
JRM dimasuki perompak!!!

2hb Jun JRM.. Jam 8.40 saya masih didapur menyiapkan sarapan dan makan tengahari anak-anak dan suami. Badan lesu sangat penat kerana direct buat event 3 hari tanpa henti mulai jumaat sampai ahad yang lepas. Staf call saya dirumah “Ofc JRM dipecah perompak. St selamat” . Mulanya saya tenang saja mendengar perkabaran staf tapi bila teringatkan peti besi saya mengigil dan bertanya kawasan mana paling teruk “Hanya ofc JRM paling teruk terutamanya bilik puan, peti besi teralih dan terbarai wayar”. Staf tidak berani mengusik apa-apa untuk bahan bukti polis. Saya bergegas ke ofc untuk melihat isi dalam peti besi . Keadaan huru hara semua bilik berterabur termasuk pantry. Perompak nampaknya sangat marah kerana tak berjaya membuka peti besi dibilik saya. Bersepah mereka menyelongkar semua laci semua department sataf dan merosakan laci. Kesan darah dan cap jari merata-rata.
Mereka berjaya membawa anggaran RM 20 ribu termasuk barang kemas saya yang saya letak diluar peti besi, TV besar , alat-alat shooting seperti kamera, gajet. Saya sangat bersyukur kerana peti besi terdapat banyak dokumen dan barang berharga koleksi simpanan saya masih selamat kerana tidak dapat dibuka . Saya bergegas ke bilik cctv ingin melihat detail . Perompak masuk jam 1.42 pagi. Seramai 3 orang perompak badan besar tinggi- tanpa topeng – tanpa bersarung tangan – memakai topi – seorang membawa seperti besi panjang 4 kaki ( andaian saya seperti senapang atau pembuka untuk umpil pintu ) – Saya jangka mereka amatur yang baru belajar merompak dan ada pengalaman berkerja dengan pemasangan pintu pejabat . Jika mereka perompak “ Tegar “ yang biasa merompak pastinya peti besi sudah dapat mereka pecahkan .
Cuma saya kaget cara mereka masuk dan mengumpil pintu sangat mudah. Mereka cekap membuka pintu magnetic yang sebenarnya sangat susah dibuka . Mereka menyuluh kamera cctv agar wajah mereka tidak dapat dicam. Sistem dalam bilik saya paling susah sehingga mereka terpaksa menendang pintu tempered glass ( Lihat keadaan pintu yang masih elok tidak pecah sedangkan jatuh dari tempat tinggi ).
Jam 12.00 tengahari pegawai penyiasat datang dan hasilnya mereka dapat mengambil kesan cap jari perompak. Sekiranya mereka ini bekas penjenayah lebih senang untuk menangkapnya namun jika perompak ini tidak pernah melakukan jenayah ia akan terus berhubung kepada jabatan pendaftran untuk mengenal pasti bagi siasatan selanjutnya. Pegawai penyiasat ada menyatakan dalam masa 2 minggu akan ada keputusan dan jika Allah permudahkan maka dapat dikesan penjenayah tu jika tidak senyap gitu je lah.
Apa yang merisaukan saya pengawai penyiasat menyatakan “ Penjenayah ini tidak cukup alat untuk membuka pintu besi dan dia akan kembali lagi kerana sudah tahu bahawa disini terdapat bahan bernilai” ..Iktibar yang ingin saya kongsikan disini “ Ada duit pun susah kerana hidup rasa tak selamat . Tak ada duit pun susah sebab nak membeli dan kehidupan jadi sempit ” benarlah dalam Al Quran ada menyebut dalam kesukaran ada kesenangan dan dalam kesenangan ada kesusahan.


3 Comments
Kakcik
Allahuakbar! Nampaknya Puan kena simpan barang2 berharga di tempat lain…
sarah
ya Allah. depa ni tak dak kerja lain..asyik nak merompak ja..
dil
setiap yg berlaku ada hikmahnya kak…bersabar ye…