syarikat hartanah dan memulakan perniagaan ST diawal 1997 Arwah Sosilawati dan Dr Becky dengan jenama produknya paling hot pastinya mereka ini sangat dikenali pada zaman itu. Mereka merupakan wanita “Hartawan Kosmetik”. Selain pelopor kecantikan ada nama lain hangat dipasaran seperti D Wajah, Olynn dan Felisa. Selepas ST menapak dalam industri herba saya ditemukan dengan Arwah dalam satu perasmian butik kecantikan di KL pada tahun 2000. Arwah sangat peramah dan terus bercerita tanpa henti seakan-akan dia sudah lama mengenali saya. Sejak itu kami sering berbual sehinggakan sewaktu kami membuat umrah di hotel yang sama dan banyak menyelami kisah peribadi bersama. Karakter Arwah yang menceriakan semua orang dan…
-
Almari lauk pun ada bunga..
Adakalanya suami merunggut “ dah macam hutan rumah ni.” Saya malas minta pendapat suami dalam menghias rumah kerana dia hanya komen “ membazir “..Suami saya minat kereta dan gajet. Bagi saya kereta juga membazir . Hobi saya menghias rumah dan mengubah bunga . Hari ini saya nak kongsikan tentang almari lauk style kampung kan , tu lah tempat simpan lauk atau masakan keluarga kami. Ia dari kayu yang berusia ratusan tahun dan dikemaskan dengan kapak. Berlekuk –lekuk kesan kapak dan tiada paku langsung pada almari ini..!! Unik dimata saya dan dapat hidupakan nostalgia zaman kanak-kanak dirumah nenek nak makan buka almari lauk..!! Gubahan bunga ini diletakan dalam pasu leper.Ranting diletakan…
-
Lampu kristal…
Lampu Kristal ini diletakan ditengah-tengah meja dan diapit oleh bekas lilin kaca .Lilin kaca di kelilingi dengan rumput menaimbulkan seni Kristal terutama waktu pagi dan bila lampu dibuka.Saya banyak meletakan gambar-gambar anak-anak dan kenangan indah mereka dibesarkan oleh saya.Kenangan susah senang membesarkan anak-anak saya abadikan disetiap sudut. Bagi saya gambar lama sangat mahal harganya keraan hanya itu memory yang dapat diabadikan dan dilihat dengan mata..
-
Frame kecil di meja konsul kecil..
Saya hiasi atas meja kecil ini sebagai deko untuk menuruni tangga .Gambar kenangan saya dan anak-anak semasa mereka masih kecil.Saya beli barang-barang sedikit demi sedikit dan sesuaikan dengan keperluan kawasan perabut. Lilin dalam sangkar ini menjadi penyeri utama. Hiasan bunga ros warna lembut menaikan seri pada meja kecil ini. Saya beli semuanya dengan harga yang murah
-
Jambangan bunga merah..
Saya memberikan hadiah kepada semua stokis. Gubahan sendiri semasa hari raya ( 2013 ) .Peluang ini saya rakamkan kenangan untuk diri sendiri.Saya letakan gubahan ini disofa ditingkat atas rumah.Kos yang sangat murah.. JIka beli gubahan begini dalam RM 700.Saya buat tak sampai RM 160.00.Yang mahal bunga merah sahaja setangkai RM 7.50.. yang lain setangkai RM3.50.Kombinasi bunga ros kecil warna peach, orkid berwarna kuning dan bunga-bunga halus yang lain.. Rumah tak kan berseri tanpa hiasan remeh seperti gubahan bunga frame pasu. Seni itu halus dan indahyang membezakan setiap sudut.
-
Kuruskan badan fasa tua pulak..!!
Saya kongsikan bagaimana saya kuruskan badan di fasa tua ni pula..sambungan dari BURUK BAIK JOGGING & DIET TAK MAKAN NASI LANGSUNG..!! (Gambar ini semasa saya mengandungkan anak yang ke 7 di Jepun). Saya sangat percaya senaman itu penting tetapi jangan keterlaluan..!! lebih2 lagi kalau dah berusia macam saya ni…Gini lah sebelum cerita panjang.. Lebih elok saya berlapik cakap bahawa apa yang tulis ini hanyalah berdasarkan pengalaman saya sendiri dari muda, tengok dari kenalan dan diri sendiri yang mengalami masalah kegemukan ..Bukan dari mengambil mana-mana fakta orang lain..!! Jika nak percaya boleh ..Tak nak percaya pun tak mengapa… Saya dapati wanita di usia remajanya aktif bersukan dan lasak berjogging akan mengalami…
-
Tak sangka jrm ramai penguna..
Majlis ini sambutan hari ibu berlangsung sangat meriah di Hotel Premiera. Kehadiran pada jangkaan awal hanya 2,000 orang tetapi yang datang hampir 10,000 orang merupakan jaringan wanita ibu tunggal yang didatangkan dari seluruh Malaysia. Tetamu kehormat antaranya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil ( Yang Di Pertua Juwita ) Datuk Azizah Mohd Dun ( Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat ) dan Datuk Sharifah Azizah Syed Zain ( Pengerusi Juwita Kebangsaan). Saya menjadi speaker untuk majlis tersebut “Membina semangat wanita” dan peluang ini memberikan saya satu pengalaman yang indah sekali. Allah meminjamkan saya untuk melihat kehebatannya dan hanya dengan izinnya saya berada disitu. Subahanallah tak termimpi untuk saya datang…
-
Rumah Yati dimasuki Perompak..
Rumah saya dengan Yati berdekatan dan kami juga berjiran dengan pengasas kosmetik Natasya. Saya mengenali keluarga Datin Muniroh. Sebelum ini saya melihat dan mendengar rumah Datin Muniroh kena rompak sebanyak 2 kali. Anggaran 500 ribu dapat dilarikan oleh 5 orang perompak bersenjatakan parang. Cara kehidupan Datin sangat jelas kekayaannya dan pasti mengundang selera bagi perompak.Datuk Suhaimi banyak memiliki kenderaan dan semua jenis kereta mewah. . Selepas beberapa bulan rumah Yati pula dimasuki perompak dan kata polis perompak yang sama. Seingat saya kejadian rompakan berlaku dirumah Yati berlaku pada tahun 2010…. Jam 4.30 am Yati menjerit ” Mak bangun ..Mak bangun ..Rumah Yati masuk perompak “ . Saya sangat terkejut dan…
-
JRM dimasuki perompak!!!
2hb Jun JRM.. Jam 8.40 saya masih didapur menyiapkan sarapan dan makan tengahari anak-anak dan suami. Badan lesu sangat penat kerana direct buat event 3 hari tanpa henti mulai jumaat sampai ahad yang lepas. Staf call saya dirumah “Ofc JRM dipecah perompak. St selamat” . Mulanya saya tenang saja mendengar perkabaran staf tapi bila teringatkan peti besi saya mengigil dan bertanya kawasan mana paling teruk “Hanya ofc JRM paling teruk terutamanya bilik puan, peti besi teralih dan terbarai wayar”. Staf tidak berani mengusik apa-apa untuk bahan bukti polis. Saya bergegas ke ofc untuk melihat isi dalam peti besi . Keadaan huru hara semua bilik berterabur termasuk pantry. Perompak nampaknya sangat…

























