
Rumah Yati dimasuki Perompak..
Rumah saya dengan Yati berdekatan dan kami juga berjiran dengan pengasas kosmetik Natasya. Saya mengenali keluarga Datin Muniroh. Sebelum ini saya melihat dan mendengar rumah Datin Muniroh kena rompak sebanyak 2 kali. Anggaran 500 ribu dapat dilarikan oleh 5 orang perompak bersenjatakan parang. Cara kehidupan Datin sangat jelas kekayaannya dan pasti mengundang selera bagi perompak.Datuk Suhaimi banyak memiliki kenderaan dan semua jenis kereta mewah. . Selepas beberapa bulan rumah Yati pula dimasuki perompak dan kata polis perompak yang sama.
Seingat saya kejadian rompakan berlaku dirumah Yati berlaku pada tahun 2010…. Jam 4.30 am Yati menjerit ” Mak bangun ..Mak bangun ..Rumah Yati masuk perompak “ . Saya sangat terkejut dan hanya fikir nyawa mereka bukan apa yang hilang..!! Yati bercerita dalam keadaan yang masih trauma. “ Baru je 5 minit perompak balik mak. Habis semua barang hadiah Mak bagi kat Yati diambilnya. Lap top dan hp. Dia masuk ikut siling rumah dan pecahkan pintu bilik T dengan tong gas. Macam mana T boleh tak dengar langsung kena pukau kot…!! Ada 5 orang bersenjata parang, Cakap bahasa Indon dan bertopeng . Dia kata jangan menjerit. Pujuk anak –anak T supaya jangan bising dan menangis. Dia ikat ady (suami Yati) kat tiang katil dengan wayar. Yati kata dekat perompak, nak ambik semua ambiklah tapi cincin kawin saya jangan lah ambik. Tu je kenangan saya” Lawak Yati kan sempat lagi nak cincin kawin. Perompak tu tak ganas terhadap keluarga Yati sebab suami Yati berlembut menyerahkan apa yang dia inginkan..


One Comment
Kakcik
Allahurabbi. ..