
Tips minum air dan kesannya pada badan…
Hari ni sy berkongsi ttg minum air.. Mengikut beberapa pandangan islam.. Ayuverda dan kesihatan..
Cara minum dan makan setiap orang berbeza2… Bagaimana mereka mendisiplin rutin seharian.. Namun sy yakin semua orang maklum kita wajib minum 8 gelas air putih utk masa 24 jam. Minum air bukan bermaksud minum air teh, jus atau kopi… (ni minum untuk sedap)… Tetapi air mineral yg lebih dikenali sebagai air putih di Malaysia ni tulah sebenarnya minum yang baik utk kesihatan…
Kalau kita order di kedai makan sebut jer air kosong (air putih + ais)…ha ha ha… Sya ada dengar dan baca ttg ais boleh menguruskan badan..(perut boroi dan buncit minum ais). Tapi sy tidak percaya langsung minum air batu boleh menguruskan badan apalagi baik untuk kesihatan…!! Tapi terpulang pada pendapat masing2..
Air zam2 sudah pasti yg paling terbaik untuk manusia didunia ini ..Ke2 sy memilih air mata air dan ke3 sy sangat percaya air yang bertapis.. Sy mengkaji ttg air… Melalui org kampung.. Cina dan paling sy suka ialah kajian sy ttg pembantu rumah sy org Indonesia.. Maid sy sangat ramai bersilih ganti setiap 3 tahun sejak tahun 2000..
Interviewnya pastinya nak tahu ttg kampung asal hidup mereka.. Rutin hidup dan pemakanan. Sy bagi cerita hari ni ttg Seri pembantu rumah berkaitan dgn kesannya mengenai air.. Di Indonesia susah nak dapat bekalan air paip..Hanya mengunakan sumber air dari alam !!.. (bnyk lagi yg saya kaji ttg mereka yg kurang penjagaan kulit dan pemakanan)

Seri 25 tahun (4 tahun berkerja dgn sy ): Masa awal2 datang kulitnya kasar.. Kusam.. Kurus pucat lesu.. Rambut gugur.. Banyak penyakit.. Sesak Nafas dan mudah diserang sakit.. Keluarganya petani dan tukang ukir dikampung sumber air dari gunung.
Sejak dia meneroka hutan (tanahnya gambut) selama 5 bulan telah memberi kesan mudarat kepada kesihatannya akibat meminum air disana . Pokok dan akar2 kayu menjalar banyak sekali dan terdapat juga pokok rengas ( beracun )…
Sumber air yg digali berwarna merah kehitaman.. Masak nasi rasa kelat pahit bayangkan kalau minum ..kata Seri lagi “Sy terpaksa minum rasa x sedap dan takut nak minum..X haus sy x kan minum..Jumpa air hujan rasa nikmatnya..Manis dan sedap sekali“.!!
(Bersyukur sgt kita mudah dapat nikmat air bersih kan..).. Kesannya selepas 5 bulan dia disana.. Sesak nafas sering pening dan pengsan..Pucat sakit sendi..Selepas 5 bulan berkerja dirumah sy dia minum air bersih.. Sy test bagi beberapa produk dan herba utk buang toksin + mandian dari bebrapa jenis garam.. Hasilnya kulit dan mukanya lebih cerah dan kesihatannya agak bertambah baik selepas 7 bulan bekerja di rumah saya..
Sayang sy x da gambar Seri sebelum ini.. Kebanyakan maid sy selepas duduk dengan sy selepas 5 bulan nampak jelas perubahan kulit mereka. (sy bukan nak cerita pasal maid he he ..he sekadar rujukan )..Sy lihat jelas nampak perubahan jika amalkan minuman, pemakanan dan cara kehidupan.. Boleh merubah warna kulit kecantikan dan kesihatan setiap individu.. Antara minuman yg sy jauhi kerana buruk kesannya pada badan..
- Air gas : perut buncit dan kencing manis, rosak saraf
- Air batu : Perut buncit, Otot vagina longgar , usus kembang dan sakit sendi
- Semua air bergula : Cepat sakit , lesu badan, rosak saraf dan cepat tua
- Nescafe : Paling x bagus pening dan ketagih susah nak berhenti kalau x minum mengigil dah macam ketagih dadah
- Air susu pekat manis : Gemuk cepat dan punca penyakit
- Teh : Angin dan menyumbang asid masam naik
WAKTU MINUM AIR PUTIH DAN KESANNYA PADA BADAN :
- Bangun dari tidur
Minum segelas air selepas bangun tidur dapat membantu mengaktifkan organ-organ dalaman dan membantu untuk menghapuskan apa-apa toksin sebelum suapan makan pertama utk hari tu. Minum segelas pertama selepas bangun untuk hidrat badan selepas berehat malam yang panjang tu.
- Sebelum tidur
Minum segelas air satu jam sebelum tidur untuk menambah kehilangan cecair yang boleh berlaku pada waktu malam. Ia membantu dalam proses pembaharuan sel semasa tidur anda.Faedah lain ialah elak risiko strok atau serangan jantung pada tengah malam
- Sebelum makan
Minum segelas air 30 minit sebelum makan untuk membantu penghadaman. Ia juga menghalang kita makan terlalu banyak semasa makan.
- Selepas makan
Minum air satu jam selepas makan untuk membolehkan tubuh untuk menyerap nutrien. Cuma …!! Jangan minum terlalu awal sekurang2nya 30 minit sebelum atau selepas makan kerana air akan mencairkan jus pencernaan.. Cara minum ni membantu jaga badan kira sebenarnya
- Sebelum mandi
Minum segelas air sebelum mandi untuk membantu menurunkan tekanan darah.
- Dari segi pandangan islam..Jangan minum berdiri
Menurut pakar perubatan Dr Abdul Razzak Al-Kailani “Sesungguhnya makan dan minum duduk lebih baik dr segi kesihatan, lebih selamat, lebih puas; dimana makanan dan minuman lalu di dinding perut dgn tenang. Adapun minum berdiri menyebab cecair akan jatuh ke dasar perut dgn keras dan akan melanggar lapisan perut. Kalau perkara ini selalu berlaku dan lama masa berlalu akan menyebabkan perut akan longgar dan jatuh sehingga menyebabkan susah nak hadam. Begitu juga dengan makanan.”
- Pandangan rawatan Ayurveda ttg minuman pencernaan
Air perigi, air kolam, air hujan – terdapat pelbagai jenis air masing-masing mempunyai nilai terapeutik. Air mewakili Soma, berkhasiat, berkualiti penyejukan yang dikaitkan dengan tenaga lunar. Ia membantu dengan penghadaman, menyejukkan dan mengimbangkan . Air apabila betul diserap oleh badan, mempunyai beberapa ciri penyembuhan:
- Membantu menghilangkan keletihan
- Meningkatkan cahaya kulit
- Mencegah sembelit
- Meningkatkan stamina
- Memberi kepuasan
- Membantu jantung dengan menenangkan Sadhaka Pitta
- Membantu penghadaman
- Penyejukan
- Sentiasa membantu badan
- Mudah untuk mengasimilasi
- Memberi segar dan kehidupan
- Antioxidan

Majlis Maharishi Pakar Ayurveda menjelaskan kesan penyembuhan air boleh dipertingkatkan dengan menggunakan kaedah ayurveda ( bersama rempah) disedut baunya atau dimakan .. Rempah mewujudkan kesan terapeutik ditambah dengan berinteraksi dengan air pada peringkat molekul. Rempah mewujudkan kesan yang berbeza pada badan melalui aroma dan rasa.
Kepercayaan Ayurveda sama dgn rawatan kedoktoran iaitu semua toksin keluar bersama air kencing.
Kulit yang kering dan dahaga akan hilang jika minum banyak air . Air membersihkan saluran dan meningkatkan penyerapan kelembapan. Ia menjadi lebih mudah untuk badan untuk mengepam keluar toksin dan kekotoran kerana ketajaman yang agni (haba) di dalam air dan kerana ketajaman rempah-rempah. Dari masa ke masa, ia membersihkan saluran dlm badan kita supaya air tidak tersekat kerana ia bergerak ke dalam badan untuk hidrat tisu, dan bergerak keluar membawa sisa.

Saya lihat perlunya air putih kosong ..!! Sesuatu yang nampak mudah “ AIR “..Boleh meningkatkan kesihatan kita..Jom kongsikan info air dan keperluannya tulisan sy ni kat keluarga dan kawan 2 terdekat..Sy menyimpan air zam-2 dan air putih didalam tempayan sebelum diminum sy percaya ia akan memberikan mineral yg lebih tinggi dan bagus utk kesihatan sy..
Sebelum sy akhiri tulisan sy ttg air Jom kita doa dan nasihatkan buat suami2..abang2 adik2 “ PEROKOK TEGAR “yg masih masih x mahu berhenti merokok..!! Bahaya sekali kerana merokok memasukkan 4000 jenis macam racun sekaligus kedalam tubuh.
Bagi perokok tegar menghisap rokok dikatakan lebih sgt nikmat dihisap selepas makan, minum kopi atau arak.. (kafien kopi dan narkotin bercampur) Sikap perokok membahayakan diri mereka dan orang lain. Antara sikap perokok ialah mereka akan lebih mesra bila berkumpul sesama perokok dan menyedut asap rokok merancakan lagi perbualan.. Alangkah sedihnya dan sayang kesihatan disia2kan.. Banyak sekali keburukan rokok..
12 Comments
hartini ali
T.ksh kak Rozita. Teruskan penulisan & perkongsian yg bermunafaat ini semoga Allah sentiasa memberkati dan mempermudahkan segala usaha akk di dunia & akhirat. Aamiin.
jamuratu malaya
Sama2 kasih…sy rasa seronok pun ada menulis sekarang sbb ramai yg suka bacs..rajin lah sy…
Jueliza
Teringinnya nak g rumah puan.. selalu tengok pintu jer.. hehehehe
jamuratu malaya
Jueliza…jemput lah dtg time sy buat tazkirah. .ju duk mana…
Siti Zaleha Ibrahim
Alhamdulillah. Hari ni saya dpt ilmu yang sangat bermanfaat.
Terima kasih daun keladi,
Nanti bagi tips lagi.
jamuratu malaya
Siti Zaleha..insyaallah sy akan tulis dikelapangan waktu
ummi
Terimakasih atas perkongsian ini.
Sangat bermanafaat sekali. Saya kira tidak mudah untuk memberi kesedaran begini kepada anak2 remaja kerana minuman yang membawa mudharat itu diberi perasa begitu sedap walaupun akhirnya mereka akan “mengidap”
Saya teringin hadir dalam majlis tazkirah Puan, dimanakah itu?
Tak sabar menanti sambungan kisah Ani……
Nur Keturah
Saya pembaca setia blog puan, Saya sgt suka membaca cerita-cerita dari puan dan tip-tips kesihatan. Baru mencuba produk Royal V. Kalau ada kelapangan boleh tak puan ceritakan kelebihan produk2 yg dikeluarkan oleh JRM. Baru nak berkenalan dgn produk ini. Apa pun, terimakasih diats tip2 yg dikongsi.
Nor Faizah
As salam puan, bru hbis baca kisah nooraini…sgt touhing..bnnykkk sgt pengajaran.perempuan jgn lemah..jgn bergantung pd org lain saja…
Sy mula untk folow puan slps attend seminar bicara wanita anjuran dbkl lastweek..bestnye dpt knl puan dgn lbh rapat…bergambar dgn puan…wah!!admire btl!!!
Bkn sng actually nk jdi spt puan…seorg yg kentall..kuat semngt…fuh!!!!.
By the way produk puan sy beli aritu n ternyata bru bbrapa hri guna…en.suami pujiiiii….oyeahhh!!! Da jdi ahli pon n pasti sy akn repeat order lgi!!
jamuratu malaya
Nor Faizah…
Ada org bernasib baik dlm hidup ..x banyak dugaan..tapi bagi yg lalui kepahitan hidup …kena fikir ganjaran dn pahala akhirat
MURNI BINTI MASNON
assalamualaikum puan…
ilmu yg sgt bermanfaat…sy baru due org ank badan dah gemok..jamu pon x mkn..bile baca penulisan blog puan,, baru saya sedar diri dan tahu dimana kesilapan saya sehingga badan saya dikatakan mcm mengandong lagi,,.umur baru 30thn..sedih sgt org dok perli bdn mcm org ngandong…perot saya nmpk buncit..akibat kerap minum air berais bila waktu rehat ditempat kerja..peranakkan saya pula mudah turun bile mak bidan mengurut….hmmmm…banyak betol kesilapan saya…
jamuratu malaya
Murni..
jangan putus asa…mesti boleh terus jaga jer…Sekurang2nya kita ikhtiar kan..dah xda keputusan yg trbaik.. Itu Allah punya kerja dn urusannya terhadap kita