Petua Bonda

Sadri untuk kuruskan badan dan awet muda…

Saya kalau pergi Cameron Highland wajib beli daun sadri ni.. Suami saya paling suka ke sana sebab sejuk dan damai berbeza moodnya dengan Genting Highland yang semak dan bising.. Setahun paling kurang 3 kali kami sekeluarga tidur disana.. Saya ada hobi pelik , setiap kali keluar negara terutamanya asean, saya akan cari petai dan durian untuk membezakan rasanya.. Hakikatnya PETAI CAMERON HIGHLAND NO 1 IN THE WORLD..Tak leh lawan..!! Stok petai kat rumah saya bukan 3 keping tapi satu ikat besar. Suami saya sanggup ke sana setiap bulan semata-mata beli petai, tak da petai tak syok makan katanya..!!

  • Khasiat batang sadri.
  • Kuatkan pengelihatan
  • Bersihkan darah
  • Arthritis – duratik – rumatik
  • Bersihkan buah pinggang
  • Jangkitan pundi kencing
  • Kuruskan badan
  • Darah tinggi dan kencing manis

Sadri atau celery.. Sayur wajib saya akan beli jika kesana..Geram tengok gemuk2 dan muda. Bila gemuk ranggup dimakan..!!  Jangan simpan lama dipeti sejuk ia mengurangkan khasiatnya. Saya tahu serba sedikit khasiatnya tapi yang pasti ia boleh membantu menurunkan berat badan – turunkan darah tinggi – wanita mengandung paling bagus makan sayuran ni. Banyak vitamin – mineral – zat besi, kalsium, fosforus, magnesium dan zink.

Salah satu jus untuk awet muda dan rawat darah tinggi ialah timun dan daun sadri..!!  seeloknya minum selepas setahun umur anak.. (Jangan minum dalam tempoh 4 bulan selepas bersalin – spesis timun sejuk dan melemahkan rahim. Rasanya tak sedap. Kalau nak sedap  letak asam boi atau gula.

2 Comments

  • Anie Yat

    Terima kasih puan kerana berkongsi… saya cuma pernah ke sana sekali shaja dgn anak2.. geram tgk sayur2nya yg segar bugar…

    Btg sadri mmg sedap…kalau di mkn begitu saja pun sedap

  • honeyda

    Salam puan. Saya tertarik membaca tulisan ini, saya ingin bertanya puan cara hidangan/ pengambilan jus tersebut untuk pesakit darah tinggi dan kencing manis, terima kasih,… wassalam,..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!