
Setiap bilik ada nama..
Saya sangat suka seni hiasan atau dekorasi. Disini saya berkongsi sekadar untuk kerja seni. Saya akan elakan menulis tentang kemewahan. Saya sendiri tidak percaya dengan hati sendiri maka sering saya berdoa agar Allah bersihkan hati saya dan melindungi dari sifat riak atau takbur. Cenderahati dan mengabadikan kenangan setiap barang ada cerita disebalik travelog saya. Begitu juga dengan deko di setiap bilik dirumah saya susun seperti resort percutian. Saya meletakan nama setiap bilik sehingga anak saya melabelkan ini bilik ami dan atas bilik dady..!! Ini ialah bilik tetamu ditingkat bawah atas nama saya Rozita Ibrahim. Saya hanya mengunakan bilik ini semasa sarat mengandung dan berpantang sahaja.
Saya meletakan gambar kenangan suami dengan Nur Ain Sufiah semasa dia masih bayi. Kini Ain Berusia 8 tahun. (Suami tengah teruk kena campak bersama anak sulungnya ).Hiasan bunga ini berusia lebih 12 tahun.Lama sekali kan..??? Gubahan tropika esotik amat saya gemari kerana ia tak lapuk dek zaman dan macam suasana hutan. Sebenarnya ramai wartawan ingin mengambil deko keseluruhan bilik di rumah saya. Ia privacy dan sangat tidak sesuai untuk dikongsikan melainkan bilik ini kerana sekadar bilik tetamu..!!
Cuba perhatikan dinding pada bilik ini dan saya akui kesilapan saya memilih tile berwarna gelap..!!Antara komen Yati“ macam kedai kopi mak letak tile.. Dah lah gelap bilik jadi suram “ . Tujuan memilih tile dinding ada 2 sebab yang baik dan jimat. Pertama jimat untuk jangka masa panjang dan tak perlu mengecat untuk selamanya.Kedua anak saya tak boleh conteng dinding. Jika wall paper akan terkopek dan kena ganti juga akhirnya..!!
Yati menghias rumah mereka simple dan modern .Yati dan suaminya sangat pakar bab design dan renovation. Semua out let ST, showroom mereka yang memilih konsep. Saya bercitarasa orang tua dan klasik.

