Bicara Bonda

Episod 1 : Aku dulu bukan yang sekarang..

Sambungan dari cerita banyak orang muflis… Ini antara perancangan kewangan semasa zaman muda..

Gambar saya pada tahun 1998
  • Kejam pada diri sendiri
  • Perancangan hidup 5 .. 15.. 30 tahun..dari usia sekarang.

Dulu baju kerja ada 5 helai, baju jalan ada 4 pasang..Belilah kain ela sepasang Rm10.00 untuk buat baju kurung. Saya tak pernah ada dompet.. Buat apa dompet sebab tak ada duit nak dibawa pun.. Saya jalan lenggang kangkung… Saya bawa duit bila ke pasar atau beli barang rumah saja..!!
Saya paksa diri, mesti simpan duit sebulan RM500.. Gaji saya masa tu Rm1250.00 sebagai ketua promotion. Saya ada simpanan Rm70,000.00, saya anggap duit tu tidak wujud  – Bekas suami tidak tahu – hanya yati saja tahu. Pelik tak saya boleh simpan duit walaupun saya miskin..??Kiralah belanjawan saya, saya masih ingat seperti dibawah… Total Rm 2,085.00 

  1. Upah jaga anak RM 200.00
  2. Susu anak RM400.00
  3. Ubat paru-paru RM180.00
  4. Hutang Moto RM75.00
  5. Hutang Court Mammoth RM80.00
  6. Duit Ikan sayur RM 400.00
  7. Barang dapur RM 300.00
  8. Belanja 2 anak sekolah menengah RM100.00
  9. Sewa Rumah RM300.00
  10. Minyak moto RM 50.00
  • Saya sewa rumah ada 2 bilik. Saya sewakan 1 bilik kepada orang lain dengan sewa RM 180.00
  • Saya selalu bawa bekal dan masak sekali sehari sebelum pergi kerja.
  • Anak saya pandai berjimat. Stok duit RM30.00 saja boleh berniaga jajan disekolah.
  • Saya jual nasi lemak sebelum pergi ke pejabat.
  • Saya cari apa saja benda yang boleh dijual untuk tampung kehidupan saya.
  • Saya jual barang ST(SendayuTinggi) mesti dapat RM 200.00 sehari, kalau tak dapat saya tak balik rumah.
  • Duit niaga saya tak usik – Duit sampingan lain cover keperluan hidup.
  • Beli baju setahun sekali dan cari paling murah.
  • Saya sewa kereta kalau nak jalan dengan anak-anak, hanya setahun sekali.
  • Saya tak akan keluarkan simpanan “Jangan usik” kecuali nazak.
  • Disiplinkan diri tak akan bawa duit, walaupun hati sedih.
  • Saya tak boleh lupa, saya senyum hati menangis cari topi keledar dalam tong sampah.
  • Cuti sekolah saya suruh anak saya kerja.

Saya bahagia bila yati kata pada saya : Walaupun kita miskin saya bangga mak ada simpanan 70k..Kata-kata yati, masa tu umurnya 15 tahun.. Amat membakar hati saya untuk terus kerja demi dia dan adik-adiknya..!! Meskipun saya fakir saya tak mahu selamanya begitu sebab saya muda, sihat, dan masih kuat berkerja dan bukan alasan untuk malas dan meminta-minta..!!

Layari :
http://jrm.com.my
http://rozitaibrahim.net
https://www.facebook.com/JRMOfficial
http://instagram.com/official_jrm
https://twitter.com/official_JRM

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!