Petua Bonda

Rawat ketiak bau hangit..

Masalah ketiak berbau busuk dan hangit amat memalukan terutamanya bagi wanita. Ia terjadi terutamanya semasa berpeluh dan cuaca panas. Bagi pendapat saya yang banyak melancong keluar Negara iklim Negara kita menjadikan bau peluh menjadi sangat kuat. Ada pendapat mengatakan ketiak busuk disebabkan oleh hormon atau terlebih makan bawang merah dan bawang putih.

Memakai deodran adalah salah satu cara mengurangkan kadar bau ketiak. Cara tradisional paling berkesan yang saya dapati amat berkesan ada 2 cara:

  1. Rebuskan daun jambu batu bersama garam bukit. Mandi semasa air masih suam. Sentalkan daun jambu pada ketiak. Amalkan 2 atau 3 kali bau ketiak akan hilang terus. Insyaallah…
  2. Limau purut sangat bagus dalam rawatan menghilangkan bau ketiak. Cari limau purut yang banyak air dan cukup besar. Sebelum memotong limau tekan limau ke lantai yang keras tujuannya untuk melembutkan limau semasa memerahnya nanti. Potong 4 atau 5 bahagian limau purut. Gosok pada ketiak bersama kulit-kulitnya. Amalkan 2 atau 3 kali bau ketiak akan hilang terus. Insyaallah.
  3. Limau purut juga sangat bagus untuk menghilangkan kelemumur gosok pada kulit kepala dengan kulit-kulitnya.

One Comment

  • Saya Nur

    Assalamualaikum.

    Salam mesra dr Nur.

    Cerita pasal ketiak hangit mesti boleh tersenyum dibuatnya kan..

    Adoi tak tahan tak boleh bernafas seketika dibuatnya kak..

    Nur nak tambah sikit je dr penulisan akak.
    Selain mandi limau gosok pada ketiak mengamalkan makan limau kasturi juga boleh menghilangkan bau badan.
    Bersihkan dalaman.
    Jumlah bilangan juga haruslah berpada-pada. Tak perlu makan dalam kuantiti yg banyak. Cukup sebiji dua kali sehari diamalkan secara berterusan sudah memadai.

    Kebersihan juga penting. Cukur bulu ketiak juga dapat mengelakkan masalah bau ketiak.

    Selain daripada itu memilih sabun yg betul juga penting. Bukan semua sabun yg wangi sesuai dgn org yg mempunyai masalah bau badan dan ketiak ni.
    Sabun berunsur susu atau yg mengandungi bahan pewangi yg tinggi haruslah dielakkan Hanya sabun pembasmi antibakteria yg sesuai digunakan oleh mereka yg mengalami bau badan.

    Sama seperti juga dlm memilih minyak wangi. Bau yg soft lembut juga tidak sesuai utk mereka yg mempunyai masalah bau badan. Sekelip mata bau wangi boleh bertukar kepada bau badan. Jadi pandai-pandailah memilih kerana bukan semua yg wangi dan lembut sesuai utk yg mempunyai masalah bau badan.

    ikhlas dr

    NUR

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!