Kifarah Allah sy sedang lalui fasa 1 selepas cerai… Dugaan Nooraini : Part 81..
“Ita aku makan pil tidur, aku xboleh lupa kamu..Aku sian dgn anak2..Mak aku marah sgt dan benci dgn kamu , dia x bagi ko jumpa anak2 ..Kesian pulak kamu Ita kalau xjumpa anak..Lepas ni kalau kamu nak rujuk aku boleh jer ..Aku kalau dengar lagu iklim aku ingat ko Ta..”..
Lagu iklim… sambungan seterusnya part 81….
Selepas sah bercerai, sy hanya sibukan dgn kerja..Itu salah 1 treatment minda paling bagus..fokus pd wawasan sy x mahu masa terluang , sy x mahu ingatan sakit sbb jiwa keibuan yg ingat pd anak2 dn kenang nasib malang diri sy ni..
( saya menulis di dalam blog peribadi sy ni… menceritakan pengalaman saya atas niat ini bagi motivasi pd kaum hawa yg dlm dilema…” saya merawat diri mencari kehidupan yang lebih baik tetapi Janganlah pembaca atau follower saya meniru sikap buruk saya kerana di dalam penceritaan ini adalah untuk iktibar bukan untuk ditiru ataupun dikecam “..)
Sy benar2 kesaorangan….Sy ada simpanan anggaran RM300 untuk memulakan hidup baru sendiri dn bercadang nak cari sewa bilik di bandar Klang..Masa ni saya bekerja di hotel Blue Wave Subang Jaya sebagai waitress Saketei Japanese Restaurant..
Sy kesian pd Ex suami kerana dia xkuat setajam minda sy..Sy tau sy buat salah pada dia..Sy fikir masa tu sy kena ganti jiwanya..Slepas bercerai sy jual rumah setinggan dh bagi semua duit tu , sebagai ganti rasa bersalah (masa tu sy dapat RM6,000..) tak pernah sy pegang duit sebanyak itu…. itu sahaja lah hasil titik peluh simpanan yg sy ada semuanya dri berniaga di Kechau 1..
Sy serahkan pd ex suami sy, cuma ambik rm10 sahaja buat tambang bas dan keluar rumah setinggan tu, menangis juga sy bukan menyesal tp takut nk mulakan hidup tanpa anak dn x nampak hala tuju hidup..tp sy keraskan niat sambil bawa beg baju menaiki bas menuju rumah sewa diKlang..
Bermusafir lagi tapi kali ni dgn identiti yg jelas..Sebelum saya pindah sy dah deal bg deposit menyewa bilik diatas lot kedai org cina..
Sedar juga dlm diri sy beraninya saya memutuskan perkahwinan dan hidup sendiri tinggalkan anak.. buruknya sifat saya nak dikesal pun tak guna.. Saya kena kuatlah atas keputusan yang saya buat..
Setiap kali saya mendengar lagu Iklim Dermaga Saksi Bisu pasti saya akan terbayang saat saya meninggalkan dia dan berjumpa kali terakhir di depan Kompleks PKNS selepas 3 bulan bercerai..masa tu dia merayu saya rujuk kembali tanpa pengetahuan ibunya..
Katanya “Mak aku kata kamu perempuan mata duitan, murahan sbb nk bebas, pentingkan diri , xjaga anak2..Xpakai tudung sbb nak cari lelaki lbh kaya..Sy bodohkan suami..Wajar bercerai pun..”..
Sy x marah pun apa yg dikata Maknya.. Bab derhaka atau kasar dgn mertua saya xkan buat…, meskipun sy seorang yang berani dn tegas ..saya tidak pernah melawan ibu mertua kerana bagi saya apa yang diperkatakan tu adalah betul ” Kalaulah saya duduk di tempatnya ibunya”..
Antara perbualan kami masa di taman tasik Shah Alam..
Sy : bagaimana kamu kerja di tempat baru dah ada jumpa calon isteri tak..??
Ex: Sama je saya kerja kilang besi .. dapat gaji mahal RM100 dari tempat kerja lama dan ada jumpa seorang perempuan Kelantan anak dara tua tapi dia pandai berniaga buat kuih dn dia anak orang kaya..Dia x cantik dn bijak macam kamu ..Susah cari Ita yg macam kamj.., sy nak sangat kalau kamu nk rujuk.., sy kalau dpt nak yg macam kamu..!!
Sy: ermmhh kamu x boleh samakan sy dgn org lain..Pasti dia lbh baik dr sy utk jd bini kamu..percayalah sbb dia sgt mengharap jodoh , berbeza dgn sy ni jahat sbb memutuskan jodoh..
Ohh ya …Sy kan Man akan berhenti kerja di hotel lama tu dan akan mencari tempat yang lebih dekat dengan rumah sewa saya di Klang …saya akan kerja di Holiday Inn Shah Alam …di sana gaji sy dpt lebih RM1200 sebulan sebagai hostess. .lepas ni saya takkan jumpa awak lagi… tapi nasihat saya tu dengarlah elok-elok..
Carilah perempuan yang betul-betul sayangkan awak ..Kamu kena mempunyai semangat yang tinggi..Nk kehidupan yg baik bukan bergantung pd org lain..Kita kena buat dulu supaya kita ada dignity ..Pasangan hidup ni sekadar membantu saja ..Bukan tempat kamu bergantung utk mengubah kehidupan…
Kalau kamu nak masa depan yg baik dn kamu ingin mencari perempuan seperti saya..pasti tidak akan berjumpa sama sekali seperti saya ..Kamu yang kena ubah sikap supaya dia akn jd isteri yg lebih bersemangat dan berjaya..
Sy akn bantu kamu dr sudut lain selepas ini, kita doa dn usahakan sama2 supaya anak2 kita ni akn sayang kamu lbh baik dr anak2 org lain..Itu juga janji sy pd diri sy ..Semoga kamu dapat jodoh yg Allah bagi kebaikan dn kegembiraan dgn prempuan lain yg benar2 sayangkan kamu ya Man..!!
Itulah kata2 azimat sy terakhir pdnya, Apa masalahnya selepas dari hari itu hanyalah melalui perantaraan sahaja dengan anak-anak kami sehinggalah sekarang ini…
Seterusnya life sy sakit sgt sbb kifarah atau balasan dr Allah sy mulai terima…Lebih azab dn sengsara..bermula dari sini dn taubat sy bersungguh2 itu sy merasa diterima Allah setelah lebih 20 tahun baru selesai ujian hidup sy..!!..
Maka semua sahabat sahabat followers jangan sekali menzalimi orang yang baik terhadap kita ataupun sesama manusia dan binatang berhati-hati dengan perbuatan kita ” kerana takut balasan Allah di dunia apalagi lebih menakutkan di akhirat nanti “..
Bermula life sendiri..
Hajat saya untuk bekerja di hotel Holiday Inn Shah Alam tercapai sangat mudah kerana saya mempunyai pengalaman bekerja di hotel lima bintang sebelum ini ..
Sy dapat hostess menggantikan tempat Ziana Zain .. Masa tu saya dengar khabar dr kawan2 kerja dia baru berhenti kerana dapat kerja pramugari ..apa yang sy dengari lucu dr teman sekerja saya menceritakan kepada saya ” Ziana Zain Kalau dia penat dia akan tidur di bawah meja buffet ..” ( kalau Ziana Zain yang terbaca ni maaf kan sy ya entah betul atau x)..
Awalan bekerja di hotel saya sangat terkejut dengan sikap dan akhlak pekerja di Holiday Inn yang ramai orang Melayu tetapi lelakinya bahasa sgt kesat dan kasar sesama teman sekerja.. selalu sy menangis..
“Heiii perempuan kampung kau kalau bodoh sangat nak susun sudu tak payah nak kerja hotel pergi duduk rumah diam-diam otak macam anjing tak sekolah ke..?? “..berbagai lagi kata nista yang lain..Teruk betul ayat2 puaka mereka..Angkuh dn ada yg minum arak dll maksiat..(sedih sgt kenapa sikap begini)..
Saya pujuk diri saya : Kalau tak nak disakiti duduk dan kembali rujuk dengan bekas suami dia x akan sakiti kamu… baru padan dengan muka kamu.. Ini baru sikit dn hasil kamu nak sangat hidup bebas ..Ex suami kamu xpernah maki kamu..Ni antara ujian fasa 1 yang kamu kena lalu..
Hilang air mata dan semakin kuat jiwa selepas saya memujuk diri , bahawa merajuk tu pada orang yang sayang kita …untuk cari rezeki memang sakitlah.. kalau di hutan penat dan berduri luka badan saya… tetapi bekerja di hotel badan saya cantik tetapi hati saya terluka… Tak ada benda sedaplah alam dewasa, gitulah takdir di dunia ini rupanya…
Sebelum ni saya bekerja di Saketai Japanese restaurant, Walaupun saya seorang sahaja Melayu yang lain semua orang Jepun dan China tidak ada bahasa kesat yang saya dengari dan pergaulan yang sangat baik… Walaupun mereka bukan Islam..
Wanita Jepun suka merokok dan makan coklat Sangat hormat orng dan greeting bila berjumpa siapa saja, xkira pangkat , sy selalu dapat hadiah wlu kecil tp sy terasa disayangi.. saya terpesona dengan budaya mereka..
Punca saya berhenti kerja sbb sy mendengar kata-kata daripada orang barat tetamu hotel dalam bahasa Inggeris dia cakap (perempuan kt sini part time prostitute..boleh order lepas balik kerja)..
Saya bertanya dengan kawan sekerja saya apakah benar perempuan bekerja Hotel dianggap murah begitu oleh guest??.. kata kawan-kawan saya ” jika kita layan maka Itulah jadinya.. sbb kat sini ada blue apple Spa..Kamu faham maksud sy..(walhal sy mmg xtau dunia topeng )..Kenapa kamu takut dengan kata-kata itu sebab kamu tidak buat.. Mereka memberi saya semangat supaya tidak menghiraukan kata-kata tetamu itu…
Ujian Allah masa sy fakir sy xmenangis sedih..jiwa kuat dan tahan tp bab ni sy menangis kerana teringatkan wajah sayu ayah saya kat kampung..
Ayah sgt kuat pegangan agamanya mendidik saya tentang akhlak menjaga aurat dan peribadi… jika saya beritahu kepada ayah yg saya bekerja di tempat ini mesti dia menangis kecewa.. Saya tak sanggup membuatkan ayah saya kecewa sebab tu saya berhenti kerja demi rezeki yang halal dan maruah dijaga baik…
Semasa bekerja di Hotel Holiday Inn, saya masih menyorokkan identiti saya dan Jhon sentiasa mengikuti saya dan menghantar bunga serta payung di tempat kerja saya kerana dia tahu di hotel ini ramai pekerja lelaki pasti ada yang cuba memikat saya..(dia pernah kerja hotel dulu sebelum berkerja di NSTP)..
Dia akan menunggu setiap kali saya pulang kerja supaya tidak ada lelaki lain mendekati saya.. Sy rimas kerana bagi saya ingin kebebasan kerana saya tidak menaruh hati pun padanya….
John tahu saya sukar didekati ..Dia sedar rupa parasnya x sempurna (jonggang dn kurus melidi) serta sifat kampungan sy jelas nampak penakut xbersosial) …disebabkan sy ni kampung style dia yakin untuk memiliki saya ..
Antara pendiriannya” Saya rela tidak kahwin jika tidak bertemu dengan wanita yang putih dan cantik kerana saya tidak mahu memiliki anak yang tidak cantik “..
Nantikan lagi lain tulisan sy ..” pengakuan jhon sihir utk dapatkan hati sy “..




40 Comments
Generasi Muda
Bonda, best sangat cerita bonda. Walaupun saya tak menghadapi apa yang bonda hadapi pada waktu ini. Tapi saya akan cuba yang terbaik untuk belajar drpd sejarah bonda.
Bonda, fighting!
Mazni ali akhbar
Nak baca lagi tau bonda…sedapnya n banyak pengajaran saya dapat..
Aniey Yusoff
Assalamualaikum bonda. Menangis saya membaca semua kisah bonda dari awal sampai ke sini. Cekalnya hati bonda. Saya br hadap ujian sedikit dah rasa lemah semangat. Kisah bonda banyak memberi semangat dan inspirasi. Teruskan ye bonda..
nanad
assalam bonda… membaca kisah kehidupan bonda memberi saya semangat untuk mengharungi ujian dan cabaran kehidupan ini.
harap bonda akan terus update pasal kisah hidup bonda sehinggalah part bonda jumpa abag aji sampai lah sekarang….
terus kan usaha bonda memberi semangat kepada anak anak muda bangsa kita.
sayang bonda.
Eyna
alhamdulillah bonda..akhirnya sudah sampai sini sy membaca cerita bonda.mmg bonda seorang yg sgt cekal, kuat semangat, dan keras hati dalam meneruskan kehidupan. walaupun sy tak pernah bersua, dalam hati saya sudah tersemai rasa sayang kan bonda. teruskan ye bonda, semoga penulisan bonda ni dapat dijadikan iktibar dan inspirasi utk org muda supaya tak membazirkan waktu
GokuSuperSaiya
asallamuallaikum, bonda, maaf menganggu, mohon bertanya, part 1 hingga 78 ada di bahagian mana ye? saya mencari artikel kehidupan bonda tidak jumpa. mohon jasa baik bonda kongsikan link berkenaan. terima kasih ye bonda 🙂
Norzihan
Mcm mana nk baca dari mula ye
GokuSuperSaiya
asallamuallaikum bonda, camne bonda jaga hati ye? ada tips untuk didik hati tak bonda?
Hidayah
Terinspirasi baca cerita bonda… Terima kasih bonda ikhlas calm membuat produk… Moga perintis bonda gigih MCM bonda… Supaya bukan hanya Jual produk ..tapi tahu kesan ye…😉… All the best bonda n family ..
GokuSuperSaiya
asallamuallaikum bonda, sy masih tak tidur lagi, tengah baca buku “DIAGNOSIS3:MORTUARI” publisher DUBOOK. kat MPH ada jual buku ini bonda. buku ni bagus sebab mengajar tentang kematian, mengajar jasa nya doctor dalam merawat pesakit. sy recommend sangat buku ini 🙂
mungkin sebab kaki bonda ada bonggol unta tu bonda sentiasa sihat cuma diuji gangguan sihir yang dahsyat. seteruk sy xpernah jumpa pontianak kena sakat suara pontianak adalah.
nasihat bonda harta kita ni tubuh badan Allah beri baru sy amalkan. khazanah Allah beri. moga sy jaga selok eloknya. please tolong habiskan jalan cerita hidup bonda,
Siti f
tak sabar….
Adawiyah
Assalamualaikum Bonda. Dekat mana boleh saya baca post Bonda yang lama2? Teringin nak baca post Bonda dari awal.
Bidadari Jelita
Assalamualaikum bonda….
Bila nak sambung dugaan nooraini lagi…
Tak sabar nak tunggu bonda menulis lagi…
Rasa dekat dengan kehidupan saya…
Syifaa
Diharap bonda sambung menulis lagi..sy sgt terinspirasi baca kisah hidup bonda
Syifaa
Teruskan menulis bonda
Intan
Bonda.. tak ada sambungan ke.. stiap malam sy bc crita bonda ni.. sgt terkesn di hati.. tima ksh bonda..
Jue
Bonda seorang yang kuat.. motivasi yang bagus
Fadhliah
Assalamualaikum..bonda..bila nak sambung cerita lagi..? gigih saya menghabiskan bacaan 81 episod ni..tetap menunggu sambungan seterusnya
Norhidayah Md Salleh
Bonda pernah cakap pada saya ciri2 orang pipi tinggi perkahwinan tak bahagia tapi jual barang pasti laku lol …. mungkin situasi kita ber beza tapi ke sedih, pandangan masyarakat boleh mematahkan semangat untuk terus hidup. Berpegang dengan kepercayaan pada tuhan yang esa adalah segalala2nya membuatkan kehidupan ini dapat di lalui dengan lebih tabah.
Terima kasih Bonda atas perkongsian kisah ke hidup an Bonda. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
Salam kasih sayang dan selalu untuk Bonda ….
hidayah
ruzita
assalam. blog yg ada gbr bonda tudung merah dah tutup ke? tak sempat nak baca habis cerita bonda.
Izyan
Salam puan…nnt sambung yee…sgt2 nk baca sehingga puan berjaya dan berkahwin dgn bang aji..hehehe..tq..
Zuera
harap bonda sambung penulisan.. tak sabar nak baca
Nurunhuda
Assalamualaikum bonda,
mohon bertanya, part 1 hingga 78 ada di bahagian mana ye? saya mencari artikel kehidupan bonda tidak jumpa. mohon jasa baik bonda kongsikan link berkenaan. terima kasih ye bonda 🙂
Taheera Maarif
Assalamualaikum bonda. Tulisan bonda sangat memberi kesan kpd sy utk mbangkitkan motivasi diri. Mohon bonda sambung penulisan ini kerana sy sbg ibu muda dpt bljr byk iktibar drpd penulisan ini seolah-olah sy mdpt pesanan n pengajaran drpd arwah atuk. Seperti bonda, sy juga masih mencari tujuan hidup. Mohon teruskan niat murni bonda utk memberi nasihat n iktibar kpd kami generasi muda. Semoga perkongsian ilmu mjadi bekal amalan utk bonda di akhirat kelak. Mohon teruskan menulis kisah silam bonda.
Yang benar,
Taheera
Linda
Assalam bonda
Sambungannya lagi bonda
Nk tau juga apa jadi pd arwah Ani
Mcm mna bonda jumpa daddy
Hartini
Bila part 82 nak update hehe
Hani
Asalamualaikum
Saya rasa masih panjang lagi perjalanan hidup bonda.
Jerih payah memulakan dan menghidupkan sendayu tinggi belum disentuh
Perkahwinan bonda yg kedua juga belum disentuh
Liku2 seterusnya lebih dahsyat menurut bonda kan..
Setiap hari saya menunggu Part 82.
Apa jadi seterusnya kepada ani, t dan anten
Jainah saidi
Assalaamu’alaikum bonda, sambung lagi coretan dugaan yg sangat sedih tpi bonda seorang yg sangat kuat dn tabah dalam menghadapi cabaran hidup.
Zira
Kenapa bonda x sambung lagi kisah hidup bonda…anak2 bonda yg ke 3 dan 4 dengan suami mana ya..
Surinah abd samad
Salam Bonda.. tiada lagi ke kisah seterusnya.. 3hari sy baca dari 1 hingga 81.. byk pengajaran.. mohon teruskan bonda
Rusinah
Menarik sangat ..rasa nak jumpa bonda..dan bercita2
bukukan kisah bonda ni utk tatapan lebih ramai…
Yayashaharudin
Assalamualaikum Bonda.. terima kasih bonda dri kisah bonda ini menjadi impirasi buat kaum hawa.. dan teruskan menulis.. saya xsabar2 menunggu cerita seterus ye.. ap y akan terjadi kepada ank2 bonda dan ap y terjadi dri hasil perkhwinan y kedua dan ketiga y saya ingin tahu ap y terjadi kpada ank syurga nooraini..teruskan menulis blog bonda saya berminat ingin tahu kisah2 bonda.. Terima kasih sekali lagi.. Sayang BONDA..
jamilah
Assalamualaikum bonda. Menangis saya membaca semua kisah bonda dari awal sampai ke sini. Cekalnya hati bonda. motivasi yang bagus tetap menunggu sambungan seterusnya sehingga kejayaan kehidupan bonda kini…..
Ainn
Tlg sambung bonda..plsss
norleza binti abd rahman
bila bonda nk sambung ni…tak sabar nk baca
NUR AMIRA MD TAHA
BONDA, BILA NAK TULIS PART 82 DUGAAN NORAINI?
Zairina
Cerita mengenai kelemahan arwah tak perlu lah diceritakan lagi..kesian lah pada arwah…dari penceritaan puan terlalu banyak kelemahan arwah didedahkan..sehinggakan ada saatnya terfikir dayus kah dia? Kita tidak tahu keadaan arwah di alam sana, oleh itu jika ada kelemahannya tutuplah serapat-rapatnya. Jangan kerana pendedahan puan membuat arwah terseksa di alam sana. Bukan kah ada hadis yang menyatakan ‘jika kita tutup aib orang, Allah akan tutup aib kita di akhirat kelak. Mohon maaf saya hanya menyampaikan ilmu yang ada pada saya. Jika saya diamkan takut akan disoal diakhirat kelak…sekali lagi saya mohon maaf puan…saya ikhlas dengan teguran ini. Puan boleh refer dengan mana-mana asatizah untuk mendapatkan kepastian. Jika kata-kata saya ini silap, puan nyatakan disini. Supaya kita sama-sama mendapat ilmu..wallahua’lam..assalamualaikum
nadeea
salam bonda…harap ada sambungan..sangat memberi inspirasi…bonda sgt bsemangat sampaikan nak kuruskan badan pun senang..hikhik
wanita biass
Allah ingin memberi kamu darjat ibu sebab itu kamu dipilih dugaan yg sebegitu berat.Perhatilah wajahmu ibu yg dulu dan kini Allah telah membersihkan sebahagian jiwamu diatas kesabaranmu mengikut landasan yang betul.Saya terpanggil didlm dairy ibu dan nampak,rasa impak kurnia Allah menjaga ibu sehingga berkedudukan tahap yg lbh baik dan sempurna kpd ibu,kerana…….Allah itu lbh mengetahui isihati mu ibu apabila kamu diatas
Titisan kudrat dan airmata mu itulah apabila kamu diatas kamu menjadi insan yg berhati mulia kerana hasil dari ujian mu ibu diketika dulu.Allah sahaja yg pegang KUNCI RAHSIA manusia DIA yg lbh mengetahui segala ummatnya.Syukur kehadrat illahi sy doakan moga ibu lbh terpelihara OLEHNYA hingga keakhir.AMIN.
wanita biasa
Bonda yg dikasihi,Allah lbh mengetahui jodoh seseorang,apabila sy mmbaca kisah bonda berhadapan dgn perkahwinan yg kedua,disitu saya juga terpanggil melihat,mengamati,antara setusi bonda hadapi dgn disertai sudut hati bonda tersentap diatas hukuman Allah terhadap bonda,namun sujud syukur sy kerana bonda tidak sedikitpun tersasar membawa maruah seorang ibu kpd anak-anak dgn baik,bonda mmg berpegang kpd niat hati jaga keperibadian seorang ibu wlupun diuji dgn bekas suami yg tk boleh mendidik bonda dgn baik itulah kamu bonda dimata ALLAH bonda dijaga oleh-NYA kerana DIA telah simpan kemas satu darjad yg paling istimewa utk bonda dan akhirnya bonda mendapat jodoh kali ke3.Itulah insan yg benar-benar membimbing bonda Allhamdulillah jagalah nikmat Allah dgn baik insyakallah sy sentiasa doakan bonda semoga dirahmati oleh-NYA. Amin.