• Bicara Bonda

    Buruk baik jogging dan tak makan nasi

    Seingat saya lebih kurang 6 kali saya alami kegemukan sejak dari muda sampai sekarang..!! Pengalaman peribadi saya kongsikan disini sekadar panduan. Saya nak tulis sekali banyak memang tak ada masa. Bosan juga cerita kurus je , ada masa saya selang selikan buat stori hobi saya dan adakalanya saya tulis kesedihan saya. Hakikatnya mata memandang wanita “KURUS ITU NAMPAK MUDA LEBIH MENAWAN”. Betulkan niat kepada “KURUS UNTUK SIHAT TAK NAK BERPENYAKIT”. Jom renung-renungkan apa pendapat saya tentang jogging dan diet makan sayur serta buahan sahaja. Ramai athlet gemuk bila mereka tidak aktif. Semasa mereka aktif metabolisma sudah terbiasa menjadi terlalu tinggi . Bila tidak aktif metabolisma menjadi slow dan penyebab gemuk…

  • Jejak Bonda

    Almari kecil Thailand

    Saya suka sangat dengan perhiasan kayu yang antic.Ini saya beli di Thailand dengan harga RM 200.Saya meletakan semua barang – barang kecil seperti cincin, kerongsang dan krim muka. Rak kayu bertingkat ini sangat indah jika kena gaya susunannya. Rak ini kemas dan memudahkan kerja merapikan kawasan cermin ini.Ia merupakan meja konsul dan saya letakan kaki lilin dan saya hiasi kaki lilin ini dengan bunga dan batu Kristal berjuntai. Frame gambar nikah berwarna putih menaikan sedikit mood kenangan bagi kami.Susah nak mengekalkan perkahwinan.Sejarah dan pengorbanan emosi boleh menjayakan misi perkahwinan. Sabar dalam mematangkan cara pemikiran pasangan dan kehadiran anak-anak mampu menguatkan perhubungan.Semoga anda yang membaca blog saya berbahagia lah hendaknya ye..Pengalaman…

  • Petua Bonda

    Kegunaan daun kari

    Minggu lepas staf bernama Wawa masih dalam cuti bersalin 20 hari berpantang . Whats app saya merujuk pandangan – katanya dah 2 hari sakit tengkuknya rasa tegang badannya berat lesu tidak berdaya, cirit birit dan muntah-muntah. Dia pergi berjumpa doktor dan makan ubat hospital masih tak sembuh. Dia tidak menyusukan bayinya kerana risau akan menjangkit kepada bayinya. Soal saya padanya adakah dia salah makan atau terlanggar pantang kemungkinan terjadinya bentan. Katanya semua ok makan tak ada yang salah makan. Terang saya lagi bentan ada banyak jenis punca dari salah makan atau minum, tersadung kaki , menarik sesuatu dengan kuat, terkena hujan, terhidu bau dan melakukan sex dalam pantang. Saya minta…

  • Biodata Bonda

    Masa berubah..Sampai tak kenal..!!

    Mereka masih mengenali saya dan ada diantara mereka yang saya tidak cam lagi kerana terlalu lama. Mak cik ini sedaya upaya bercerita supaya saya dapat mengingati siapa dirinya. “ Ita mak cik ni Mak Amad kawan kamu sekolah rendah. Kamu selalu datang rumah makcik makan nipah. Itu Amad dan itu rumah Mak Cik sebelah ni..( sambil menunjukan Amad dan rumahnya ) . Saya hanya boleh ingat wajahnya semasa muda dalam usia 30an. Tinggi dan cantik tak sama dengan apa saya lihat sekarang. Dalam hati kenapa jadi rendah sekali..Mana boleh saya xingat mak cik ini kerana saya meninggalkan kampung ini semasa umur saya 14 tahun. Setelah 36 tahun kami baru dapat…

  • Petua Bonda

    Minyak kelapa dan khasiatnya…

    Saya tak tahu banyak mengenai minyak sawit . Apa yang saya ingin tulis hari ini tentang  minyak kelapa. Tahun 60an minyak kelapa untuk memasak bukan dari minyak sawit . Zaman itu minyak bukan mudah dijual seperti sekarang  malah sering kehabisan . Saya banyak membantu arwah abah berniaga dikedai . Minyak kelapa dijual didalam tin zink besar  ( pakai pam dan timbang ikut kati  ) dan dibeli mengunakan botol kicap atau masuk plastic. Minyak Mazola sudah wujud waktu itu dan hanya digunakan untuk membuat biskut mazola atau biskut kacang. Rasa masakan mengunakan minyak kelapa jauh lebih sedap daripada minyak2 lain yang ada didunia ini dan itu memang fakta dari saya sendiri..He…

  • Jejak Bonda

    Pasu Biru dari Turki

    Saya menghias pasu – pasu kecil ini dekat dengan tempat menonton TV. Saya juga meletakan frame kecil gambar anak-anak perempuan saya yang belum berkahwin dengan harapan mereka melihat pembesaran diri mereka dan menghargai kenangan bersama saya ibunya..!! Kata pemandu pelancong pasu dari Turki ini merupakan symbol seni mewah disana selain dari karpetnya. Saya menyusunnya sebelah kanan TV.  Saya cakap dengan anak saya “Satu hari kalau Ami dah mati nanti banyak kenangan dan hasil seni Ami dekat rumah ni”.. Semasa lawatan ke Turki, kami melawat seni tembikar disana.Mereka membawa kami kesudut tembikar paling mewah. Ditutupnya lampu dan pasu itu bercahaya.Pasu ini agak besar saiznya lebih kurang 1 ½ kaki lebar dan…

  • Jejak Bonda

    Krabi laut yang cantik…

    Asalkan ada kekosongan waktu dan sedikit budget kewangan melancong bersama family merupakan aktiviti saya dengan seluruh family saya. Beberapa perkara positif ingin saya kongsikan melalui pengalaman ttg melancong.Meskipun belanja agal mahal namun nikmat perasaan dan memory amat berbaloi bagi saya. Orang niaga ni penatnya otak berkerja kerana tak mengira waktu. Melancong dapat menawar hati yang sakit upah kepada kami yang bekerja. Nilai dari melancong antaranya saya dapati ialah : 1. Banyak idea baru dan minda lebih luas 2. Melapangkan fikiran dan caj positif cara berfikir 3. Badan lebih sihat dan wujudkan mood ceria 4. Menikmati kehidupan semasa sihat 5. Lebih rasa syukur dengan rezeki& kehidupan sekarang 6. Melihat kebesaran Allah…

  • Jejak Bonda

    Setiap bilik ada nama..

    Saya sangat suka seni hiasan atau dekorasi. Disini saya berkongsi sekadar untuk kerja seni. Saya akan elakan menulis tentang kemewahan. Saya sendiri tidak percaya dengan hati sendiri maka sering saya berdoa agar Allah bersihkan hati saya dan melindungi dari sifat riak atau takbur. Cenderahati dan mengabadikan kenangan setiap barang ada cerita disebalik travelog saya. Begitu juga dengan deko di setiap bilik dirumah saya susun seperti resort percutian. Saya meletakan nama setiap bilik sehingga anak saya melabelkan ini bilik ami dan atas bilik dady..!! Ini ialah bilik tetamu ditingkat bawah atas nama saya Rozita Ibrahim. Saya hanya mengunakan bilik ini semasa sarat mengandung dan berpantang sahaja. Saya meletakan gambar kenangan suami…

  • Bicara Bonda

    Wanita gemuk berusia banyak selulit…

    Senaman saya ada 2 jenis iaitu bersenam treadmill  dan senaman kuno ciptaan saya . Selesai bersenam saya akan bersauna dengan infra red sauna. Senaman kuno ciptaan saya itu telah saya amalkan sejak melahirkan anak sulung lagi dan diamalkan sehingga sekarang. Ia tidak mengegarkan peranakan atau pun pegerakan ganas seperti meloncat dan mengangkat berat. Ia sangat berkesan mengemaskan lemak yang melebih keluar  seperti di tepi dada terutamanya selepas  memakai baju dalam. Paling susah mengecilkan perut , dagu , lengan , peha dan tengkuk. Semasa mengandung  yang last selulit sangat banyak lebih banyak dari anak yang sebelumnya. Masa muda dulu saya mengandung tiada selulit langsung..!! Rupanya bila mengandung usia lewat 40 an…

  • Jejak Bonda

    Ukiran batu dan pasu…

    Bila masuk kedalam rumah , mata akan terus melantun memandang ukiran batu yang sangat tinggi ini. Disitu saya letakkan satu meja konsul dan hiasan lainnya.Saya cat batu ini dengan warna hitam dan gold das menjadikan ukiran batu ini menjadi timbul. Saya kontrakan dengan wall paper silver Saya meletakan satu pasu besar hadiah dari anak saya. Frame gambar hari pernikahan kami berbaju putih menjadikan suasana deko jadi sangat damai mata memandang. Bila melihat gambar kami bernikah dulu masih segak lagi. Sekarang terasa sangat tuanya kami . Dulu segak mantap, sekarang semua beruban..ha ha ha.. Doa saya agar kami tua dalam keadaan sihat.. Dan  Allah redha dan ampuni semua dosa-dosa.. Kami mengharap…

error: Content is protected !!